Jumaat, 10 April 2015

Doa..

Bismillahirrahmanirrahim....alhamdulillah atas kurniaannya sehingga saat ini masih teguh berdiri dengan rahmatNYA.... Biiznillah untuk masa-masa akan datang...

ehem... Utamakan yang utama... Andai masih ada 'urusan' yang belum selesai, moga selesaikannya dulu... Semoga picisan kali ini mampu memberi sedikit manfaat dan saham untuk saya. Amin..

Tercetusnya entri kali ni, disebabkan ucapan doa oleh seseorang untuk seseorang, dan ianya membuatkan saya sedikit wonder tentang perkara ini. 

Bila berbicara soal doa, kita semua lebih cenderung untuk mendoakan mereka secara khusus... dan doa yang paling popular adalah doa supaya panjang umur dan murah rezeki.

Terdetik dihati saya tentang satu perkara. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Sama seperti nasyid yang selalu saya dengar masa zaman kanak-kanak sehinggalah sekarang. Saya tidak pasti samada sekarang, lagu ni masih ke udara atau tidak.. Tapi bagi saya, ianya punya nilai sentimen tersendiri selain selalu mengingatkan tentang tanggungjawab kita sebagai anak..

Hijjaz- Ridha al Walidaini




Selama-lamanya redha Allah bergantung kepada redha ibu bapa. Kenyataan ini tak akan berubah walaupun sekarang merupakan zaman dimana dunia dihujung jari. Kan...?

So, bila aje saya dengar tentang doa tu, terdetik untuk tukar doa2 yang bagi saya sangat cliche dengan doa berikut:

"Semoga awak jadi anak yang soleh/solehah untuk ibu dan ayah awak"

Sebab apa...?

Sebab bagi saya, doa ni dah meliputi semua.. Jawapannya ada dalam nasyid tu. Redha Allah bergantung pada redha ibubapa (selagimana arahan/perbuatan yang tidak bertentangan dengan syara'). 

Mak ayah mana yang tak nak anak mereka bahagia sehingga syurga... Kan...?

Bagi saya, apa sahaja perbuatan atau perlakuan saya, akan saya inform mak dan ayah saya. Sebab saya pegang sangat-sangat dengan benda ni. Dalam usaha untuk dapatkan mardhotillah, redha mak ayah haruslah kita dapat.. kan..?


Semasa tercetusnya situasi ni, saya tertanya-tanya kenapa itu yang dia ucapkan. Jawapan secara tak langsung tercetus dari bibir si-pendoa..

"Mak dan ayah kita nak yang terbaik untuk anak masing-masing. Mereka selalu mendoakan supaya kita menjadi anak yang soleh supaya, insyallah, kalau disyurga kelak, akan berkumpul sama-sama dengan anak-anak yang soleh dan solehah. Sama juga dengan kita yang bersahabat ni. Kita selalu mahu yang terbaik buat sahabat-sahabat dan orang sekeliling kita. Sebab niat asal kita adalah berukhwahfillh, lillahi taala. Mahu bahagia ke syurga bersama-sama. Dan untuk capai semua tu, adalah bergantung pada redha Allah yang dengan mudah disini, kita nilai dengan redha mak ayah. Kalau mak ayah kita redha untuk kita berada dan bersahabat dengan orang yang baik-baik, insyallah Allah pun redha dengan situasi ini."

Ditambah lagi dengan ayat-ayat penyata yang sangat best untuk saya renungi.

"Tapi dalam sesetangah situasi, kita sebagai anak haruslah untuk mencapai mardhotillah dengan cara yang sebaliknya. Mungkin, ada yang mak ayah diorang tak paham tentang perkara sebegini demi untuk mengejar dunia. Tapi niat asal mereka adalah untuk kebahagiaan anak-anak. Jadi, tak salah untuk kita tegur dan praktik hikmah Rasulullah dalam menegur mereka yang lebih dewasa dengan tujuan mardhotillah. Dah kita tahu benda tu salah, benda tu betul, boleh jea kita cakap cara yang baik-baik untuk tegur mak ayah kita sendiri. Kita yang anak ni lebih kenal mak dan ayah sendiri berbanding orang luar. Bagaimana cara penerimaan untuk setiap teguran."

Dan panjang lagi... 

Ni antara points yang saya dapat tika itu. Dan bila difikir-fikir balik, betul juga. Semua nak capai mardhotillah dan pengakhiran yang baik....

Wallahua'lam...

*p/s: Saya doakan anda semua dan saya sendiri semoga jadi anak yang soleh dan solehah untuk mak dan ayah tercinta... Amin...!
**p/s/s: Sorry to my parents. Could not make it this week. Hope for a bright light for next week. May Allah bless you two till jannah..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dear you 4

 Dear You , Hati ni nan sekeping je.  Habis elok dijaga untuk dia tidak sakit. untuk dia tidak merasa apa itu rasa kecewa. Kalau hati ini, h...