Rabu, 21 Julai 2021

Dear you 4

 Dear You,

Hati ni nan sekeping je. 

Habis elok dijaga untuk dia tidak sakit.

untuk dia tidak merasa apa itu rasa kecewa.

Kalau hati ini, hanya untuk dicuba-cuba, 

Jangan sesekali kau hampirinya.

Dia rapuh..

Umpama gula-gula kapas, yang cairnya di mulut,

Bezanya dia, cairnya boleh berdarah.



Sekian,
Me

Isnin, 12 Julai 2021

Kisah Yang Tak Berpenghujung [5]

Assalamualaikum.

Rindu nak mencoret sebagai pelepas rasa..

Musim yang menggalakkan vaksinasi sebagai langkah untuk mencapai herd immunity, dan sebagai salah satu cara menyelamatkan nyawa.


...



[Dos 1]

"Macamana gi cucuk vaksin tadi?" Suara yang teruja terlontar menembusi corong speaker di balik sana dunia.

"Gitu lah. Kena beratur, isi borang. Tapi misi yang isikan borang."

"Oh, kira masuk sorang je la."

"A'ah. Sorang je boleh masuk. Dia lepas untuk orang yang nak cucuk je. Lepas dua, tiga kaunter baru dapat cucuk. Tu pun, lepas 15 minit cucuk baru boleh keluar. Doktor nak pastikan yang kita tak pening ke apa ke." Sambung suara itu panjang lebar.

"Pastu, balik makan panadol ke?"

"Makan. Abang Ngah bagi dah panadol lepas balik tu?" 

"Panadol baru beli ke?"

"Tak lah. Yang ada kat rumah ni la."

"Tahun bila punya tu..? Tak expired lagi ke?" terkejut. Dia sangat maklum yang susah untuk disana tambah ubat selain dari ubat klinik yang selalu temujanji tu.

"Abang Ngah dah cek dah. Dia kata boleh lagi. Mak makan yang dia cek tu la."

Lega.

"Ayah takde kata pape ke lepas mak balik vaksin tu?"

Tetiba selambak ketawa yang diluahkan emak.

"Apa yang tak kata apa nya.. Lucu ada la, tak lama lepas mak sampai rumah tadi, ayah kalu-kalut sampai. parking motor pun asal boleh je. Pastu naik rumah tanya, takde yang rebah ke, pengsan ke?" habis ayat tu, mak terus sambung gelak. Sayup-sayup dengar suara lain dok tumpang gelak kat belakang.

"Ye la, ayah risau la kat bini dia, kot pape jadi ke."

"Tu dia dok dengar orang cakap la tu, yang dok runsing pelik-pelik cenggitu."

"Ayah rungsing la tu.. bini yang dia sayang kot. Takut jadi pape la.." 

Dua-dua sambung gelak.



[Dos 2]

Esok punya jadual,adik dengan mak ke PPV, AbangNgah dengan baby ke KK, ayah dengan cucu-cucu lain dok kat rumah.


Status di aplikasi whatsapp adiknya dibaca dengan senyuman.

'Esok dos kedua vaksinasi mak. Entah apa la yang jadi tu.' Getus hati kecilnya.

Keesokan petangnya, dia mendail nombor rumah.

"Ha, macamana dos kedua tadi? Adik tanya tak dapat yang mana satu?" Soala terus dilontar selepas salammya dijawab.

"Bukan pergi dengan adik, tapi pergi dengan ayah."

"Eah, adik kata ayah dok rumah dengan cucu-cucu?" Soalnya pelik.

"Taklah, entah angin apa nak tukar dengan adik. pagi tadi, ayah kata, biar adik yang jaga budak-budak tu. senang kalau ada pape, adik uruskan. Jadinya, sebab tu lah ayah yang pergi dengan mak." Usai menoktahkan ayat, mak gelak tiba-tiba.

"Lucu la ayah pagi tadi." Mak sambung gelak.

"Kenapa?" Dia menyoal, penasaran.

"Lepas mak keluar dari dewan PPV tu, terus ayah pergi dekat mak, pimpin tangan ni, bawa masuk kereta." Mak sambung gelak, diikuti oleh dia.

"Ayah risau la tu, kot mak pening nak pengsan ke." Dia sambung sambil gelak.





***

A man's love is something that rarely showed..

A man's love that never been expressed..

A man's love that is really exclusive..

A man that try to express his love..

A man that learn how to convey his love..

A man that just start to tone-down his 'straight-face'..


I also love you daddy, as much as you love mother..

*ok, I cry over this entry

I hope to find someone like you, or even he is not like you, at least he loves me as how you love mother... Than you, daddy



[1st dose mother: 2nd June 2021

1st dose daddy: 9th June 2021

2nd dose mother: 23rd June 2021

2nd dose daddy: 30th June 2021

but, where is my dose]


Dear you 4

 Dear You , Hati ni nan sekeping je.  Habis elok dijaga untuk dia tidak sakit. untuk dia tidak merasa apa itu rasa kecewa. Kalau hati ini, h...