Rabu, 17 Jun 2020

Mr X, Punya Lila Rose (review)

Baca random book dalam library wattpad lepas seharian dalam perjalanan kelantan-johor (yang konklusinya, baik balik dengn bas. Masa kat kampung lagi berharga berbanding perjalanan dengan kereta)..

Semalam, lepas sampai dan kemas rumah lepas beberapa hari tinggal tidak berpenghuni. Pilih buku ni, by deexaty (https://my.w.tt/WRpuXWoao7) dalam library wattpad.




Sebab hanya 37 part je, dan rasa dia tak berat kot sebab penulisan yang santai (dan manis penuh bermakna😉😉)

Bila baca kisah Lila Rose ni, buat kita mengimbau kembali bagaimana terbinanya 'tembok' untuk sesuatu perhubungan ni.. 

Hurmm..

Dan bila sampai bahagian 'terpecah'nya rahsia Mr X, buat kita ingat balik kisah 'kita' yang kononnya punya 'kebenaran yang terselindung' tu..

Hurmm.. Tapi ending kisah ni, menarik walaupun kita mengharapkan pengakhiran yang sama.

Betul la apa yang Lila kata

"What past is past."


Dan untuk back to square like we used to be, sorry, cant do.

Vise versa.

Kita suka baca kisah yang happy ending bila a character dalam sesebuag cerita tu boleh memberi peluang untuk another character to explain or enlighten their path to straighten the fact. Tapi kita jenis susah laaa.. Once its broken, its hard to seal back (biar kalo orang kata amikla pepatah jepun, heal the broken bowl with gold-sealer).

Haish.. 

Banyak part dalam kisah ni, buat kita termenung.

*sigh again*

Daaa (too much to chew in a short time)


P/s: reading a verse 'saya suka awak' in real life dan bila orang tu memang tuju kat kita, (memang) bagi kesan jugak walaupun tak banyak.. Adehh.. Merapu kuat dah ni 🤦‍♀

Kisah Yang Tidak Berpenghujung 4

Aplikasi Music dipaparan skrin telefon bimbitnya disentuh. Setelah beberapa sentuhan, telinganya disap dengan bunyi-bunyian hasil dari lantunan speaker handphonenya.

Masuk lantunan lagu kedua, imbauan lepas kembali menerjah.

Seketika dia larut dalam memori lalu.

Namun dia lantas tersedar setelah masuk lagu ketiga.

Memori lain pula yang menyapa. Nafas berat dihela perlahan.

'Kenapa playlist ni macam tak kena je... Ada je yang minta diingatkan.'
Getus hatinya.

Butang seterusnya ditekan hingga lagu yang tidak mengundang memori lampau kedengaran.

Dia kembali meneruskan kerjanya walaupun hatinya masih gelisah dengan perkara yang tidak dia ketahui hujung pangkalnya.

Isnin, 1 Jun 2020

Kisah Yang Tidak Berpenghujung 3

Matahari hari ni terang bersinar. Redup di sebalik awan. Damai terasa hati.

Bezanya harini, dia memandu ke tempat kerja. Jalan utama telah dia masuki dengan jayanya.

Tiba-tiba, perasaan gugup menerpa. Jalan tiga lorong itu terasa mencabar walaupun kenderaan tidak sebanyak biasa. 

Dia terasa lorong pemanduannya semakin mengecil bila dihimpit kenderaan di kiri dan kanan. 

Tangannya makin kejap memegang stereng kereta. Hati kecilnya beristighfar supaya selamat sampai. 

Lima minit tempoh perjalanan terasa lama secara tiba-tiba bila ketidak-yakinan muncul. 

Badannya terus rasa lesu untuk meneruskan jam mencukupi hari ini.


...

Samalah. Bila dia tempuh hari itu dengan yakin, maka dia bersemangat sepanjang hari.
Tapi bila dia tiada keyakinan, seluruh harinya akan murung.

Dear you 4

 Dear You , Hati ni nan sekeping je.  Habis elok dijaga untuk dia tidak sakit. untuk dia tidak merasa apa itu rasa kecewa. Kalau hati ini, h...