Isnin, 12 April 2021

kaktus

 Kakinya terus melangkah dalam kesesakan ramai. Hatinya merungut sendiri, ‘apa pekdahnya la aku ikut diorang ni. Hisy, dah la ramai orang. Ingatkan malam last, dah tak de orang, lagi ramai rupanya.’

 

Dia mengeluh perlahan dalam ramai. Saat Ain berhenti di gerai baju, dia turut berhenti. Ain membelek baju, dia memeluk tubuh. Pandangan bosan dilemparkan.

 

“Sufiy, tak nak beli ker? Murah nie.” Ujar Ain. Dia hanya menggeleng perlahan.

 

“Kau beli jea la, aku datang pun sebab nak temankan engkau jea.” Balasnya. Dia melilaukan pandangan matanya ke serata ceruk gerai itu. Banyak corak yang cantik, tapi tidak satu pun yang menarik minatnya.

 

Dua puluh minit berlalu, mereka keluar dari gerai itu dengan tiga helai baju yang Ain beli. Mereka meneruskan sesi penjelahan pesta konvokesyen UMT. Saat menghampiri kedai jualan bunga, mata Sufiy terpandangkan susunan kaktus di suatu sudut gerai. Sudah banyak kali niatnya untuk membeli sepohon kaktus terbantut.

 

“Ain.” Seru Sufiy perlahan. Tangannya menarik lengan Ain yang sedang khusyuk menebarkan pandangan ke serata ceruk kawasan.

 

“Apa?” soal Ain. Namun kakinya menurut sahaja langkah Sufiy.

 

“Cantik tak ni?” soal Sufiy sambil menunjukkan ke deretan pasu kaktus yang kecil. Pelbagai bentuk dan warna yang dipamerkan. Hatinya telah jatuh cinta dengan tompokan kaktus itu.

 

“Emm... cantik. Kau nak ke?” soal Ain kembali.

 

“Emm, dah lama aku cari sebenarnya,”

 

“Apa kata kita tengok kedai lain pulak. Haritu, aku ada nampak kedai lain pun ada jual jugak.”

 

“Okey,” balas Sufiy. Dia menghadiahkan sekuntum senyuman untuk jurujual gerai itu, bagi menutup rasa hampa yang mungkin bermukim di hati jurujual itu.

 

Kakinya melangkah kembali mengikut arah yang dibawa Ain. Mereka berhenti di gerai yang menjual kuntuman bunga segar dan jambangan siap gubahan bunga. Turut dipamerkan kaktus kecil yang comel. Di satu sudut lain, terdapat koleksi ikan hiasan yang comel berenang-renang dalam akuarium kecil.

 

Hati Sufiy mula tertarik dengan ikan hiasan yang berwarna-warni itu.

 

“Ain, lawanya ikan tue,”

 

“Bukan tadi cakap nak kaktus ke?” soalan Ain mengingatkannya.

 

“Tapi, ikan ni pun lawa.”

 

“Sudah.. Yang mana satu ni?”

 

“Ehm, kalau beli ikan, aku bimbang dia mati. Kalau beli kaktus, tak payah siram tiap-tiap hari. Macamana yae?” soalnya

 

“La, engkau dah buat keputusan dah pun, beli jea kaktus tu. Ha, yang tu cantik,” Ain menunjukkan ke arah sepasu kecil kaktus yang berbentuk bulat. Duri-durinya yang tajam berceracak keluar.

 

Sufiy teringat artikel yang pernah dibacanya tentang kaktus. Kaktus ini disimbolikkan dengan ketabahan yang mana ianya berasal dari suatu kawasan yang kering. Dengan cuaca yang panas terik seperti Gurun Sahara, sebanarnya tidak memungkinkan mana-mana tumbuhan untuk bertahan. Tapi berbeza dengan kaktus. Hidupnya di Gurun Sahara yang boleh diumpamakan sebagai sebuah ujian, musibah, masalah atau kemarahan yang melanda mampu bertahan walau tiada bekalan yang cukup. Seperti yang kita sedia maklum, jumlah hujan yang turun dipadang pasir teramat lah sikit. Namun kaktus tetap tabah, teguh berdiri di padang pasir. Simboliknya, kaktus yang teguh berdiri itu umpama memberi harapan atau hikmah yang dinantikan seseorang dalam cabaran yang dihadapi. 

 

“Weh, termenung pulak,” teguran Ain menyedarkan Sufiy.

 

“Okey, aku beli kaktus.” Putus Sufiy sebelum memanggil jurujual. “Berapa yea satu yang ni?” tunjuk Sufiy kepada kaktus kecil yang menarik perhatiannya.

 

“Ehm, sekarang ni harga penutup. Kami jual RM5 jea.”

 

“Okey, saya ambil yang ni.” Ujar Sufiy lagi. Jurujual itu mengambil pasu kaktus yang dimaksudkan sebelum membawanya ke kaunter untuk dibungkus.

 

“Kenapa nak beli kaktus?” soal Ain sementara menunggu jurujual itu membungkus kaktus itu.

 

“Sebab kaktus simbolik kepada kekuatan, ketabahan.” Ringkas jawapan Sufiy.

 

“Sebab?”

 

“Aku nak pinjam kekuatan dan ketabahan kaktus ni dalam keadaan aku yang rapuh ni,” perlahan jawapan Sufiy menyapa telinga Ain. Tika itu, jurujual itu telah siap membungkus kaktusnya. Sufiy menghulurkan wang dan senyumannya sebelum mengucapkan terima kasih kepada jurujual itu.

 

kekuatan dan ketabahan kaktus untuk hidup di gurun yang panas terik..

 

Mereka kembali melangkah menelusuri gerai-gerai yang terdapat disitu.

 

“Allah kan ada?” soal Ain setelah beberapa ketika.

 

“Ya, Allah memang sentiasa dengan kita. Dan aku percaya dengan janji Allah bahawa orang yang sabar dengan ujian yang diberikanNya, akan dapat anugerah. Tapi tak salah untuk kita turut mengambil iktibar dari kejadian alam yang lain,” balas Sufiy pula.

 

“Kau tau kan yang kaktus ni, asalnya tumbuh dikawasan yang serba kering dengan cuaca yang panas terik lagi,” sambung Sufiy lagi.

 

“Yea. Aku tau, sape yang tak kenal asal kaktus, aku tak tahu la nak cakap apa. Tapi apa kaitannya?”

 

“Yea la, dengan keadaannya yang mampu bertahan tue, bukankah menunjukkan ketabahannya dalam menghadapi cuaca yang panas, kekuatannya untuk hidup dengan sumber yang sikit. Hebatkan kaktus.” Puji Sufiy lagi. Dia mengangkat kaktus yang dibelinya tinggi separa pendangan mata. Pandangan teruja itu turut sama dikongsi Ain.

 

Senyuman yang tersungging dibibir Ain membawa suatu maksud.

 

“Kenapa?” soal Sufiy. Pelik.

 

“Aku nak beli jugak la. Boleh letak atas meja study tue,” ujar Ain.

 

“Owh. Nak tiru aku la nie,”

 

“Eah, mana ada,” serentak itu ketawa mereka berdua meletus.

 

“Kau nak tahu satu perkara lagik tak?” soal Sufiy tatkala kaki mereka kembali melangkah ke gerai tadi.

 

“Apadia?”

 

“Kaktus ni kan sebahagian daripada ciptaan Allah. Bila kita tengok kaktus ni, secara tak langsung kita mentadabbur alam ciptaan Allah. Dengan memerhati mekanisma tumbesarannya, kita boleh relate dengan kebesaran Allah,” jawapan Sufiy membuatkan Ain ketawa lagi.

 

“Mekanisma? Weh , kau ingat kita ni dalam kelas Mekanisma Kimia Organik ke?” terletus juga ketawa Sufiy sesudah habis ayat Ain.

 

“Apa-apa jea la. Hah, cepat la. Kakak tu dah nak tutup kedai dah tu. Dah lewat nie,” balasan Sufiy membuatkan Ain kalut menuju ke kedai bunga tadi.



*13 September 2013

little doodle goodie thingy..

 “Madi, kenapa sikit jea dia letak nasi ni?” bisik Insyirah perlahan setelah pelayan itu bergerak ke tempat seterusnya.

 

“Aish, makan jea la yang tu dulu. Kira banyak dah tue.” Balasan Madi menyebabkan Insyirah menarik muncung. “Dah, dah. Tak payah nak buat muncung. Nanti kalau nak tambah, panggil jea pelayan tu. Itu pun nak jadikan masalah.” Tambah Madi lagi, faham akan perut sahabatnya yang sorang itu.

 

Insyirah hanya mampu tersengih mendengar balasan Madi.

 

“Buruk lantak la kau ni. Tak kira tempat. Dah la majlis formal nie.”

 

“Rilek ar, Madi. Kita bayar mahal-mahal takkan nak makan ciput jea.” Selamba Insyirah menjawab. Matanya bercahaya melihatkan lauk pauk yang terhidang di atas meja. Matanya menjeling rakan-rakan semeja dan seterusnya rakan dimeja sebelah menyebelah. Masing-masing sudah tidak sabar untk santap hidanagn didepan mata. Masing-masing umpama sudah reserve perut untuk hidangan malam itu.

 

“Syirah, kalau yea pun lapar, cover la sikit. Nie sikit lagi nak menitis air liur tue. Kalau orang nampak, memang aku tak mengaku kawan ni.” Tegur Madi lagi.

 

“Eah, yea ke?” tangan Insyirah naik ke bibirnya, nak mengesat airliur yang berkemungkinan nak meleleh. “Kau tipu aku. Tak de pun.” Marah Insyirah dengan suara terkawal.

 

Madi ketawa mengekek perlahan. “Tue la, cuba control sikit perangai tue. Tau la hobby kau makan je, tapi yang aku heran, badan tak naik-naik. Keding sejak dulu lagi.” Ujar Madi lagi.

 

“Tak payah nak marah, abang Hafiz kau dah nak baca doa makan tue. Sabar yea cik Insyirah.” Sambung Madi lag tanpa membenarkan Insyirah melanjutkan rajuknya.

 

Usai doa dibacakan, Insyirah menghulurkan tangannya untuk mencapai lauk dihadapan. Setelah beberapa ketika, nasi didalam pinggannya telah penuh dikelilingi lauk pauk yang pelbagai. Insyirah tersenyum senang melihatkan pinggannya yang telah penuh itu. Dia menjeling Madi disebelah, sama aje penuhnya.

 

Suapan pertama hidangan dimulakan dengan bismillah. Penuh mulutnya dengan nasi dan lauk. ‘Ya Allah, nikmatnya makanan ni.’ Getus Insyirah didalam hati.

 

Selepas beberapa ketika...

 

“Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.” Ucap si juruacara majlis.

 

‘Waalaikumussalam.’ Balas Insyirah dalam hati. Matanya sempat menjeling ke pentas melihatkan si juruacara majlis.

 

“Baiklah, sambil kalian semua makan, jangan lupakan nombor siri yang telah kami lekatkan di kad jemputan masing-masing yea. Kita nak mulakan sesi cabutan bertuah.” Kata-kata dari juruacara majlis menggemparkan semua yang sedang makan. Masing-masing mencari kad jemputan dan meletakkannya di atas meja supaya mudah untuk dirujuk.

Insyirah mengambil kad jemputan yang dihulurkan Halilah dan melihat sekilas enam angka yang tercatit di hujung kad

jemputan itu. Dia meneruskan suapannya.

 

“Nampaknya, masing-masing sudah bersedia dengan nombor masing-masing. Untuk makluman, hanya enam nombor bertuah sahaja akan dicabut pada sesi pertama dan enam nombor lagi pada sesi kedua.”

 

‘Okey. Cabut la, kalau bertuah tu, rezeki. Kalau tak bertuah pun rezeki juga.’ Getus Insyirah lagi.

 

Sesi cabutan pun bermula. Nombor pertama dipanggil.

 

“Ehm, Madi. Nak tambah nasi. Camana nak panggil pelayan tu?” tegur Insyirah. Tangannya mencuit lengan Madi.

 

“Amboi, lajunya kau makan. Aku pun banyak lagi ni.” Ujar Madi sambil menunjuk ke pinggan makanannya. Insyirah hanya mengelip-ngelipkan matanya menagih simpati.

 

“Yea la, yea la. Aku panggilkan.” Serentak dengan itu, Madi memanggil pelayan yang kebetulan lalu dengan pinggan nasi tambah. Segera pelayan itu menambah nasi ke pinggan Insyirah.

 

Dengan tersipu-sipu malu, Insyirah mengucapkan terima kasih kepada pelayan itu. Sebelum memulakan suapan untuk pinggan kedua, matanya mejeling ke arah pentas. Cabutan bertuah yang ketiga sedang berlangsung.

 

Tiba-tiba, tidak semena-mena dadanya berdebar laju.

 

‘Aish, apa pulak nak jadi ni.’ Tangannya perlahan mengurut dada.

 

‘Kejap eah, habis makan, kita call mak eah. Sabar yea.’ Tambah Insyirah lagi dalam hati.

 

“Nombor bertuah seterusnya adalah..”

 

Insyirah mencarikkan ketulan daging masak kicap berempah didalam pinggannya.

 

“Bermula dengan angka kosong satu...”

 

Nasi dikumpulkan bersama daging yang telah dicarik kecil di atas sudu. Lalu menyuapkannya perlahan ke dalam mulut.

 

“Kosong empat...”

 

“Weh, meja kita kosong empat.” Terdengar suara penghuni meja Insyirah selang empat kerusi dengannya. Insyirah hanya menjeling ke nombor di kad jemputan itu. Mulutnya masih mengunyah makanan.

 

“Kosong enam.” Juruacara majlis menghabiskan bacaan nombor bertuah itu.

 

“Wei Insyirah, bukan nombor engkau ke?” soal Muni yang berada setentang dengannya menyebabkan Insyirah hampir tersedak.

 

“Insyirah, yea la. Nombor engkau ni.” Ujar Madi pula sambil menunjukkan nombor di kad jemputan Insyirah.

 

“Alahai mulut tengah penuh nie. Apakata Madi jea yang naik.”

 

“Tak mau. Tu kan nombor engkau. Dah, cepat. Dia dah ulang panggil nombor engkau tue.” Madi menolak lembut Insyirah supaya bangun dari duduknya.

 

‘Alahai la Insyirah, bertuah yea engkau malam ni.’ Getus Insyirah berbunga di hati.

 

‘fuh nasib baik aku pakai jea wedges ni, kalau tak, confirm naik pentas dengan tak pakai kasut.’ Tambah Insyirah lagi.

 

Kakinya melangkah perlahan. Dia masih tida percayakan kakinya yang sepanjang hayatnya tak pernah memakai kasut yang bertumit apatah lagi wedges. Kalau terpelecok kat sini, confirm malu empat tahun. Sesampai dihadapan Dr Mazidah, penyampai hadiah, dia tersenyum dan menghulurkan tanggan menyalami tangan pensyarahnya yang baik lagi bergaya pada malam itu. Usai bergambar sekeping dua, perlahan-lahan dia berpusing, ingin melangkah turun dari pentas. Cahaya flash kamera masih kelihatan.

 

Tiba-tiba matanya bulat memandang ‘sesuatu’ diatas tangga pentas. Anak Dr Mol.

 

‘wahai la anak dr, nasib baik aku tak baling jea hamper ni. Kalau tak, confirm dah kena saman. Nasib baik lagi aku tak terpelecok kat atas ni. Kalau yea, berganda-ganda malu. Aduyaii...”



*27 Julai 2013

da story that i've tolf u b4..

 Peserta seminar itu sedang bergambar saat Insyirah keluar dari dewan. Dia menebar pandangan ke sekeliling. Matanya menangkap kelibat Hamdan, senior kelabnya dulu, Sekreteriat Rakan Integriti Mahasiswa (SRIM) yang sedang berbual-bual dengan rakan-rakannya. Seniornya itu dilihat sedang bergelak ketawa dengan rakan-rakannya.

 

“Eah Ira, jom makan dulu. Jap lagi ade postmortem.” Cuit Zeera, rakan urusetianya, saat melepasinya. Insyirah merupakan sebahagian daripada kakitangan yang menguruskan seminar pada kali ini anjuran Mesra Holding Sdn. Bhd..

 

“Okey. Kau pergi dulu. Aku ada hal kejap.” Jawabnya sambil tersenyum. Zeera hanya mengangguk.

 

Insyirah masih masih berkira-kira samada mahu menegur seniornya atau tidak saat kelibat dua peserta seminar melintas depannya. Dia mengenali mereka berdasarkan jaket hitam yang mereka semua pakai. Dia hanya mengenakan baju kurung berwarna ungu cerah mengikut arahan yang dikeluarkan.  Insyirah seumpama mengenali satu daripada mereka. Dia menoleh sebelum kaku berdiri ditempatnya.

 

Seumpama menyedari dirinya diperhatikan, lelaki itu menoleh kearah Insyirah. Masing-masing kaku ditempat mereka berdiri. Teman disebelahnya pelik melihat keadaan mereka sebelum berdehem mengejutkan mereka.

 

“Weh, kau kenapa?” tegur temannya itu.

 

Terkejut dengan teguran itu, Insyirah terus berjalan laju menuju ke dewan makan yang terletak disebelah dewan seminar. Lelaki itu juga turut sama berjalan laju keluar menuju ke kawasan parkir kereta. Temannya terpaksa mengikut langkah panjangnya itu.

 

Setelah sepuluh langkah meninggalkan tempat itu, Insyirah berhenti dan menoleh mencari kelibat itu. Dia menghembus nafas lega apabila dilihatnya lelaki itu berada jauh darinya. Namun semua itu hanya sementara tatkala dilihatnya lelaki itu berpatah balik sebelum sampai dimana-mana kereta di kawasan parkir itu.

 

Panik. Insyirah melajukan langkahnya menuju ke dewan makan.

 

“Insyirah. Tunggu.” Suara itu memanggilnya. Dek kerana terkejut, kakinya berhenti dari melangkah. Dia menoleh setelah beberapa saat berlalu.

 

“Saya nak pulangkan buku ni. Saya rasa awak memerlukannya. Lagipun dah lama saya pinjam buku ni.” Ujarnya perlahan. Buku bertajuk Tawajjuh Cinta ditangannya disua kehadapan Insyirah.

 

Insyirah masih teragak-agak menerima buku itu. Setahunya, buku itu milik adiknya. Jadi kenapa lelaki itu mengatakan bahawa buku itu miliknya.

 

“Cepat. Kawan saya sedang menunggu.” Ucap lelaki itu lagi.

 

Tangan Insyirah segera mencapai buku itu. Dia masih kelu untuk mengucapkan sebarang kata-kata walaupun dia punya banyak persoalan dimindanya. Antaranya, bila buku itu dipinjamkan. Seingatnya, dia tidak akan memberi pinjam jika barang itu bukan miliknya. Dan yang menjadikannya semakin pelik, takkan lelaki itu membawa buku Tawajjuh Cinta masuk seminar.

 

‘Ya Allah, jangan kata dia ni spesies yang suka usung buku pergi mana-mana.’ Getus hatinya perlahan. Matanya masih setia memandang belakang lelaki itu sehingga telefon bimbitnya bergetar dalam poket baju kurungnya.



*21 January 2013

unknown poet

 aku... .

tidak tergapai oleh deriaku

hidung tidak menghidu

walau dekat di mataku...

di pisahkan jarak yang berbatu-batu...

aku...

untuk berada dekat dengan kalian

usahaku tidak membuah hasil,

makin jauh kalian dariku

 

terduduk kelesuan

ku selak helaian di iringi juntaian mutiara

sebak sendirian

setelah ku meniti naskah cinta itu..

hikmah di sebalik kejadian

dan

<p>naskah cinta dari PENCIPTA... .</p>


3rd April 2011

experiment.. (",)

 Larutan yang di panaskan itu mengeluarkan kepulan asap apabila satu cecair tidak berwarna dicampur. Asapnya keluar melimpahi bekas yang mengandungi cairan merah itu. Kelima-lima gadis yang berada berhampiran dengan kawasan itu tersenyum penuh teruja.

 

"kita baru jea buat satu potion. hehehe..." ucap gadis berkaca mata. Bibirnya tersenyum penuh makna. Empat kepala lain mengangguk tanda setuju.

 

"Serum Verita, potion berkata benar," ucap gadis berjubah biru pula. sekali lagi, empat kepala mengiakan penyataan itu. Kemudian, gadis berjubah putih menghulurkan jarinya yang runcing untuk memegang bekas yang mengisi campuran tersebut.

 

"Nanti!"empat suara mencegah serentak.

 

Gadis berjubah putih memandang satu persatu wajah teman 'sekerja'nya meminta penjelasan. "Pastikan si jubah unggu tak nampak," ulas gadis berkaca mata perlahan. Serentak itu, kelima-lima pasang mata meliarkan pandangan untuk mengenalpasti kedudukan target; si jubah unggu.

 

Nun di hujung bilik, si jubah unggu sedang berbicara dengan lelaki berkaca mata. Rancak dan penuh tumpuan perbincangan yang dilakukan. melihatkan situasi itu, lima ulas senyuman terukir penuh makna.

 

"Siapa sasaran kita?" soal si jubah hijau setelah sekian lama hanya menjadi pemerhati.

 

"Hmmm..." gadis berkaca mata berfikir sejenak. Tiba-tiba dia memetik jari kanannya. Senyuman sinis terukir di bibirnya. "Is he our target?" matanya penuh bersinar memandang seseorang yang berdiri di hadapannya tidak jauh dari situ.

 

Teman 'sekerja'nya berpandangan sesama sendiri setelah menyoroti arah pandangan si kaca mata. Pasti dengan target yang telah di tetapkan apabila melihat senyuman sinis si gadis kaca mata.

 

"Setuju?" soal gadis kaca mata kepada teman-temannya.

 

Kesemua mereka mengangguk.

 

 

"HA, MACAMANA dengan eksperimen kamu?" soalan itu mematikan khayalan Insyirah.

 

"Emm, ok jea. Tapi kak, betul ke keluar asap macam nie?" soal Wan tiba-tiba. Mukanya penuh dengan reaksi yang cuak walaupun tangannya masih menitiskan asid hidroklorik pekat ke dalam larutan ammonia. Insyirah, Ira, Izah dan E-hah menfokuskan pandangan mereka kepada kakak demonstrator yang memakai tudung unggu pada hari ini. Bimbang sekiranya langkah yang di lakukan adalah tidak menepati kehendak eksperimen.

 

"Kan ke bahan kimia yang kita guna hari ini berkepekatan tinggi. So, memang macam nie la tindakbalasnya. Nanti catatkan dalam pemerhatian setiap apa yanng awak observed," balas kakak demonstrator. Kelima-lima kepala hanya mengangguk tanda memahami.

 

"Ada apa-apa lagi?" sambung kakak demonstrator setelah berpuas hati dengan hasil kerja yang di lakukan oleh kumpulan itu.

 

Kelima-lima kepala hanya menggeleng tanda tiada masalah lagi buat masa ini.

 

 

 

p/s: first try... trying to share the picisan that i wrote.

sesaja meluangkan masa yang agak busy, releasekan tension....

hope u like it. teringat eksperimen aritue... hahahaha

*retrieved from facebook, 

10 February 2011

Dear you 4

 Dear You , Hati ni nan sekeping je.  Habis elok dijaga untuk dia tidak sakit. untuk dia tidak merasa apa itu rasa kecewa. Kalau hati ini, h...