Khamis, 23 April 2015

Disebalik tabir...



Bukan lara pencetus rasa,
Saat hati retak bergetar deria.

Bukan gembira pencetus tenang,
Bila hati kosong tanpa taman.

Bukan luka penyebab derita ,
Andai hati terus mengelak rasa.

Bukan pancaindera penyebab buta,
Andai hati enggan menerima nyata berita.

Bukan minda mencelaru fikiran,
Andai semua dicampur berseliratan.

Bukan masa enggan menunggu,
Andai diri sentiasa mengelak waktu.


*yosh, Cheese... gambatte  ne...
**writing again

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dear you 4

 Dear You , Hati ni nan sekeping je.  Habis elok dijaga untuk dia tidak sakit. untuk dia tidak merasa apa itu rasa kecewa. Kalau hati ini, h...