Ahad, 27 Julai 2014

[untitled]

bismillah...
pray for all muslim of the world. hasbunallahuwani'mal wakeel. ni'mal maula wa ni'mal naseer.
just a random though... and these give me a shot of fantasy... 


Matanya tertunak memandang status 'seseorang' di dada skrin laptopnya. Saat itu, rasa yang suatu waktu pernah bertanda dijentik dengan sesuatu yang dia sendiri tidak faham.

'Nia, kau dah gila ke?' getus hatinya sendiri. 'Status dia jea kot. yang kau gelabah lebih ni dah kenapa? Bukannya dia ingat pun dengan kau. Confirm-confirm dia tak tau tentang kau.' Hatinya masih berbicara. 

Serentak dengan itu, mouse yang digunakan di scroll down. Arahan dari akal yang waras ternyata mendapat sokongan anggota. Hatinya kalah dalam pertarungan yang dia sendiri tidak tahu atas sebab apa. Yang dia tahu, perkara yang lepas harus dibiarkan lepas sebab ianya akan terus menyusahkan diri sendiri untuk mengenang benda yang sia-sia.

"Jangan mencetus sesuatu yang boleh menyebabkan engkau merana. Biarkan ia. Sekali pun ianya berlaku, engkau mampu untuk mengabaikannya. Allah ada, pohon pada Dia yang Maha Menentukan Segalanya. Dan, cetuslah sesuatu yang boleh membahagiakan engkau, yang boleh mendorong engkau menjadi seseorang yang lebih baik. Kan Allah ada berfirman dalam Al-Anfal ayat 70.
Jika Allah mengetahui ada kebaikan dalam hatimu, nescaya DIA akan memberi yang lebih baik dari apa yang diambil darimu.
Ternyata di situ, Allah dah janji. Kan DIA Maha Pangampun dan Maha Penyanyang."


[credit]


Nasihat dari Bazilah terus berputar di minda. Saat itu, dia pernah meminta nasihat dari sahabatnya itu tentang kesedihan hati yang juga melibatkan perkara yang sama. 

Ternyata hatinya masih rapuh bila melibatkan perkara-perkara sebegini. Dia merasakan dirinya bertuah apabila DIA menghadirkan insan-insan yang mampu menyedarkan dia dari tersasar dengan masalah sendiri.

"Nadhira!" Dia menyebut namanya sendiri.

"Cukuplah dengan semua ni. Allah ada untuk terus bersama engkau. Bangkitlah dari kenangan." Ucapnya dengan nada yang tegas. Bertujuan untuk menyedarkan diri sendir.

Serentak dengan itu, dia mengarahkan cursor, memangkah segala paparan di skrin laptopnya. Kemudian, kakinya melangkah keluar.




Tinggallah kenangan. Biarkan ia. Lepaskan ia. Insyallah, DIA telah menjanjikan yang terbaik untuk hambaNya. Dia pasti dengan ketentuan itu.

Selasa, 8 Julai 2014

[Bad Boy]

Bismillah...

Things getting better or worse..
we, the one who decide to take it


Hasbunallahu wa ni’mal wakeel.” Ucap Rayyan perlahan. Kala itu, tiga orang gadis berbaju kurung melabuhkan duduk di hujung kerusi. Seraya itu, pandangannya ditundukkan menghadap simpang siur anak panah mechanism reactions yang baru diajar tadi. Bukannya mampu dihadam segala urat panah yang bercabang itu, tetapi hanya sekadar menjaga pandangan.

Sayup telinganya mendengar bicara tiga gadis tersebut berkisarkan pelajaran. Tiba-tiba, konsentrasinya terganggu mendengar alunan ringtone dari arah mereka bertiga.

Be my bad boy, be my man
Be my week-end lover
But don't be my friend
You can be my bad boy
But understand
That I don't need you in my life again


Matanya kembali terangkat memandang figura-figura tersebut. Secara tiba-tiba, rahangnya terjatuh. Ternyata apa yang terzahir dimata berbeza dengan analisis dihati.

Dear you 4

 Dear You , Hati ni nan sekeping je.  Habis elok dijaga untuk dia tidak sakit. untuk dia tidak merasa apa itu rasa kecewa. Kalau hati ini, h...