Khamis, 9 Julai 2015

~~ Balik Kampung

Bismillah... moga saat ini kita dirahmati Allah...  Di malam-malam terakhir Ramadhan ni, saya mohon maaf andai ada yang terkesan dihati, mana-mana yang tak patut. Dari segi bahasa, makna atau secara tidak langsung... yang terniat dan tak...

Seriously... dalam minggu depan cam ada serprise ckit....(huwaaa.... kena drive ke kL nak kena amik sis... first time ever ni... Doakan saya...)
These lines came to me few years ago... and  I would like to share it since the situation will be coming around (*sesapa tlg btolkan grammar ni =) )... enjoy it in a way =) =)


`~`~`~`~`~`



“Abang,”

“Hmm…”

“Abang,” semakin mendayu bunyinya.

“Yea. Ada apa, sayang?” ucap Asyraf sambil memusingkan badan menghadap si isteri tercinta.
Sufiy tersengih manja. Tangannya memintal-mintal hujung lengan baju kurung yang dipakainya.

“Ada apa? Cuba sayang cakap dengan abang,” ucap Asyraf lagi sambil meraih pergelangan isterinya.

“Hmm... Sufiy nak minta something. Tapi abang jangan marah yea,” ucap Sufiy perlahan. Tangannya mengelus lembut gengaman suaminya, bertujuan mengambil mood.

“Yea. Insyallah, abang tak marah. Tapi abang tak janji la sebab semuanya bergantung pada permintaan Sufiy tu,” balas Asyraf perlahan.

“Ehm, boleh tak kalau kita.. kalau kita..”

“Kalau kita, apa?” pintas Asyraf cepat.

“Kalau kita balik siang hari? I mean, tak nak ada journey pada waktu malam,” pantas Sufiy menjawab di sebabkan terkejut.

“Kenapa? Abang letih la kalau kena drive waktu siang. Sayang tak kesiankan abang ke?”

“Tak pe. Kalau abang letih, Sufiy boleh drive. Abang dok jea kat sebelah Sufiy. Sufiy sanggup,”

“Boleh tak sayang bagitau abang kenapa sayang beria sangat tak nak ada journey waktu malam?”  pinta Asyraf dengan nada yang perlahan.

“Abang bukannya nak marah. Just berterus terang. Tak salahkan,” sambung Asyraf lagi. Tangannya masih belum melepaskan gengaman tangan isterinya.

“Ehm.. Sebenarnya, Sufiy takut journey waktu malam. Malam banyak kenderaan. Silau. Nanti pening, kesian kat abang kena drive sorang-sorang,” balas Sufiy dengan nada yang amat perlahan.

Asyraf yang mendengarnya tersenyum sedirian. Dipaut dagu si isteri supaya mata mereka saling bertentangan. Senyuman masih belum luput dari bibirnya.

“Habis, selama ni kita balik kampung waktu malam, abang tengok sayang okey jea,”

“Tu sebab Sufiy nak lawan rasa takut Sufiy. Tapi ni, kita nak balik beraya. Lagi Sufiy takut,” matanya masih menekur lengan baju yang sedang di pintalnya.

“Okey, sayang. Abangkan ada je kat tepi sayang. Sayang jangan bimbang la. Lagipun, abang takkan benarkan sayang drive selagi abang ada. Melainkan abang ada emergency or abang tak de masa sayang perlukan khidmat abang,”

“Abang, please. Jangan cakap macam tue. Sufiy nak abang sentiasa ada dengan Sufiy, dengan izin Allah. Lagipun, Sufiy akan bagi hadiah untuk abang kalau kita balik siang,” perlahan kata-kata itu meluncur dari mulut Sufiy. Malu-malu.

Asyraf membulatkan matanya. ‘First time bini aku buat macam nie,’ getus hati Asyraf.

“Boleh bagitau abang, apa hadiah yang sayang nak bagi dekat abang?”

“Rahsia.”

“Okey, sebelum abang setuju, sayang kena janji dengan abang yang hadiah tu mesti gempak. Hadiah yang boleh abang ingat sampai akhir hayat,”

“Insyallah, Sufiy janji, Sufiy takkan lupakan hadiah tu. Lagipun, tu cara Sufiy nak ucapkan terima kasih dekat abang sebab abang memahami Sufiy,” balas Sufiy sambil merenung anak mata Asyraf. Renungan yang menyatakan terima kasihnya kepada Asyraf.

“Okey, abang tunggu saat itu,” ujar Asyraf dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya.

*     *     *

“Abang okey tak nie? Kalau penat, biar Sufiy yang drive,” soal Sufiy dangan nada yang bimbang. Dah banyak kali dia perasan Asyraf cuba mengawal kuap.

“Abang okey jea. Sayang jangan bimbang. Kita berhenti kejap yea, abang nak gi toilet,” balas Asyraf sambil memberi isyarat kereta ke kiri. Setelah memberhentikan kereta di kawasan parkir stesen minyak, Asyraf melangkah keluar.

Sufiy menghantar langkah Asyraf dengan pandangan sayu.

Setelah beberapa ketika, Asyraf melangkah masuk dengan wajah yang lebih segar.

“Abang,” seru Sufiy sambil meraih tangan Asyraf. “Sufiy minta maaf kalau permintaan Sufiy ni buat abang penat,” matanya sudah mula berair.

“Sufiy, sayang. Abang okey jea. Jangan la risau. Sayang sedih-sedih macam ni nanti kita tak sampai kampung pula,” canda Asyraf menceriakan suasana.

“Tapi Sufiy nampak, abang macam penat jea. Kita tukar nak,” pantas jea idea tue keluar dari mulut Sufiy.

“Tak payah la sayang. Abang masih kuat lagi. Kan abang dah cakap, kalau abang ada, sayang takkan boleh drive,” balas  Asyraf pula.

“Okey la kalau macam tu. Tapi dengan satu syarat sebelum kita mulakan balik perjalanan kita nie,”
Asyraf hanya mengangkat sebelah keningnya.

“Abang kena tidur dulu sebelum sambung drive. Kalau tak, Sufiy yang drive. Ok?” soal Sufiy meminta pendapat.

“Ala, nanti lambat la kita sampai ke kampung,” Asyraf cuba berkompromi. Lagi pun jam telah menunjukkan tepat jam tiga petang. Kalau dia tidur, mesti tak sempat berbuka dengan ipar duainya.

“Sufiy tak kira, kalau abang tak setuju, Sufiy yang drive. Kalau abang tak bagi, Sufiy keluar,” tegas ucapan yang meluncur dari bibir Sufiy. Tangannya dah bersedia untuk membuka pintu kereta.

Asyraf tahu bahawa Sufiy akan melakukan apa sahaja yang dia ucapkan. Walau isterinya nampak lembut, dia tahu sifat keras kepala isterinya. Tangannya pantas mencapai tangan Sufiy yang ingin membuka pintu.

“Okey, okey. Sayang jangan lah macam ni. Okey, abang tidur kejap. Sayang jangan keluar, stay by my side,” pujuk Asyraf dengan nada yang lembut.

Sufiy tersenyum kemenangan. “Sufiy takkan lari la,” balasnya masih dengan senyuman di bibir.

“Sayang juga Sufiy dekat abang yea,” tutur Asyraf sambil mencuit hidung Sufiy.

*     *     *

Usai terawih pada malam tu, Sufiy bersiap-siap ala kadar. Asyraf memandangnya dengan pandangan pelik.

“Sayang nak kemana malam-malam macam nie? Dah lewat ni,” soal Asyraf, tak mahu persoalan itu memberati kepalanya.

“Abang siap-siap la. Pakai t-shirt. Kita nak keluar. Sufiy nak turun bawah kejap, siapkan apa yang patut,” ucap Sufiy selamba. Serentak dengan itu, dia memulas tombol pintu untuk keluar.

“Cepat yea, bang. Kalau tak, Sufiy keluar sorang.” sambungnya sebelum melangkah keluar.

Asyraf yang ditinggalkan, terkebil-kebil sendirian. Setelah beberapa ketika, dia mencapai aje pakaian yang ada dihadapan matanya.

“Kenapalah dengan bini aku tiba-tiba ni.” ucap Asyraf ketika baju melepasi kepalanya. Usai lengkap berpakaian, dia melangkah keluar kamarnya mencari Sufiy yang tak kelihatan di ruang tamu.

“Ha, siap pun. Sufiy baru nak panggil abang,” suara yang menegurnya di muka pintu membuatkan Asyraf menoleh.

“Kita nak pergi mana sebenarnya nie?” soal Asyraf lagi. Masih dengan nada yang curiga. Kakinya tetap mengikut langkah Sufiy yang selamba.

“Adalah,” balas Sufiy perlahan. Dia mengarahkan Asyraf masuk di sebelah pemandu.

“Kejap, sayang nak drive malam-malam gini?” soal Asyraf terkejut.

“Ala, abang masuk la. Sufiy nak tunaikan jani Sufiy ni,”

“Biar abang yang drive, kalau tak, kita tak payah pergi,”

“Sufiy da janji kan, kalau kita balik kampung siang, akan ada surprise untuk abang. Nie Sufiy tengah tunaikan la nie.”

“Tapi sayang..”

“Cepat la masuk, nanti lambat pulak. Kalau abang banyak cakap lagik, kita tak payah pergi,” Sufiy sudah menunjukkan tanda-tanda merajuk.

“Okey, okey. Kita pergi,” balas Asyraf. Mengalah. Seraya dengan itu, dia melangkah masuk ke dalam kereta.

“Ha, macam tue la hubby Sufiy,” ucap Sufiy  dengan senyuman yang meleret. Usai membaca doa, kereta di undur perlahan-lahan meninggalkan kawasan perumahan itu.

“Kita nak ke mana nie?” soal Asyraf lagi. Masih mencuba nasib. Andai dia tahu destinasinya, pasti dia yang akan pandu kereta itu.

“Abang tunggu dan lihat. Kalau nak ikutkan hati Sufiy, nak aje Sufiy ikat mata abang. Biar tak payah nampak.”

“Eah, kenapa pulak?”

“La, nie kan kejutan Sufiy untuk abang.” ulas Sufiy lembut. “Dah, dah. Abang tunggu jea la,” sambung Sufiy lagi. Tangannya menggagau mencari punat pemain mp3 keretanya. Suasana yang sunyi itu lantas bertukar rentak. Suara kumpulan DeHearty mendendangkan Kau Hadir melatari ruang antara mereka. Asyraf yang senyap menghayati lagu itu, adakalanya mengerling isterinya yang tenang memandu kereta.

Dikau hadir di kala aku
Memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa
Kuterima segala apa yang diperdaya dan
Kini ku bersedia hadapi hari muka

Kau bawa sinar cahaya
Dihari ku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria

Kuterima segala apa yang diperduga
Bila mana kau terima
Hidup ada suka dan duka
Mendung takkan selamanya
Sinar mentari kan menjelang tiba

Dua buah lagu yang telah selamat menjadi hiburan halwa telinganya. Sepanjang itu lah Sufiy masih senyap. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.

“Sayang, kita nak ke mana nie? Dari tadi, asyik  berpusing di tempat yang sama aje abang tengok,” tegur Asyraf perlahan.

“Oh, abang perasan rupanya. Okey, kejap lagi, kita sampai,” seraya itu, Sufiy memberi isyarat ke kiri. Mencari petak kosong dan memarkirkan keretanya. Di hadapan mereka, terbentang satu pemandangan yang mendamaikan.

“Jom, turun,”ajak Sufiy perlahan. Bayu pantai menyerbu masuk kedalam kereta saat Sufiy menguak pintu kereta untuk keluar. Asyraf masih tercengang-cengang dengan tindakan Sufiy yang tiba-tiba. Pintu di sebelah kirinya terkuak perlahan.

“Jom lah,” seru Sufiy perlahan sambil menarik lembut tangan Asyraf.

Asyraf hanya mengikut perlahan. Di pandangnya kawasan sekeliling yang dilatari pekat malam dan bayu yang sejuk. Di lihatnya Sufiy mengeluarkan sesuatu dari kereta yang dibiarkan lampu hadapannya terpasang.

Sufiy membentangkan tikar yang dibawa. Setelah itu, dia mengeluarkan beberapa jenis makanan yang diletak cantik dalam bekas makanan.

Asyraf berdiri kaku di tempat yang sama. Masih terkejut.

“Sayang, apa semua nie?” soal Asyraf teragak-agak. “Are we celebrating something?” sambungnya lagi.

Sufiy menggeleng perlahan. Dia melangkah lambat-lambat menuju ke arah Asyraf. Tangannya mencapai jemari Asyraf, lalu menariknya lembut kearah tikar yang terbentang. Diarahnya Asyraf utntuk duduk sebelum dia melanjutkan bicara. Asyraf hanya patuh membatu.

“Okey,” sepatah Sufiy memulakan bicara. Dia mengerling sekilas Asyraf di sisinya. Ditahan ketawanya dari meletus pabila raut wajah Asyraf seumpama ternanti-nanti bicara selanjutnya.

“Abang suka tak?” soal Sufiy setelah beberapa ketika.

“Suka. Tapi apa kita buat kat sini malam-malam tak de orang nie?” laju balasan yang keluar dari mulut Asyraf.

Serentak dengan itu, tawa Sufiy meletus.

“Abang, apasal cuak sangat ni? Kita tak buat jenayah la. Jangan bimbang, Sufiy bawa sijil nikah,” balas Sufiy masih dalam tawanya.

Muka Asyraf yang berkedut-kedut sedikit kendur mendengar canda Sufiy.

“Abang ingat tak lagi janji Sufiy kalau kita balik siang? Tak nak drive malam-malam,”

Perlahan Asyraf mengangguk kepalanya.

“A good, memorable surprise, right?” soal Sufiy lagi.

Asyraf masih mengangguk kepalanya. Kali ini disertai senyuman.

“Then, this is what i promise you. Let make it a precious moment of us,” ucap Sufiy dengan nada yang mendayu. Bayu laut yang meniup tidak di hiraukannya. Matanya tajam menatap anak mata Asyraf yang dari tadi menatap wajahnya. Namun, tindakannya itu, seperti biasa tidak tahan lama.

“Kat sini?” bulat mata Asyraf.

“Apa abang fikir ni?” tersipu Sufiy bila suara Asyraf naik seoktaf dengan ekspresi yang terkejut. Dia dapat mengagak apa yang tercerna di minda Asyraf.

“Then, what does that mean?” soal Asyraf kemudian.

“Kita tengok bintang la. Kan ke banyak bintang kat atas tue?” balas Sufiy selamba seraya mendongakkan pandangannya.

“Ooo, dia mainkan kita yea,” jari jemari Asyraf mencari sasarnnya untuk menggeletek isterinya. Namun, Sufiy lebih pantas membaca tindakan selanjutnya Asyraf. Dia bangun meninggalkan Asyraf untuk dikejar.

“Sayang, jangan lari!” kata-kata Asyraf tidak dipedulikan Sufiy. Lantas Asyraf bangun mengejar isterinya.

Setelah beberapa ketika, acara kejar mengejar itu ditamatkan lantaran kedua-duanya tercungap-cungap keletihan.

“Macamana sayang boleh terfikir nak datang sini waktu macam ni?” soal Asyraf saat mereka duduk menikmati makanan yang di bawa Sufiy.

“Sebab dulu Sufiy pernah datang sini waktu macam ni. Cantikkan bila tengok bintang-bintang kat atas langit tu. Tenang aje rasanya,” balasan Sufiy membuatkan Asyraf tersentak.

“Sayang datang dengan siapa waktu-waktu macam ni?” laju soalan itu keluar dari mulut Asyraf.

“Ada lah. Someone special,” Sufiy hanya menduga. Dia membuat muka selamba habis. Hujung matanya mengawasi tindakan Asyraf.

“Dah, jom balik,” tegas suara Asyarf terlontar keluar.

“Gurau jea la, abang. Of course la ayah takkan bagi keluar dengan lelaki waktu macam ni. Masa tu, kitorang camping kat sini. Satu keluarga. Idea abang Sulaiman la ni. Walaupun dekat, tapi not bad kan?” ulas Sufiy panjang.

Asyraf kembali melabuhkan duduknya. “Pandai sayang kenakan abang, yea,” dia mencuit hidung Sufiy.

Sebentar tadi, dirasakan Sufiy membawanya ke sini hanya untuk membuatnya mengenang kekasih lampau walau dia tahu Sufiy bukan gadis sebegitu. Namun, penjelasan yang serba ringkas itu melegakan hatinya.

“Abang suka tak?” soal Sufiy setelah Asyraf senyap melayan perasaan.

“Of course, dear,” senyuman yang terukir di pinggir bibir Asyraf nyata membuatkan Sufiy turut tersenyum.

Kepalanya dilentokkan ke bahu Asyraf. Tindakan Sufiy membuatkan Asyraf melebarkan senyumannya. Mata mereka memandang kepekatan malam yang di taburi jutaan bintang.

“Ah, lupa. Kejap yea,” tindakan refleks Sufiy yang tiba-tiba bangkit membuatkan Asyraf terkejut.
Sufiy berlari-lari anak menuju ke kereta. Lampu yang tadinya terpasang, dipadam. Seketika kemudian, terdengar sayup-sayup alunan Caravansary yang dimainkan sekumpulan pemuzik dari Jepun-Kitaro. Sufiy kemudiannya berjalan seselamba yang mungkin menuju Asyraf yang sedang menunggunya.

Sufiy duduk di posisi asal sebelum dia meninggalkan Asyraf tadi.

Keduanya senyap melayan perasaan.

“Do you like it or not?” soal Sufiy memecah kesunyian antara mereka.

“Hmm..”

“Is it the most memorable surprise?”  soal Sufiy lagi. Dia cuba untuk bangun mencari anak mata Asyraf. Namun, pautan Asyraf yang kemas dibahunya tidak membenarkan tindakannya.

“Yup. Thank you, dear,” balas Asyraf. Serentak dengan ucapan itu, dia menghadiahkan kucupan lembut di ubun-ubun isterinya.

“Is it hadiah yang paling gempak in your life?” pertanyaan Sufiy itu membuatkan Asyraf menoleh kerah isterinya. Dapat dikesan senyuman isterinya dalam soalan tersebut.

“Yea, sayang. Terima kasih sebab bawa abang ke sini, saat ini, waktu ini. Abang tak tau pulak yang sayang ni mampu buat kejutan sampai abang bisu,” balasan Asyarf membuatkan Sufiy tak mampu mengawal tawanya.

“Nakal, yea,”

“Yea la. Dah tadi abang cuak sangat kenapa? Tapikan, memang lawak la muka abang waktu kita mula-mula sampai tadi,” ketawa Sufiy masih tidak surut.

“Sayang, walaupun tak de orang, sopan la sikit,” tegur Asyraf juga untuk menutup malunya diketawakan Sufiy.

“Okey, okey,” tawanya masih bersisa.

Kedua-duanya kembali tenggelam dengan suasana itu.

“Abang,” seru Sufiy perlahan.

“Hmm..”

“Kita nak tidur kat sini ke,”

“Hmm..”

“Ish, mana boleh,” ungkap Sufiy.

“Boleh,” balas Asyraf.

“Bang, esok masih puasa la,” ucapan Sufiy membuatkan mata Asyraf terbuntang.

“Ya Allah, abang lupa la. Jom kita balik. Kali nie, biar abang yang drive,” serentak itu, matanya melirik jam di pergelangan. ‘12.15 malam,’ getus hatinya perlahan.

“Ni semua, Sufiy punya pasal la. Nasib baik esok tak kerja,”ucap Asyraf lagi.

“tapi surprise nie menjadikan?”

“Yeah. Thanks again, sayang. I’ll remember forever.”


p/s: Selamat balik kampung... mulakan perjalanan dengan sesuatu yang berkat..
p/s/s: Ramadhan dan nak pergi...tp masih rase x puas enjoy lg... =(
p/s/s/s Happy Eid Mubarak in advanced...

Isnin, 8 Jun 2015

# DEEP

Bismillahirrahmanirrahim...

just sharing this and it is deep...


"skin deep in beautiful minds, skin fades in beautiful lies"

moga bermanfaat...

 

Khamis, 23 April 2015

Disebalik tabir...



Bukan lara pencetus rasa,
Saat hati retak bergetar deria.

Bukan gembira pencetus tenang,
Bila hati kosong tanpa taman.

Bukan luka penyebab derita ,
Andai hati terus mengelak rasa.

Bukan pancaindera penyebab buta,
Andai hati enggan menerima nyata berita.

Bukan minda mencelaru fikiran,
Andai semua dicampur berseliratan.

Bukan masa enggan menunggu,
Andai diri sentiasa mengelak waktu.


*yosh, Cheese... gambatte  ne...
**writing again

Isnin, 20 April 2015

Busy enough...?

Bismillahirrahmanirrahim....

moga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.. juga dengan harapan hati-hati kita terus setia dengan Addeenul islam.. Biiznillah..

Lately, busy berganda-ganda sampai tahap nak pengsan tengah jalan..

[credit to the owner:refer the pic]
Just a hard reminder for myself about the dunya. Yet busy to kill the time with something cheezy as always....

"keep it up, dear cheesypasta...!"

*tetiba rasa cravings of all those cheesy things; pasta, lasagna, frittata etc etc...
**ahlan wasahlan ya Rajab. tak sabar menunggu Syaaban untuk 'menjemput' Ramadhan.. *usaha utk siapkan diri dalam apa jua keadaan. hope u get it, dear self...!
***Sanah helwah to my ummi... wish  for her 'cuteness' in all things she did, do and will do..

Jumaat, 10 April 2015

Doa..

Bismillahirrahmanirrahim....alhamdulillah atas kurniaannya sehingga saat ini masih teguh berdiri dengan rahmatNYA.... Biiznillah untuk masa-masa akan datang...

ehem... Utamakan yang utama... Andai masih ada 'urusan' yang belum selesai, moga selesaikannya dulu... Semoga picisan kali ini mampu memberi sedikit manfaat dan saham untuk saya. Amin..

Tercetusnya entri kali ni, disebabkan ucapan doa oleh seseorang untuk seseorang, dan ianya membuatkan saya sedikit wonder tentang perkara ini. 

Bila berbicara soal doa, kita semua lebih cenderung untuk mendoakan mereka secara khusus... dan doa yang paling popular adalah doa supaya panjang umur dan murah rezeki.

Terdetik dihati saya tentang satu perkara. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Sama seperti nasyid yang selalu saya dengar masa zaman kanak-kanak sehinggalah sekarang. Saya tidak pasti samada sekarang, lagu ni masih ke udara atau tidak.. Tapi bagi saya, ianya punya nilai sentimen tersendiri selain selalu mengingatkan tentang tanggungjawab kita sebagai anak..

Hijjaz- Ridha al Walidaini




Selama-lamanya redha Allah bergantung kepada redha ibu bapa. Kenyataan ini tak akan berubah walaupun sekarang merupakan zaman dimana dunia dihujung jari. Kan...?

So, bila aje saya dengar tentang doa tu, terdetik untuk tukar doa2 yang bagi saya sangat cliche dengan doa berikut:

"Semoga awak jadi anak yang soleh/solehah untuk ibu dan ayah awak"

Sebab apa...?

Sebab bagi saya, doa ni dah meliputi semua.. Jawapannya ada dalam nasyid tu. Redha Allah bergantung pada redha ibubapa (selagimana arahan/perbuatan yang tidak bertentangan dengan syara'). 

Mak ayah mana yang tak nak anak mereka bahagia sehingga syurga... Kan...?

Bagi saya, apa sahaja perbuatan atau perlakuan saya, akan saya inform mak dan ayah saya. Sebab saya pegang sangat-sangat dengan benda ni. Dalam usaha untuk dapatkan mardhotillah, redha mak ayah haruslah kita dapat.. kan..?


Semasa tercetusnya situasi ni, saya tertanya-tanya kenapa itu yang dia ucapkan. Jawapan secara tak langsung tercetus dari bibir si-pendoa..

"Mak dan ayah kita nak yang terbaik untuk anak masing-masing. Mereka selalu mendoakan supaya kita menjadi anak yang soleh supaya, insyallah, kalau disyurga kelak, akan berkumpul sama-sama dengan anak-anak yang soleh dan solehah. Sama juga dengan kita yang bersahabat ni. Kita selalu mahu yang terbaik buat sahabat-sahabat dan orang sekeliling kita. Sebab niat asal kita adalah berukhwahfillh, lillahi taala. Mahu bahagia ke syurga bersama-sama. Dan untuk capai semua tu, adalah bergantung pada redha Allah yang dengan mudah disini, kita nilai dengan redha mak ayah. Kalau mak ayah kita redha untuk kita berada dan bersahabat dengan orang yang baik-baik, insyallah Allah pun redha dengan situasi ini."

Ditambah lagi dengan ayat-ayat penyata yang sangat best untuk saya renungi.

"Tapi dalam sesetangah situasi, kita sebagai anak haruslah untuk mencapai mardhotillah dengan cara yang sebaliknya. Mungkin, ada yang mak ayah diorang tak paham tentang perkara sebegini demi untuk mengejar dunia. Tapi niat asal mereka adalah untuk kebahagiaan anak-anak. Jadi, tak salah untuk kita tegur dan praktik hikmah Rasulullah dalam menegur mereka yang lebih dewasa dengan tujuan mardhotillah. Dah kita tahu benda tu salah, benda tu betul, boleh jea kita cakap cara yang baik-baik untuk tegur mak ayah kita sendiri. Kita yang anak ni lebih kenal mak dan ayah sendiri berbanding orang luar. Bagaimana cara penerimaan untuk setiap teguran."

Dan panjang lagi... 

Ni antara points yang saya dapat tika itu. Dan bila difikir-fikir balik, betul juga. Semua nak capai mardhotillah dan pengakhiran yang baik....

Wallahua'lam...

*p/s: Saya doakan anda semua dan saya sendiri semoga jadi anak yang soleh dan solehah untuk mak dan ayah tercinta... Amin...!
**p/s/s: Sorry to my parents. Could not make it this week. Hope for a bright light for next week. May Allah bless you two till jannah..


Sabtu, 4 April 2015

Mr Pilot...?

Bismillah... Long time no see and writing all these mumbling session that one ever known 'bout it... Hope that we all still in the  blessed path... Insyallah...

Seriously... I miss the moment to 'all out' everything I can.. But yes, experience teaches more than we can imagine..

Tambah dengan banjir (yes, me, one of the luckiest person tested with the musibah), conference, etc etc... Busy enough to spare some of my time, ey...? *exaggerating much. ahaks...!

Few weeks back, on school holidays, the invitation of the marriage celebrations were on the air. And yes the celebrations were insyallah in barakah.

Back there, meeting the old friends of mine make me realize that we all are getting old, and not getting young, to enjoy the moment just like a child got candy during the celebration. They were matured enough compared to me. Well, at some point we can see the differ between the maturity and childish. And the moment just keep hunting me.

The story to highlight here was the moment when one of them bump me with a quest.

"Where is your pilot?"

And me just like " Huh..? Pilot..? Not even know one." with a very blurred expressions. She laugh as much as she can seeing my reaction. And she recalled the pilot-moments which was happened eleven years back.

"You say you wanna marry a pilot someday. So mana dia? I still remember your promise." she did say that. and I turn to be jatuh-rahang since she is magically, still remembered the childish promise.

Well, yes.. It's more to the books influence fault which the hero of the story was a pilot and pretty much patience to the heroin. Back then, we're loved to read novels especially when the hero's character do have some like 'whoa' personality. (*actually the job he was in the story, like, pilot engineer, doc etc..)..

So, here we come again... Watch the malay drama which is Rindu Awak 200%  just now. On the first eps, I laugh at the main actor that play as pilot. And the moment he said that he did not have enough money to get married make me laugh evilly. His sister do replied:

"Kerja jadi pilot pun xde duit" sort of *I dont remember the actual line*.

Yes. the scene do bring me to the moment when my friend do ask me the same point. And again I laughed.

To be honest, I dont even remember the moment, and it become worst when the-me now were difference with the-me back then. The worst is, when the quest was pop-out in front of everbody.

"Oh, I'm dead".. That's my inner-self replied...

When talking about jodoh, that's not me to run away from the topic, but it just really make the atmosphere feel really awkward in me. Really hate it when the moment come. But myself was not tolerated with my inner-self. The topics just make the flow of our conversation. 

For me, following the flow is my style. I dont even care what people say. But in certain thing, we can't force the nature to obey our wishes.

And last night, which was the girls-hangout-night. We do some chit-chat also about this topics.
One of them were sharing a way to at least, make an easier path on it.

practice it and believe in Allah
that's what she said.
That's all for now. Not know how to end it properly


*Sharing this, yang buat semua orang percaya yang I DO send this photo to someone for real. But they do not believed it was just a joke. Dan saya yang gelak sampai keluar air mata since everybody know how allergic I am at this topic and seriously. Everybody DO believed the joke and everyone of them keep asking me the same quest for few hours.

"Betul ke awak send? Dia reply apa?"

Can I ask the question randomly???

**Wishing for a 'pilot' that can fly our 'airbus' to jannah.. amin.. insyallah..

Dear you 4

 Dear You , Hati ni nan sekeping je.  Habis elok dijaga untuk dia tidak sakit. untuk dia tidak merasa apa itu rasa kecewa. Kalau hati ini, h...