Sabtu, 22 Mac 2014

~~Random [2]

Bismillah... here we go, the next eps for random. well, i do enjoy the excitement of the ranting, mumbling and writing. don't ask me what are these all about. might be good for me to let it all out.. and the excitement of writing sure do make me good in a way...

Malam itu, Humaira hanya menghabiskan masanya membaca komik yang dibelinya petang tadi. Komik yang terlalu istemewa dan terasa dekat dengan kekasih pujaan ramai – Muhammad SAW. Komik yang bertajuk 33 Pesan Nabi: Jaga Mata, Jaga Telinga, Jaga Mulut karya kartunis dari Indonesia, vbi_djenggotten itu menarik perhatian matanya semasa melintasi gerai buku sebelum berjumpa dengan mamat-mamat sewel itu. Menariknya, komik ini merupakan kompilasi hadis Bukhari-Muslim yang diletakkan ilustrasi-ilustrasi menarik yang sebenarnya turut menyumbang kepada maksud hadis itu sendiri, disamping susunan dan garapan lukisan yang menarik dari pelukis itu sendiri.

Tiba-tiba, ringtone Muslim of the World yang dipopularkan oleh Harmony Band kedengaran. Mata Humaira enggan melepaskan komik yang terhidang, manakala tangannya menggagau mencari telefon bimbitnya yang terletak di meja kecil sebelah katilnya. Tanpa melihatkan siapa pemanggilnya, terus jarinya menekan butang hijau, menjawab panggilan.


“Helo, assalamualaikum.” Sapa Humaira bersahaja.

Senyap.

“Helo?” sekali lagi, Humaira mencuba. Ternyata talian sebelah sana masih senyap. Humaira melihat skrin telefon. Tiada nama yang terpapar, hanya nombor telefon, dan ianya masih bersambung.

“Helo?” buat kali terakhir Humaira mencuba, namun tiada balasan dari si pemanggil. Pantas jarinya menekan butang merah, mengakhiri panggilan tersebut. Mindanya yang masih fokus mencerna isi komik itu tidak mampu memberi respon yang biasa dia berikan tatkala ada panggilan seumpama itu.

Matanya kembali menatap dada komik, dan minda makin fokus kepada isinya untuk mencerna maksud komik itu. Walaupun ianya bacaan santai, namun, secara tak langsung, ia sebenarnya suatu teguran yang terus terhadap umat manusia zaman sekarang yang mengamalkan gaya hidup yang bukannya berpandukan Al-Quran dan Sunnah lagi. Melalui ilustrasi yang jelas maksudya, teguran itu umpama menusuk terus ke dasar hati kalau yang membaca itu punya kesedaran.

We all denounce terrorism
We stand against it in deed and word
This is our belief, our unwavering ideal
And we are the muslims of the world

Ala’tida thoriquna
Nabzuttathoru da iman qoulan fi’lal wa ‘atiqad
Haza huwaddar fi syarqi walgharb
Wa nah nul muslimun na nahnul ‘aamal
And we are the muslims of the world

Sekali lagi, deringan dari telefon bimbit kesayangannya melagukan nada yang sama. Humaira sengaja melambatkan pergerakannya untuk menjawab panggilan tersebut. Entah kenapa dirasakan ringtone pilihannya terasa kena dengan buku yang dibacanya. Yea, we are muslims of the world. Tapi dunia menggagap muslim sebagai pengganas. Dan anggapan itu memanglah tidak benar sama sekali. Namun sikap umat sekarang ini yang hanya sedikit membantah idea tersebut. Dan entah kenapa, suasana malam itu dirasakan sayu apabila minda mula memikirkan masalah umat.

‘Ini baru secebis yang engkau fikirkan, duhai diri.’ Ujar Humaira. Tanpa sedar, dia hanya membiarkan  deringan telefonnya tamat begitu sahaja.

Setelah beberapa ketika, nada sama kedengaran lagi. Mengejutkan Humaira dari lamunannya. Nombor yang sama masih tertera di skrin telefonnya. Tangannya pantas menyentuh skrin untuk menjawab panggilan tersebut.

“Helo, assalamualaikum.” Seru Humaira. Kedengaran deru nafas yang kelam kabut di hujung talian, namun masih tiada suara menyapa telinganya.

“Assalamualaikum.” Salamnya di ulang lagi. Dan hujung talian masih sunyi dari sebarang suara.

“Ehm...” Humaira berdehem. “Kalau call setakat nak bazirkan kredit, baik tak payah. Banyak lagi benda yang boleh awak buat. Sapu sampah ke, basuh baju ke, cuci toliet ke.” Dalam satu nafas dia menuturkannya.

Tiba-tiba, kedengaran tawa kasar meletus dihujung talian. Humira hanya senyap menanti balasan ‘makhluk’ dihujung talian.

“Apa yang awak merepek ni, Maira?” Suara garau dihujung talian dilontarkan bersama dengan sisa tawa yang tertahan.

‘Dah sapa pulak ni..? Siap tahu nama aku bagai ni.’ Getus hati Humaira. Dia hanya mendiamkan diri disaat itu. Tindakan refleksnya apabila terkejut.

“Helo, Maira. Are you still there?” Soal suara garau itu lagi.

“Assalamualaikum.” Dengan nada yang sinis Humaira menuturkan ucapan keramat itu.

“Waalaikumussalam. Sa....”

“Tau pun nak jawab salam. Ingatkan dah tak reti nak jawab salam kalau dah dua kali senyap. Dosa tau tak jawab. Dah awak ni siapa pulak, siap tahu nama saya bagai ni?” Potong Humaira sebelum sempat suara dihujung talian melanjutkan kata-kata.

“Okey, okey.. Saya Firdaus. Ingat tak tengahari tadi?” Soal suara itu dengan nada yang serius.

Lantas minda Humaira teringatkan kejadian di kedai kain petang tadi. “Mamat psiko!” jerit Humaira tanpa sengaja. Dan buat seketika, suasana di talian senyap untuk ke sekian kalinya.

“Amboi, sedap aja awak label saya psiko. Awak tak kenal ke saya..?” soal Firdaus. Serius.

“Awak ingat awak sape nak suruh saya ingat awak? Lagipun, kita pernah kenal ke sebelum ni?” bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Humaira.

Firdaus dihujung talian hanya diam. Dibiarkan suasana sunyi tanpa bicara.

“Awak dah habis modal nak cakap? Apasal senyap kalau betul awak...”

“Pejot.” Sepatah jawapan Firdaus mencantas bicara Humaira. Terus diam tanpa menyambung bebelannya.

“Awak ingatkan? Kalau tak, awak takkan senyap macam ni.” Tutur Firdaus lagi. “Awak dan bebelan awak tak pernah nak berubah, sama sejak dulu lagi.” Sambung Firdaus lagi. Bibirnya menguntum senyuman tatkala membayangkan Humaira yang sedang kaku di hujung talian.

“Maira.” Seru Firdaus dengan nada lembut.

“Ehm..” Humaira berdehem perlahan. “Dah kenapa lembut jea nada, dah takde tulang dah lidah tu?” Pantas balasan Humaira untuk menutup rasa terkejutnya sebentar tadi.

Letusan ketawa Firdaus menyebabkan dahi Humaira membentuk garisan kerut. “Kenapa gelak?” Soal Humaira lagi.

“Sejak bila pulak lidah bertulang, Cik Humaira oii...”

Terkedu dengan balasan Firdaus, segera Humaira melontar soalan. Menukar topik perbualan. Terasa pipinya membahang, malu. “Ha, kenapa call ni? Awak dapat kat mana nombor phone saya ni?”

“Tengahari tadikan kita ada jumpa. And I did bumped to your father, and he did recognize me.” Jawapan Firdaus yang selamba itu menyebabkan Humaira kembali teringatkan kejadian di kedai tersebut.

And?” Humaira sengaja meleretkan pertanyaanya.

I believe, you do know what I meant. And also, your father did agree with me.” Sengaja Firdaus menekankan persetujuan ayah Humaira.

Senyuman tersungging dihujung bibir Firdaus. Bukan niatnya untuk mempermainkan Humaira. Tapi dalam keadaan sekarang, dia perlu untuk mencari teman majlis makan malam itu. Rimas dengan perempuan-perempuan yang mengejarnya. Firdaus sendiri tidak mengerti apa lebihnya dia dimata mereka semua. Layanannya terhadap semua perempuan adalah sama saja.

“Okeyyy....” Panjang  jawapan Humaira sebelum menyambungnya. “Why am I the chosen one?”

Soalan Humaira itu mengejutkan Firdaus dari khayalannya.

“Macam yang kawan saya cakapkan tengahari tadi. I do need a company to the dinner, and suddenly, we’re accidently found you. And luckily, I do know you after you run from us. And the most fortunate thing is, your father do recognize me as anak Uncle Fateh. Is it clear Miss Humaira?” Panjang penjelasan Firdaus.

Humaira hanya terdiam dengan penjelasan itu.

So, will you?” Soal Firdaus pendek dengan nada penuh pengharapan.

Give me some time to think.” Ujar Humaira. Dia perlu untuk menimbangkan baik dan buruknya tindakan yang bakal diambilnya. Dan yang paling penting, ayahnya perlu di tanya tentang perkara itu.

“Bila saya boleh tahu jawapannya? Dan saya harap jawapan awak tak mengecewakan saya. Please.” Lembut suara Firdaus menampar cuping telinga Humaira.

Soon, in sha allah.” Pendek jawapan Humaira.

Thanks for the consideration.” Ujar Firdaus perlahan.

“So, kalau dah takde pape, I’ll hang up. Got to do few things right now.” Ucap Humaira lagi.

“Humaira.” Seru Firdaus perlahan.

What else?”

Can we be friend. Again?” soal Firdaus kembali.

Sure will do, mister.”

Thank you.” Senyuman kembali hinggap di bibir Firdaus.

“Assalamualaikum.” Ucap Humaira setelah beberapa saat menyepi. Dia terus menyentuh butang off setelah salamnya disambut.

Rambutnya yang panjang melepasi bahu diikat sebelum kakinya menapak menuju pintu yang tertutup. Bilik bacaan ayahnya dituju saat matanya menjeling jam dinding yang menunjukkan angka 10.30 malam.

Tombol pintu dipulas setelah ketukan pintunya berbalas. Encik Adam tersenyum melihat Humaira dimuka pintu.

“Ayah, we need to talk about something.” Senafas Humaira menuturkannya.


Encik Adam masih tersenyum. Dia tahu apa yang bermain di fikiran anaknya itu.


t.b.c.

Isnin, 17 Mac 2014

Hasbunallah wani',al wakeel...

Bismillah...penat dengan kerja seharian dan agak tertekan dengan situasi dan pandangan rakan sekerja...
dan cara untuk melepaskannya adalah dengan meluahkannya. itu mungkin berkesan bagi orang lain...
dan bagi budak yang suka meredah segala perkara ni, menconteng juga satu cara terbaik untuk melepaskannya....



‘Adoiiii la.... penat la kalau hari-hari macam ni.’ Getus Alya dalam diam. Tangannya kejap memegang buku catatan bersama telefon bimbit yang dikepit bersama buku.

Pandangannya meliar ke kawasan sekeliling yang dipenuhi dengan mahasiswa dan mahasiswi. Kemungkinan sedang menuju ke kelas, ataupun sudah habis kelas. Ada juga yang sedang santai di meja-meja disitu samada sedang makan, menyiapkan tugasan ataupun menghabiskan masa berbual.

Langkahnya dipercepatkan saat matanya terpandang jam fakulti yang terletak jauh diatas dinding.

‘Mati aku... Dah lambat nak jumpa Dr ni. Tu la pasal, siapa yang sengaja lengahkan keadaan. Nak makan la, online la, macam jea engkau nak buat kalau dah tau tak sempat. Hisy.’ Hatinya masih setia mengomel tentang sikap diri sendiri. Lantas mindanya teringat kan perbincangan hangat semalam yang berkisarkan tentang masa. Keluhan kesal terlahir dari bibirnya tanpa sedar. 

::al-Hijr: 3::


Matanya cekap memerhati kawasan tersebut. Dengan tubuh yang genit, memudahkan Alya untuk terus menyelinap dalam lautan manusia itu.Tak berapa lama kemudian, dia berjaya memboloskan diri dari kawasan yang sibuk itu. Almaklumlah, disitulah kawasan makan, lepak, tunggu waktu kelas dan disitulah juga kawasan untuk berbincang. Fleksible untuk semua aktiviti, walaupun sempit.

Nafas ditarik perlahan apabila kakinya telah menjejak bangunan kompleks pensyarah School of Informatic and Applied Mathematics (SIAM). Lega setelah jauh berjalan. Tangga di daki laju namun masih berhati-hati. Senyuman dihadiahkan kepada mereka yang melepasinya.

Sampai saja di dihadapan pintu yang tertera nama PM Dr Noor, tangannya laju mengetuk menunggu kebenaran untuk masuk.

“Assalamualaikum Dr.” Sapa Alya selepas pintu coklat itu ditolak.




Alya baru sahaja melabuhkan duduk di kerusinya tatkala telefon bimbitnya berbunyi menandakan satu mesej baru diterima. Tangannya laju mencapai gadjet tersebut.

Jumpa saya sekarang. — Dr Wati

Nafas berat ditarik perlahan. Matanya mengerling jam di dinding makmal.

‘Lagi dua jam sebelum kelas.’ Hatinya berbicara sendiri. Tangannya yang baru meletakkan buku catatan hitam terus mencapai buku catatan berwarna biru pula. Alya membelek seketika buku tersebut sebelum tangan kirinya mencapai telefon bimbit yang terletak disebelah laptopnya.

“Jumpa Dr Wati jap eah.” Tutur Alya kepada Anis.

“Amboi, baru jea balik dari SIAM, dah nak pergi SFS pulak. Busy sangat harini.” Balasan dari Anis membuatkan Alya tersenyum. SFS — School of Fundamental Science.

“Adat kerja, kena pikul. Lagipun kerjakan amanah kita. Aku gerak dulu yea. Kalau nak guna laptop, ada atas meja yea.” Pamit Alya sebelum kakinya sekali lagi melangkah dengan pantas. Anis hanya mampu mengeleng kepala melihat gelagat Alya.

“Minah tu nak pergi mana pulak?” Soal Fitri. “Bukan dia baru jea masuk.” Sambung Fitri lagi sebelum duduk di mejanya. Tangannya yang masih bersarung mencatat sesuatu di buku laporannya.

“SFS. Dr Wati.” Pendek jawapan yang diterima.

Fitri hanya mampu menggeleng kepalanya. “Busy ya amat minah tu hari ni.” Sambungnya lagi.

“Dah nak buat macamana, orang hot.” Balas Anis lagi sambil ketawa.




“Owh, baru saya tahu cerita sebenar.” Ucap Dr Wati. Tangannya yang masih melakar gambaran untuk reaction yang seterusnya. Bibir pensyarah muda itu masih tidak lekang dengan senyuman walaupun perkhabaran yang diterimanya sebentar tadi agak memeranjatkannya.

So, next time awak tanya saya direct la yea. Bukan apa, saya takut masalah sama berulang lagi. Untuk reaction esok, follow this setup.” Sambung Dr Wati setelah lakarannya siap dan melanjutkan penjelasannya tentang lakarannya.

“Baik Dr.”

“Esok sampai lusa, saya tak de dekat sini. Ada seminar. If anything, just give me a call.”

“Okee, Dr. Saya teruskan dulu dengan yang ni. Untuk bahagian column, saya tunggu Dr balik dari seminar la. Lagipun, chemical yang order hari tu tak sampai lagi.”

Best of luck. Terima kasih yea, Alya.”

“Thank you, Dr. Sepatutnya, saya yang kena berterima kasih dengan Dr, sebab bagi peluang untuk merasa jadi ‘orang’ organic.” Tutur Alya sambil tangannya menyimpan helaian-helaian perbincangan.
Dr Wati tersenyum mendengarkan balasan Alya.

“Okey la Dr. Terima kasih untuk hari ni. Nanti, kalau ada apa-apa, saya contact Dr terus yea. Assalamualaikum.” Salam terus diberikan setelah melihat Dr Wati menggangguk kepalanya.

Diluar pintu, Alya tersenyum seketika mengenangkan perbincangannya dengan pensyarah muda sebentar tadi. Tangan kirinya diangkat sedikit dan matanya menjeling permukaan jam. Serentak dengan itu, matanya membulat. Terkejut.

“Mak aii... sejam lagi sebelum kelas mula.” Terus kakinya memulakan larian. Cctv yang berada di hujung laluan itu sudah tidak dipedulikan andai gelagatnya dirakam. Nasibnya baik disebabkan tiada yang melalui kawasan itu.

Beberapa minit kemudian, Alya telah kembali duduk di tempatnya didalam makmal. Tangannya cekap dan pantas menyelesaikan kerja sebelum kelas yang bakal bermula kurang dari sejam lagi. Windows Media Player ditekan. Imagine Dragon - Demon mula memekak di telinga. 


Alya yang larut denga kerjanya terkejut dengan ketukan di meja kerjanya. Mata Alya tepat mengahala ke arah Anis yang sedang tersenyum memandangnya. Tangannya meleraikan earphone ditelinga. Keningnya diangkat bertanyakan kenapa. 

"12.50 dah." Tegur Anis.

"Owh.. Thanks yea, tak perasan dah.. " Balas Alya. Tangannya pantas mengemas meja kerja yang berterabur dengan kertas yang mempunyai pelbagai maklumat.

"Aku harap sangat kalau boleh guna roller balde ke, skateboard ke, biar cepat sikit aku sampai. Macam dalam Cardcaptor Sakura tu." Anis yang mendengarkan bicara Alya itu, melambakkan ketawanya.

love it in a way....
"Kau ni dah terpengaruh dengan kartun tu. Padahal dah berkurun kot cerita tue main, yang engkau pergi ulang tengok tu, ni la padahnya." BalasAnis dengan ketawa masih bersisa.

"Dah la, aku pergi dulu. Nak kena prepare apa-apa yang patut before Dr Noor masuk. Assalamualaikum." Pamit Alya. Dan sekali lagi, kakinya membuat jasa dengan melakukan marathon ke makmal pengaturcaraan.



“Hari yang penat. Hasbunallah wani’mal wakeel.” Ucap Alya perlahan. Dan kalau betul dia boleh menggunakan roller blade untuk berkejaran antara dua kerja itu, memang dia akan guna. Namun, persepsi dan pandangan masyarakat disini tidak membenarkan. Ditambah dengan baju yang dipakainya seharian tidak mengizinkannya untuk melunasi hasrat itu.

“Hmmm... suatu hari nanti.” Getusnya lagi. Telinga yang menangkap titisan hujan yang menimpa atap rumah membuatkannya tersenyum.

‘Alhamdulillah... hujan rahmat di hari yang penat... Terima kasih Allah.’ Bicara hatinya, lega.




p/s: doa untuk saudara kita di Gaza, Syiria, Rohingya dan seluruh muslim tidak harus kita lupakan disebalik kejadian yang menimpa negara. dan doa itu senjata muslim yang paling ampuh. dan doa juga yang itu penghubung antara satu sama lain.
p/s/s: ujian yang Allah beri, tak semestinya dalam bentuk kesusahan. adakalanya, dengan gula-gula sebiji pun boleh jadi ujian buat kita.

Rabu, 5 Mac 2014

~~RANDOM [1]


Setelah mendapat keizinan untuk ke kedai di seberang jalan, Humaira terus melangkahkan kakinya menuju ke kedai tersebut. Baju yang bergantungan di luar kedai menarik perhatiannya. Terlintas hatinya untuk menghadiahkan sepasang baju kepada Atif, anak saudaranya yang baru.

Saat kakinya melangkah masuk ke kedai tersebut, terus matanya terpaku di koleksi pakaian kanak-kanak lelaki. Pakaian yang teramat comel baginya, umpama pakaian tradisional lelaki cina dengan saiz kanak-kanak. Fikirannya telah terbayangkan Atif yang semakin comel dengan pakaian itu. Tangannya terus menyentuh baju tersebut, merasa material kain yang lembut dan amat sesuai untuk kanak-kanak yang lasak.

“Macamana ni, siapa yang nak teman aku pergi dinner tu? Syarikat kita mesti hantar wakil.” Keluh satu suara berhampiran dengan Humaira. Keadaan kedai yang agak ramai, mungkin disebabkan waktu makan tengahari membenarkan manusia-manusia dalam kedai ini untuk shopping.

“La, kau kan ramai awek.” Balas satu suara lain sambil tergelak.

“Tu bukan awek aku. Hisy, tak nak aku dengan yang pakaian tak cukup kain. Dah la tergedik-gedik semacam. Naik rimas aku.” Balasan suara yang awalnya menyebabkan Humaira memandang sekilas terhadap mereka. Satu senyuman dihadiahkan kepada mereka berdua saat kedua mereka berpandangan.

“Ha.. tak pun, kau pilih saje sesiapa yang dalam kedai ini.” Balas sahabatnya selamba.

‘Apa gila punya mamat ni. Baik aku blah cepat.’ Getus hati Humaira.Usai memilih baju yang berwarna hijau, terus dia berpusing untuk meninggalkan tempat itu untuk pembayaran.

“Ha, perempuan tu pun okey. Cik-baju-kurung!” Kedengaran suara yang memberi idea memanggil.

‘Bukan aku, bukan aku.’ Tambah Humaira dalam hati. Kakinya makin laju melangkah ke kaunter. Kalau ikut logik, memang dia je perempuan dekat kawasan mereka berada tadi, dan ada dua orang lagi pelanggan di kawasan sama, tapi mereka lelaki. Dan Humairalah yang mengenakan baju kurung sebab mustahil bagi lelaki untuk berbaju kurung.

Sesampai di kaunter, terus Humaira meletakkan baju yang di pilihnya sebentar tadi. Matanya mengerling keadaan sekitar. Kelibat dua makhluk Allah tersebut tidak kelihatan. Nafas lega di lepaskan perlahan. Usai membayar, dia melangkah seperti biasa umpama tidak perkara tersebut tidak terjadi dihadapannya. Namun terbit senyuman lucu dibibirnya mengingatkan situasi tersebut. Ada juga yang terdesak begitu. Dan yang paling penting, Humaira merasa teramat lucu apabila diri ditimpa perasaan sedemikian rupa.

Baru beberapa langkah kakinya melepasi pintu kedai tersebut, satu suara menegurnya.

“Cik baju-kurung-biru-tudung-hitam.” Terus dia terkaku ditempatnya melangkah. Matanya turun naik melihatkan baju yang melekat dibadan. Baju kurung biru. Sah. Tudung hitam. Betul.

‘Ilusi semata-mata.’ Putus hatinya. Kakinya terus melangkah mengabaikan teguran yang entah siapa main tegur tadi.

“Cik baju-kurung-biru-tudung-hitam. Baik awak berhenti dekat situ.” Terus kaki Humaira seperti dipaku ke lantai saat mendengar suara yang sama lantang di belakangnya. Humaira tidak jadi berpusing saat kedengaran lantunan tapak kaki yang mendekat.

‘Ya Allah, biarlah bukan mamat-mamat sewel tadi. Please, please.’ Doa Humaira dalam hati. Dan doanya tidak terkabul. Jelas kelibat dua manusia yang dia tidak ingin jumpa tadi.

“Awak la. Saya panggil kenapa buat tak tahu jea. Bukannya ada orang lain yang pakai baju kurung biru tudung hitam macam awak.” Terus lelaki berkemeja ungu menyerangnya.

‘Ewah engkau, macam aku kenal jea nak main sembur-sembur anak orang.’ Rungut hati Humaira. Dia berdehem perlahan sebelum mengukir senyuman.

“Kita kenal ke?” Soalan pertama dari Humaira membuatkan lelaki berbaju ungu terkedu. Sahabatnya disebelah hanya tergelak melihatkan suasana tersebut.

“Memang tak kenal pun.” Sahabat lelaki berbaju ungu mengur, namun masih tidak hilang ketawanya. 

“Kitorang nak minta tolong sikit.” Sambungnya lagi.

‘Banyak cantik. Kenal pun tak terus nak minta tolong.’

Tiba-tiba Humaira terasa seram sejuk. Mindanya mengingati kembali perbualan dua sahabat tersebut didalam kedai tadi. Dan lelaki berkemeja ungu itu yang buntu untuk memilih teman ke majlis makan malam, dan sahabatnya yang baik hati itu terus mencadangkan untuk memilih sesiapa saja yang ada didalam kedai itu.

Mata Humaira kembali menganalisis dua figura didepannya. Menilai dengan mata hati dan mencerna dengan minda yang waras. Berdasarkan pemerhatiannya, dua figura asing itu tampak tiada cacat celanya. Namun, dia tidak mahu membuat keputusan pantas dengan memperjudikan diri sendiri untuk satu kerja gila dengan orang yang langsung dia tidak kenal.

“Jangan bimbang cik, kami tak akan apa-apakan cik. Hanya untuk satu malam itu je kami perlukan pertolongan cik.” Jelas si sahabat berkemeja ungu.

“Amboi, awak ingat awak nak mintak tolong saya jaga gerai sayur ke? Dah la tak kenal sape-sape, main terjah je mintak tolong. Awak tau tak tu semua kerja..” Tak sempat Humaira menghabiskan ayatnya, lelaki berkemeja ungu terus memintas.

“Okey.” Dia berhenti untuk menarik nafas. “Nama saya Firdaus, dan ni kawan saya Hakim. Kitorang dari syarikat X, Y & Z. Construction company. Dan saya nak mintak tolong cik...” Firdaus meluruskan ibu jarinya ke arah Humaira.

“Humaira.” Balas Humaira pendek.

“Saya nak minta tolong cik Humaira untuk jadi partner saya hanya untuk malam tu sahaja. Boleh?” sambung Firdaus hanya dengan satu nafas. Perasaan malunya ditolak ketepi. Dan minda warasnya setuju dengan kenyataan Humaira bahawa ni kerja gila, idea yang tak berapa nak bernas dari Hakim. Dan dia tanpa berfikir panjang, terus termakan dengan idea gila itu.

“Dah kalau gitu, saya rasa encik ni banyak jea kawan-kawan perempuan. Dan lagi pelik, kenapa encik ni tiba-tiba jea nak ikut idea gila kawan encik ni, pilih orang yang tak kenal. Dan kalau ditakdirkan tadi perempuan gila yang ada di tempat saya macamana?” Terus Humaira melontarkan persoalan yang bermain dikepalanya. Firdaus yang mendengarkannya tercengang di tempat dia berdiri.

“Saya bagi idea tu, sebab saya nampak cik ni waras. Kalau cik ni perempuan gila, memang saya tak bagi idea tu.” Tanpa sempat ditahan Firdaus, Hakim membalas tajam membuatkan mata Humaira membulat. Tergamam dengan kenyataan itu.

“Okey. Saya dah buat keputusan. Maaf, saya terpaksa tolak. Dengan perangai encik berdua ni macam tak cukup asam keping jea sudah cukup untuk saya menilai encik berdua ni siapa sebenarnya. Assalamualaikum.” Usai memberi salam, Humaira terus berpaling dan melangkah meninggalkan mereka berdua.

“Cik Humaira!” panggil Firdaus kuat. Humaira hanya memekakkan telinganya sahaja dan tidak mempedulikan dua lelaki sewel itu. Kebetulan baginya jalan raya yang lengang memudahkannya untuk melintas ke seberang jalan. Dari jauh, dia sudah nampak ayahnya memandang dengan pandangan yang pelik. Humaira hanya melemparkan senyuman sehinggalah dia sampai ke kawasan parkir kereta ayahnya.

“Kenapa tadi? Dari jauh lagi ayah dengar ada orang jerit panggil nama Maira.” Terus Encik Adam melontarkan soalan tanpa sempat Humaira membuka cerita.

“Entah, lelaki-lelaki sewel. Dah la ayah, tak payah nak layan sangat la.” Humaira terus memboloskan diri ke dalam kereta. Malas untuk membuka bicara di tempat yang tak sesuai ini. Setelah beberapa ketika, Encik Adam masih belum memasuki kereta. Humaira melilaukan matanya ke sekitar. Serasanya, ayahnya dah habis membeli sementelah adiknya sedang enak menikmati aiskrim di tempat duduk belakang.

Darahnya terasa berderau saat matanya menangkap kelibat ayahnya dengan lelaki berkemeja ungu.  Dan pada saat itu, matanya sedang bertentangan dengan mata lelaki itu. Dilihatnya tangan lelaki itu menunjuk-nunjuk kearah keretanya, atau lebih tepat kearah dirinya. Tidak lama kemudian, dia nampak senyuman lelaki itu dan anggukkan di kepalanya. Mata Humaira masih memerhati gerak geri lelaki itu sehinggalah lelaki itu mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya.

This IS SO NOT good!’ Getus hati Humaira.

Tangannya pantas ingin membuka pintu kereta, namun tindakannya terhenti saat melihat ayahnya sedang berjalan ke arah kereta dan lelaki tersebut masih tidak lekang dengan senyuman.

“Kenapa dengan orang tu?” soal Humaira saat ayahnya memasuki kereta.

“La, Maira tak kenal ke Firdaus? Bukan ke dulu Ira dengan Firdaus ni rapat ke? Ala, anak Uncle Fateh yang dulu sambung study di UK. Ni mesti dah tak ingat, kan?” jawapan ayahnya membuatkan Humaira terkejut di kerusinya. Mindanya berputar kembali mengingati zaman kanak-kanak riangnya. Yang paling menerjah ingatan hanyalah Haikal, dan tiada yang nama Firdaus. Humaira menggeleng kepalanya menandakan memorinya tidak mampu mengenalpasti siapa Firdaus di zaman kanak-kanaknya.

“Apa yea nama yang Maira panggil dia. Maira tak panggil nama Firdaus, sebab Maira ni, pandai sangat nak bagi nama gelaran kat kawan-kawan.” Sambung Encik Adam lagi. Matanya mengerling cermin pandang belakang untuk mengundurkan kereta. Humaira yang mendengarkan kenyataan tersebut semakin mengerutkan dahi, tanda tidak ingat.


“Tak pe la. Nanti-nanti ingat la tu.” Putus Encik Adam, tidak ingin memaksa Humaira untuk mengingati siapa Firdaus. Senyuman kecil lahir dari bibir Encik Adam tanpa Humaira menyedarinya.


t.b.c.

Dear you 4

 Dear You , Hati ni nan sekeping je.  Habis elok dijaga untuk dia tidak sakit. untuk dia tidak merasa apa itu rasa kecewa. Kalau hati ini, h...