Khamis, 14 Julai 2016

Life goes on

Assalamualaikum... moga Allah tetapkan hati-hati kita kukuh pada jalanNya. 

Kali ni, luahan perasaan (sort of), sebab, seriously tak tahu nak bagitau sape... 

Hari ni, berdiri tegaknya seorang sahabat dalam kejayaan salah satu cabaran hidup beliau. Sebenarnya, nak post di facebook, Tapi tak kuat untuk menerima nasihat untuk terus bertahan. Ye, saya akui, tak semua nasihat yang dicurahkan adalah pada masa dan tempat yang betul. Mungkin ada yang berpendapat bahawa, nasihat harus diberikan supaya seseorang itu sedar dan bangkit untuk terus berjuang. Tapi, pernahkah, pada satu tahap, memang nasihat yang diperlukan,. tapi sebenarnya, masa menyendiri itu lebih penting pada saat itu untuk sort things out. 

Dan mungkin, ada dalam kalangan sahabat-sahabat kita, yang punya cara menasihat yang bagi mereka, dengan cara itu, mereka memberi nasihat dengan jayanya. Tapi sebenarnya, cara memberi nasihat dengan penuh hikmah sudah tidak relevan bagi penghuni pada masa kini. Tak percaya? Cuba lihat sekeliling.. Cara sahabat-sahabat, teman-teman dan kawan-kawan menasihati adalah dengan cara memerli dan lebih kepada menghentam. Sungguhpun begitu, adakalanya saya juga tersasar dengan mengikut cara sedemikian. Namun, perasaan itu cepat hadir bila melihat perubahan wajah mereka yang jelas tampak tidak mampu menerimanya.


Ni yang saya sebenarnya taip untuk di post dalam Facebook, tapi, yup, saya tak kuat untuk terima hentaman dari kenalan alam maya (yang sebenarnya dah saya tahu siapa beliau):

"terharu dengan kejayaan sahabat-sahabat (Kak Rumaizah dan Rafidah)... pada yang sama, sedih sebab nanti akan berjuang sorang-sorang... dah takde teman yang bakal memberi nasihat dan tunjuk ajar seperti mereka. yang faham jatuh-bangun seorang hazwani dalam mengharung cabaran sebagai seorang pelajar. "

berjuang sorang-sorang disitu, bukan bermaksud tak ada sahabat-sahabat yang lain. Tapi kebanyakan masalah dan tunjuk ajar, saya akan consult mereka. Sebab pengalaman dan pengetahuan yang mereka ada itu, priceless. Dan juga cara mereka memujuk saya yang terlalu sangat berhikmah.

Terutama Kak Rumaizah yang tahu saya in and out. 
Macamana seorang Hazwani itu berhadapan dengan masalah. 
Macamana seorang Hazwani itu cuba untuk menyelesaikan masalah. 
Macamana seorang Hazwani itu belajar untuk bangkit kembali, bangkit bersama-sama dalam masalah.
Macamana seorang Hazwani itu tetap berdiri walau lantai yang kakinya tegak, beralun kencang.

Sebetulnya, tak seorang pun dalam kalangan mereka sedar tentang kewujudan entri kali ini dan sebelum-sebelumnya.

Sebab apa?
sebab saya sedar saya tidak kuat menerima kritikan.
sebab saya sedar ini hanyalah platform saya untuk menconteng dengan apa rasa yang susah untuk saya luahkan.
sebab saya sedar saya bukan sesiapa untuk orang terus beri perhatian.
sebab saya sedar siapa saya..

biarlah mereka nak kata apa, sebab saya yang menanggungnya sendiri.

Sebetulnya saya menangis bila terkenangkan Kak Rumaizah. Beliau berjaya tamatkan zaman juang ini dengan jayanya, Alhamdulillah. dan saya sedih sebab bakal 'kehilangan' seorang sahabat yang sukar untuk diperolehi.


::Entri yang diiring Dirantai Digelangi Rindu by Exist::
sedikit sebanyak, ada core yang menegur untuk sedar siapa kita

"Janganlah diturutkan mainan perasaanmu"

p/s: kekadang, direct advice dari bibir yang berkata-kata itu menyakitkan.
kekadang, nasihat datang dari 'benda' yang tanpa sedar dan sebenarnya itu lebih menusuk untuk diterima hati. (nangis)

p/s/s: masih belum terlambatuntuk saya ucapkan 'Selamat Harii Raya Aidil Fitri'. Maaf andai ada post atau ayat-ayat yang mungkin menyentuh hati dan merobek rasa..

Dear you 4

 Dear You , Hati ni nan sekeping je.  Habis elok dijaga untuk dia tidak sakit. untuk dia tidak merasa apa itu rasa kecewa. Kalau hati ini, h...