Jumaat, 15 Disember 2017

[Random yang Random] Soalan

Assalamualaikum and hi.. Lama tak bersiaran disini sebab lately terasa jadual padat. Juga kekangan masa yang tak mengizinkan.. Insyallah Jumaat yang berkah ni.. (ehem ehem... its 26 Rabiul 'awal..) saya doakan semua nya dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmat Allah Azzawajjal.. 

Juga doakan saudara kita di Palestin, Syiria, Rohingya dan semua nya... Sesungguhnya, diri ini terasa jahil dan jauh dari Allah serta saudara-saudara islam kita.. Sungguh,, rasa takut dengan suatu yang pasti. Di hari pembalasan nanti, mereka akan tanya apa yang kita buat semasa Al-Quds diserang, mak, adik dan kakak kita diperkotak-katikkan, abang dan ayah kita berjuang sehingga debu tulang tidak kelihatan., rumah Allah diceroboh dan dicemari.. Allahu.. 

Apa yang kita nak jawab bila dipersoalkan nanti, apa sumbangan kita untuk isu itu... itu belum lagi dilontarkan dengan soalan sumbangan dalam Islam.. sungguh.. rasa itu amat menakutkan dan mungkin jawapan kita nanti menaikkan murka Allah.. Allahu...

*   *   *

Few days back, one of my friend did bombarded me with single question yang jawapannya mungkin panjangnya berkajang-kajang. Betul untul saya katakan, saya tak pernah expect orang akan tanya soalan sebegitu.

“To be honest la kan… apa yang awak rasa bila dalam keadaan sekarang ni, barang rosak atau apa-apa je, apa yang awak rasa? Dengan tak ada kenderaan untuk bergerak. Ambil contoh la.. masa printer ni rosak, dan awak nak baiki tapi nak pergi baiki dengan siapa? Nak kena berharap ke siapa?”

Masa tu, soalan tu rasa, zupp… tajam tepat ke hati..
Masa tu jugak rasa yang hidup ini terlalu menyusahkan orang..
Masa tu jugak rasa, kebergantungan kepada sekeliling terlalu tinggi..
Sampai orang tanya, kan.. sebab, orang takkan suarakan benda yang obvious.

Saat tu, sedih memang sedih. Terkilan pun ada.

On that time, gagapnya nak jawab soalan tu, Allah sahaja yang tahu..
Yang sebenarnya jawapan dalam hati, sedikit sebanyak mengiyakan tahap kebergantungan tu.
Tapi ikhlas saya katakan, jawapan yang lontarkan waktu itu, hanya sebahagian daripada apa yang hati saya suarakan..

Sebabnya, risau apabila lontaran jawapan yang penuh, di label berlagak, riak dan sewaktu dengannya. Memang betul, hidup di perantauan yang tiada tempat untuk kita luahkan dan tiada siapa bila kita perlukan pertolongan, benda tu, jadi susah..

Tapi hati saya selalu pegang yang Allah akan balas perbuatan kita, setimpal dengan apa yang kita lakukan. Terlalu kuat benda tu saya pegang. Dan saya percaya yang balasan Allah tu, kalau bukan di dunia, pasti ganjaran akhirat tu, tetap ada. Pasti.

"Aku sesuai dengan persangakaan hambaKu terhadapKu, dan AKu selalu bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, Aku pun akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatinya dalam satu kumpulan makhluk yang lebih baik daripada mereka."
~Riwayat Muslim

Kembali kepada soalan yang dilontarkan itu, sedikit sebanyak, muhasabah diri tu, perlu dilakukan dan ditingkatkan. Jangan sampai benda jadi obvious baru nak terngadah, tersungkur untuk menutup malu dan sebagainya.

Memang kalau di ukur tahap kemampuan, saya akan usahakan sehabis daya untuk tidak bergantung. Sebab tahap sedar diri untuk menyusahkan orang sekeliling itu ada. 
Sebab kita bukan sesiapa dalam hidup sesoarang tu. Tahap signifikan kewujudan kita dalam sesuatu hubungan itu, kadang-kadang hanya sebesar zarah. Dan seboleh mungkin, nak minta tolong dengan orang ni, takut untuk saya suarakan.
Sebabnya juga, kita tak tahu signifikan kewujudan kita dalam diri sesorang itu sebesar apa.. apa impaknya kita kepada dia..

Bukan berniat untuk menunjuk tough ataupun baik.. Tidak sama sekali.
Dan sekalipun begitu, proses timbal balik itu perlu ada *atau hanya saya yang berfikiran begini..?*

Image result for relationship and believe
Fight for you true relation, ey..?


*Tak kisahlah kalau ada yang nak kata saya ni paranoid dalam relationship pun.. Sebab tu memang kenyataan yang saya sendiri tak boleh nak sangkal..

Dan banyak lagi nak bebel kat sini.. cukup dulu kot.. nanti kertas bawah siku ni, tak habis saya review.. hewhew..

Last sekali, just nak share one of the current track yang saya selalu pasang sekarang ni...

Semoga ada kebaikan....




Dear you 4

 Dear You , Hati ni nan sekeping je.  Habis elok dijaga untuk dia tidak sakit. untuk dia tidak merasa apa itu rasa kecewa. Kalau hati ini, h...