Seriously... dalam minggu depan cam ada serprise ckit....(huwaaa.... kena drive ke kL nak kena amik sis... first time ever ni... Doakan saya...)
These lines came to me few years ago... and I would like to share it since the situation will be coming around (*sesapa tlg btolkan grammar ni =) )... enjoy it in a way =) =)
`~`~`~`~`~`
“Abang,”
“Hmm…”
“Abang,” semakin mendayu
bunyinya.
“Yea. Ada apa, sayang?” ucap Asyraf
sambil memusingkan badan menghadap si isteri tercinta.
Sufiy tersengih manja. Tangannya
memintal-mintal hujung lengan baju kurung yang dipakainya.
“Ada apa? Cuba sayang cakap
dengan abang,” ucap Asyraf lagi sambil meraih pergelangan isterinya.
“Hmm... Sufiy nak minta something.
Tapi abang jangan marah yea,” ucap Sufiy perlahan. Tangannya mengelus lembut
gengaman suaminya, bertujuan mengambil mood.
“Yea. Insyallah, abang tak marah.
Tapi abang tak janji la sebab semuanya bergantung pada permintaan Sufiy tu,”
balas Asyraf perlahan.
“Ehm, boleh tak kalau kita..
kalau kita..”
“Kalau kita, apa?” pintas Asyraf
cepat.
“Kalau kita balik siang hari? I
mean, tak nak ada journey pada waktu malam,” pantas Sufiy menjawab
di sebabkan terkejut.
“Kenapa? Abang letih la kalau
kena drive waktu siang. Sayang tak kesiankan abang ke?”
“Tak pe. Kalau abang letih, Sufiy
boleh drive. Abang dok jea kat sebelah Sufiy. Sufiy sanggup,”
“Boleh tak sayang bagitau abang
kenapa sayang beria sangat tak nak ada journey waktu malam?” pinta Asyraf dengan nada yang perlahan.
“Abang bukannya nak marah. Just
berterus terang. Tak salahkan,” sambung Asyraf lagi. Tangannya masih belum
melepaskan gengaman tangan isterinya.
“Ehm.. Sebenarnya, Sufiy takut journey
waktu malam. Malam banyak kenderaan. Silau. Nanti pening, kesian kat abang kena
drive sorang-sorang,” balas Sufiy dengan nada yang amat perlahan.
Asyraf yang mendengarnya
tersenyum sedirian. Dipaut dagu si isteri supaya mata mereka saling
bertentangan. Senyuman masih belum luput dari bibirnya.
“Habis, selama ni kita balik
kampung waktu malam, abang tengok sayang okey jea,”
“Tu sebab Sufiy nak lawan rasa
takut Sufiy. Tapi ni, kita nak balik beraya. Lagi Sufiy takut,” matanya masih
menekur lengan baju yang sedang di pintalnya.
“Okey, sayang. Abangkan ada je
kat tepi sayang. Sayang jangan bimbang la. Lagipun, abang takkan benarkan
sayang drive selagi abang ada. Melainkan abang ada emergency or
abang tak de masa sayang perlukan khidmat abang,”
“Abang, please. Jangan
cakap macam tue. Sufiy nak abang sentiasa ada dengan Sufiy, dengan izin Allah.
Lagipun, Sufiy akan bagi hadiah untuk abang kalau kita balik siang,” perlahan
kata-kata itu meluncur dari mulut Sufiy. Malu-malu.
Asyraf membulatkan matanya. ‘First
time bini aku buat macam nie,’ getus hati Asyraf.
“Boleh bagitau abang, apa hadiah
yang sayang nak bagi dekat abang?”
“Rahsia.”
“Okey, sebelum abang setuju,
sayang kena janji dengan abang yang hadiah tu mesti gempak. Hadiah yang boleh
abang ingat sampai akhir hayat,”
“Insyallah, Sufiy janji, Sufiy
takkan lupakan hadiah tu. Lagipun, tu cara Sufiy nak ucapkan terima kasih dekat
abang sebab abang memahami Sufiy,” balas Sufiy sambil merenung anak mata
Asyraf. Renungan yang menyatakan terima kasihnya kepada Asyraf.
“Okey, abang tunggu saat itu,”
ujar Asyraf dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya.
* *
*
“Abang okey tak nie? Kalau penat,
biar Sufiy yang drive,” soal Sufiy dangan nada yang bimbang. Dah banyak
kali dia perasan Asyraf cuba mengawal kuap.
“Abang okey jea. Sayang jangan
bimbang. Kita berhenti kejap yea, abang nak gi toilet,” balas Asyraf sambil
memberi isyarat kereta ke kiri. Setelah memberhentikan kereta di kawasan parkir
stesen minyak, Asyraf melangkah keluar.
Sufiy menghantar langkah Asyraf
dengan pandangan sayu.
Setelah beberapa ketika, Asyraf
melangkah masuk dengan wajah yang lebih segar.
“Abang,” seru Sufiy sambil meraih
tangan Asyraf. “Sufiy minta maaf kalau permintaan Sufiy ni buat abang penat,”
matanya sudah mula berair.
“Sufiy, sayang. Abang okey jea.
Jangan la risau. Sayang sedih-sedih macam ni nanti kita tak sampai kampung
pula,” canda Asyraf menceriakan suasana.
“Tapi Sufiy nampak, abang macam
penat jea. Kita tukar nak,” pantas jea idea tue keluar dari mulut Sufiy.
“Tak payah la sayang. Abang masih
kuat lagi. Kan abang dah cakap, kalau abang ada, sayang takkan boleh drive,”
balas Asyraf pula.
“Okey la kalau macam tu. Tapi
dengan satu syarat sebelum kita mulakan balik perjalanan kita nie,”
Asyraf hanya mengangkat sebelah
keningnya.
“Abang kena tidur dulu sebelum
sambung drive. Kalau tak, Sufiy yang drive. Ok?” soal Sufiy
meminta pendapat.
“Ala, nanti lambat la kita sampai
ke kampung,” Asyraf cuba berkompromi. Lagi pun jam telah menunjukkan tepat jam
tiga petang. Kalau dia tidur, mesti tak sempat berbuka dengan ipar duainya.
“Sufiy tak kira, kalau abang tak
setuju, Sufiy yang drive. Kalau abang tak bagi, Sufiy keluar,” tegas
ucapan yang meluncur dari bibir Sufiy. Tangannya dah bersedia untuk membuka
pintu kereta.
Asyraf tahu bahawa Sufiy akan
melakukan apa sahaja yang dia ucapkan. Walau isterinya nampak lembut, dia tahu
sifat keras kepala isterinya. Tangannya pantas mencapai tangan Sufiy yang ingin
membuka pintu.
“Okey, okey. Sayang jangan lah
macam ni. Okey, abang tidur kejap. Sayang jangan keluar, stay by my side,”
pujuk Asyraf dengan nada yang lembut.
Sufiy tersenyum kemenangan.
“Sufiy takkan lari la,” balasnya masih dengan senyuman di bibir.
“Sayang juga Sufiy dekat abang
yea,” tutur Asyraf sambil mencuit hidung Sufiy.
* *
*
Usai terawih pada malam tu, Sufiy
bersiap-siap ala kadar. Asyraf memandangnya dengan pandangan pelik.
“Sayang nak kemana malam-malam
macam nie? Dah lewat ni,” soal Asyraf, tak mahu persoalan itu memberati
kepalanya.
“Abang siap-siap la. Pakai t-shirt.
Kita nak keluar. Sufiy nak turun bawah kejap, siapkan apa yang patut,” ucap
Sufiy selamba. Serentak dengan itu, dia memulas tombol pintu untuk keluar.
“Cepat yea, bang. Kalau tak,
Sufiy keluar sorang.” sambungnya sebelum melangkah keluar.
Asyraf yang ditinggalkan,
terkebil-kebil sendirian. Setelah beberapa ketika, dia mencapai aje pakaian
yang ada dihadapan matanya.
“Kenapalah dengan bini aku
tiba-tiba ni.” ucap Asyraf ketika baju melepasi kepalanya. Usai lengkap
berpakaian, dia melangkah keluar kamarnya mencari Sufiy yang tak kelihatan di
ruang tamu.
“Ha, siap pun. Sufiy baru nak
panggil abang,” suara yang menegurnya di muka pintu membuatkan Asyraf menoleh.
“Kita nak pergi mana sebenarnya
nie?” soal Asyraf lagi. Masih dengan nada yang curiga. Kakinya tetap mengikut
langkah Sufiy yang selamba.
“Adalah,” balas Sufiy perlahan.
Dia mengarahkan Asyraf masuk di sebelah pemandu.
“Kejap, sayang nak drive
malam-malam gini?” soal Asyraf terkejut.
“Ala, abang masuk la. Sufiy nak
tunaikan jani Sufiy ni,”
“Biar abang yang drive,
kalau tak, kita tak payah pergi,”
“Sufiy da janji kan, kalau kita
balik kampung siang, akan ada surprise untuk abang. Nie Sufiy tengah
tunaikan la nie.”
“Tapi sayang..”
“Cepat la masuk, nanti lambat
pulak. Kalau abang banyak cakap lagik, kita tak payah pergi,” Sufiy sudah
menunjukkan tanda-tanda merajuk.
“Okey, okey. Kita pergi,” balas
Asyraf. Mengalah. Seraya dengan itu, dia melangkah masuk ke dalam kereta.
“Ha, macam tue la hubby
Sufiy,” ucap Sufiy dengan senyuman yang
meleret. Usai membaca doa, kereta di undur perlahan-lahan meninggalkan kawasan
perumahan itu.
“Kita nak ke mana nie?” soal
Asyraf lagi. Masih mencuba nasib. Andai dia tahu destinasinya, pasti dia yang
akan pandu kereta itu.
“Abang tunggu dan lihat. Kalau
nak ikutkan hati Sufiy, nak aje Sufiy ikat mata abang. Biar tak payah nampak.”
“Eah, kenapa pulak?”
“La, nie kan kejutan Sufiy untuk
abang.” ulas Sufiy lembut. “Dah, dah. Abang tunggu jea la,” sambung Sufiy lagi.
Tangannya menggagau mencari punat pemain mp3 keretanya. Suasana yang sunyi itu
lantas bertukar rentak. Suara kumpulan DeHearty mendendangkan Kau Hadir
melatari ruang antara mereka. Asyraf yang senyap menghayati lagu itu, adakalanya
mengerling isterinya yang tenang memandu kereta.
Dikau hadir di kala aku
Memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa
Kuterima segala apa yang diperdaya dan
Kini ku bersedia hadapi hari muka
Kau bawa sinar cahaya
Dihari ku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria
Kuterima segala apa yang diperduga
Bila mana kau terima
Hidup ada suka dan duka
Mendung takkan selamanya
Sinar mentari kan menjelang tiba
Dua buah lagu yang telah selamat
menjadi hiburan halwa telinganya. Sepanjang itu lah Sufiy masih senyap.
Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.
“Sayang, kita nak ke mana nie?
Dari tadi, asyik berpusing di tempat
yang sama aje abang tengok,” tegur Asyraf perlahan.
“Oh, abang perasan rupanya. Okey,
kejap lagi, kita sampai,” seraya itu, Sufiy memberi isyarat ke kiri. Mencari
petak kosong dan memarkirkan keretanya. Di hadapan mereka, terbentang satu
pemandangan yang mendamaikan.
“Jom, turun,”ajak Sufiy perlahan.
Bayu pantai menyerbu masuk kedalam kereta saat Sufiy menguak pintu kereta untuk
keluar. Asyraf masih tercengang-cengang dengan tindakan Sufiy yang tiba-tiba. Pintu di sebelah kirinya terkuak perlahan.
“Jom lah,” seru Sufiy perlahan
sambil menarik lembut tangan Asyraf.
Asyraf hanya mengikut perlahan.
Di pandangnya kawasan sekeliling yang dilatari pekat malam dan bayu yang sejuk.
Di lihatnya Sufiy mengeluarkan sesuatu dari kereta yang dibiarkan lampu
hadapannya terpasang.
Sufiy membentangkan tikar yang
dibawa. Setelah itu, dia mengeluarkan beberapa jenis makanan yang diletak
cantik dalam bekas makanan.
Asyraf berdiri kaku di tempat yang
sama. Masih terkejut.
“Sayang, apa semua nie?” soal
Asyraf teragak-agak. “Are we celebrating something?” sambungnya lagi.
Sufiy menggeleng perlahan. Dia
melangkah lambat-lambat menuju ke arah Asyraf. Tangannya mencapai jemari
Asyraf, lalu menariknya lembut kearah tikar yang terbentang. Diarahnya Asyraf
utntuk duduk sebelum dia melanjutkan bicara. Asyraf hanya patuh membatu.
“Okey,” sepatah Sufiy memulakan
bicara. Dia mengerling sekilas Asyraf di sisinya. Ditahan ketawanya dari
meletus pabila raut wajah Asyraf seumpama ternanti-nanti bicara selanjutnya.
“Abang suka tak?” soal Sufiy
setelah beberapa ketika.
“Suka. Tapi apa kita buat kat
sini malam-malam tak de orang nie?” laju balasan yang keluar dari mulut Asyraf.
Serentak dengan itu, tawa Sufiy
meletus.
“Abang, apasal cuak sangat ni?
Kita tak buat jenayah la. Jangan bimbang, Sufiy bawa sijil nikah,” balas Sufiy
masih dalam tawanya.
Muka Asyraf yang berkedut-kedut
sedikit kendur mendengar canda Sufiy.
“Abang ingat tak lagi janji Sufiy
kalau kita balik siang? Tak nak drive malam-malam,”
Perlahan Asyraf mengangguk
kepalanya.
“A good, memorable surprise,
right?” soal Sufiy lagi.
Asyraf masih mengangguk
kepalanya. Kali ini disertai senyuman.
“Then, this is what i promise
you. Let make it a precious moment of us,” ucap Sufiy dengan nada yang
mendayu. Bayu laut yang meniup tidak di hiraukannya. Matanya tajam menatap anak
mata Asyraf yang dari tadi menatap wajahnya. Namun, tindakannya itu, seperti
biasa tidak tahan lama.
“Kat sini?” bulat mata Asyraf.
“Apa abang fikir ni?” tersipu
Sufiy bila suara Asyraf naik seoktaf dengan ekspresi yang terkejut. Dia dapat
mengagak apa yang tercerna di minda Asyraf.
“Then, what does that mean?”
soal Asyraf kemudian.
“Kita tengok bintang la. Kan ke
banyak bintang kat atas tue?” balas Sufiy selamba seraya mendongakkan
pandangannya.
“Ooo, dia mainkan kita yea,” jari
jemari Asyraf mencari sasarnnya untuk menggeletek isterinya. Namun, Sufiy lebih
pantas membaca tindakan selanjutnya Asyraf. Dia bangun meninggalkan Asyraf
untuk dikejar.
“Sayang, jangan lari!” kata-kata
Asyraf tidak dipedulikan Sufiy. Lantas Asyraf bangun mengejar isterinya.
Setelah beberapa ketika, acara
kejar mengejar itu ditamatkan lantaran kedua-duanya tercungap-cungap keletihan.
“Macamana sayang boleh terfikir
nak datang sini waktu macam ni?” soal Asyraf saat mereka duduk menikmati
makanan yang di bawa Sufiy.
“Sebab dulu Sufiy pernah datang sini
waktu macam ni. Cantikkan bila tengok bintang-bintang kat atas langit tu.
Tenang aje rasanya,” balasan Sufiy membuatkan Asyraf tersentak.
“Sayang datang dengan siapa
waktu-waktu macam ni?” laju soalan itu keluar dari mulut Asyraf.
“Ada lah. Someone special,”
Sufiy hanya menduga. Dia membuat muka selamba habis. Hujung matanya mengawasi
tindakan Asyraf.
“Dah, jom balik,” tegas suara
Asyarf terlontar keluar.
“Gurau jea la, abang. Of
course la ayah takkan bagi keluar dengan lelaki waktu macam ni. Masa tu,
kitorang camping kat sini. Satu keluarga. Idea abang Sulaiman la ni.
Walaupun dekat, tapi not bad kan?” ulas Sufiy panjang.
Asyraf kembali melabuhkan
duduknya. “Pandai sayang kenakan abang, yea,” dia mencuit hidung Sufiy.
Sebentar tadi, dirasakan Sufiy
membawanya ke sini hanya untuk membuatnya mengenang kekasih lampau walau dia
tahu Sufiy bukan gadis sebegitu. Namun, penjelasan yang serba ringkas itu
melegakan hatinya.
“Abang suka tak?” soal Sufiy
setelah Asyraf senyap melayan perasaan.
“Of course, dear,”
senyuman yang terukir di pinggir bibir Asyraf nyata membuatkan Sufiy turut
tersenyum.
Kepalanya dilentokkan ke bahu
Asyraf. Tindakan Sufiy membuatkan Asyraf melebarkan senyumannya. Mata mereka
memandang kepekatan malam yang di taburi jutaan bintang.
“Ah, lupa. Kejap yea,” tindakan
refleks Sufiy yang tiba-tiba bangkit membuatkan Asyraf terkejut.
Sufiy berlari-lari anak menuju ke
kereta. Lampu yang tadinya terpasang, dipadam. Seketika kemudian, terdengar
sayup-sayup alunan Caravansary yang dimainkan sekumpulan pemuzik dari
Jepun-Kitaro. Sufiy kemudiannya berjalan seselamba yang mungkin menuju Asyraf
yang sedang menunggunya.
Sufiy duduk di posisi asal
sebelum dia meninggalkan Asyraf tadi.
Keduanya senyap melayan perasaan.
“Do you like it or not?”
soal Sufiy memecah kesunyian antara mereka.
“Hmm..”
“Is it the most memorable
surprise?” soal Sufiy lagi. Dia cuba
untuk bangun mencari anak mata Asyraf. Namun, pautan Asyraf yang kemas
dibahunya tidak membenarkan tindakannya.
“Yup. Thank you, dear,”
balas Asyraf. Serentak dengan ucapan itu, dia menghadiahkan kucupan lembut di
ubun-ubun isterinya.
“Is it hadiah yang paling
gempak in your life?” pertanyaan Sufiy itu membuatkan Asyraf menoleh kerah isterinya. Dapat dikesan senyuman isterinya dalam soalan tersebut.
“Yea, sayang. Terima kasih sebab
bawa abang ke sini, saat ini, waktu ini. Abang tak tau pulak yang sayang ni
mampu buat kejutan sampai abang bisu,” balasan Asyarf membuatkan Sufiy tak
mampu mengawal tawanya.
“Nakal, yea,”
“Yea la. Dah tadi abang cuak
sangat kenapa? Tapikan, memang lawak la muka abang waktu kita mula-mula sampai
tadi,” ketawa Sufiy masih tidak surut.
“Sayang, walaupun tak de orang,
sopan la sikit,” tegur Asyraf juga untuk menutup malunya diketawakan Sufiy.
“Okey, okey,” tawanya masih
bersisa.
Kedua-duanya kembali tenggelam
dengan suasana itu.
“Abang,” seru Sufiy perlahan.
“Hmm..”
“Kita nak tidur kat sini ke,”
“Hmm..”
“Ish, mana boleh,” ungkap Sufiy.
“Boleh,” balas Asyraf.
“Bang, esok masih puasa la,”
ucapan Sufiy membuatkan mata Asyraf terbuntang.
“Ya Allah, abang lupa la. Jom
kita balik. Kali nie, biar abang yang drive,” serentak itu, matanya
melirik jam di pergelangan. ‘12.15 malam,’ getus hatinya perlahan.
“Ni semua, Sufiy punya pasal la.
Nasib baik esok tak kerja,”ucap Asyraf lagi.
“tapi surprise nie
menjadikan?”
“Yeah. Thanks again,
sayang. I’ll remember forever.”
p/s: Selamat balik kampung... mulakan perjalanan dengan sesuatu yang berkat..
p/s/s: Ramadhan dan nak pergi...tp masih rase x puas enjoy lg... =(
p/s/s/s Happy Eid Mubarak in advanced...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan