Sabtu, 28 Disember 2013

picisan random

Handphone dikepit ke telinga dengan bahu sementara menunggu panggilannya disambut. Pen di tangan rancak menari datas kertas sementara matanya meniti draf lukisan di hadapan.

setelah beberapa ketika, lagu yang kedengaran ditelinganya bertukar dengan sapaan

"Assalamualaikum, dah ada kat mana?" Laju bibirnya memuntahkan soalan dikepala.

"Waalaikumussalam. Sekarang ni ada dekat rumah Abang Wan. Kenapa?" balasan soalan dari hujung talian membuatkan dia terdiam seketika memikirkan apa yang patut diperkatakan.

"Tak de pape.. Saja jea nak dengar suara. so, macamana trip?" 

"Okey je. Kakak pun ada dengan mama ni." ujar suara disana. suara ketawa yang menjadi latar perbualan itu mengesahkan kehadiran kakak.

"Owh... no wonder la macam pernah dengar jea gaya ketawa tue." balasnya sambil ketawa perlahan.

"Nak cakap dengan kakak ke? kejap yea." 

Belum sempat dia memberi kata putus, terus suara mamanya berganti dengan suara si kakak.

"Heyya there." sapaan kakaknya membuatkan bibirnya membuahkan senyuman.

Rindu. itu yang dia rasakan terhadap kakaknya itu.

"Backatcha. so, how's life?" terus 

"Wait a minute... who is this?" tanpa sempat dia membalas, kedengaran suara kakaknya memuntahkan soalan sama kepada mama.

Dia yang mendengar segala-galanya hanya mampu terdiam di talian. sedikit sebanyak, hati kecilnya terkesan dengan pertanyaan itu.

setelah mendengar balasan mama, kakak kembali ke talian.

"Owh, it's you. I though it was adik." saat itu juga kedengaran suara abang yang turut bersama mereka menuturkan sesuatu, namun jelas di pendengarannya.

Hatinya semakin jauh dengan situasi itu. Namun, segalanya hanya dipendam didalam hati.

"So, anything you wanna talk?" soal kakak tanpa perasaan

"Naa... Nothing. Just killing the time. Sebenarnya nak cakap dengan mama tak habis lagi. tak sempat pun nak cakap tadi." 

"Okey then. kejap." terdengar suara kakaknya memanggil mama.

"Ha, ada apa?" suara mama kembali menyapa halwa telinga.

"tak de pape, saja call. Ma, exam dah nak dekat. Ma tolong doa-doakan Ira kat sini yea." mohonnya pelahan.

"Insya Allah. mama selalu doakan anak-anak mama. Ira pun kena la usaha, jangan hanya tahu tawakkal jea." balasan mama membuatkannya tersenyum lagi.

"Ni Ira tengah buat apa?" soal mama. keriuhan melatari suara mama semakin menjauh.

"Ira tengah study sebenarnya. tapi bila kepala dah rasa tepu, call mama kejap. nak call orang lain pun tak tahu nak call sapa." balasannya membuatkan mama ketawa dihujung talian.

dan ketawa itu yang juga dia rindu.

"Dah, sekarang, Ira sambung study. kalau rasa blank macam sekarang, kakak buka jea Quran, Insya Allah, okey jea lepas tue. Nak call mama pun tak pe, tapi nak call orang lain tu..." mama sengaja meleretkan nada dan tidak menghabiskan ayatnya.

"Yea, yea... Ira faham, ma.  Okey la ma, Ira nak sambung study. Kirim salam abang dan kakak." Balasnya lagi.

"Okey, study elok-elok." Mama mengakhiri perbualan mereka dengan ucapan salam.

Insyirah menjawab dalam hati setelah talian tersebut terus putus. Matanya kembali ditala ke draf lukisan yang terbentang diatas meja. Cuba untuk menarik kembali fokus yang hilang. Namun, hatinya masih degil untuk tidak memikirkan ungkapan tadi.

"Mana syok cakap dengan dia. lain la kalau adik yang call."

true...

'Hati, please jadi kuat. macam tak biasa aja kan?' getus Insyirah lagi.

Setelah beberapa ketika, dia bangun menuju ke bilik air, membasahkan diri dengan wudhuk. menghindarkan diri dari fikiran yang kusut.

Dear you 4

 Dear You , Hati ni nan sekeping je.  Habis elok dijaga untuk dia tidak sakit. untuk dia tidak merasa apa itu rasa kecewa. Kalau hati ini, h...