Selasa, 23 Februari 2021

Kisah yang tidak Berpenghujung 5

Satu

"Nina... Hangpa ni, baiklah. Suka tolong orang. Hangpa nak tak jadi kak ipar kami. Abang kami single lagi tu. Dia pun dok tanya kami kot-kot kami ada kawan untuk kenalkan pada dia." Suara Ifa yang tiba-tiba itu, jelas masuk ke telinganya.

Dia blurr sekejap. Bila tengah buat kerja, dan kepala tengah digest masalah. Tiba-tiba di bombard dengan persoalan luar alam.

"Nak tak, Nina..? Hangpa takdak sape-sape lagi kan.?" Soal Ifa lagi.

Senyuman dilontar kepada Ifa.

"Kita siapkan yang ni dulu ye. Kepala dah tepu dengan benda ni. Dah tak boleh digest benda lain." Sopan dia membalas pertanyaan Ifa.

"Oh, sorry naa.. Kami tetiba teringat kat abang kami." Ucap Ifa lagi.




Dua.

"Nina, nak tak jadi kak ipar aku? Mak aku berkenan la dengan kau." 

Ucapan rawak si Pijah buatkan dia tersedak air yang sedang di teguk.

"Kau melawak apa ni, Pijah?" Dia menyoal selepas terasa lega dari tersedak.

"Betul weh. Mak aku berkenan dengan kau. Lagipun abang aku pun single lagi. Kau pun single. Mak aku pun dah bagi lampu tu."

"Segan la weh..  Kau ni pun, random gila topik pun."


Tiga.

"Kak, bila cakap dengan akak ni, saya rasa macam ada kakak la. Ada tempat nak luahkan masalah, bagi pandangan. Jadi kak ipar saya nak tak? Abang kembar saya yang sorang tu, single lagi." Ucapan Lin yang tiba-tiba tu buatkan dia tersentak.

"Nak tak kak? Nanti saya bagitau mama." Sambung Lin lagi.

"Uish awak ni, tiba-tiba sangat ni. Biasa la tu, kita mendengar dan respon apa yang patut." Dia dah mula rasa cuak bila di kenen-kenenkan begini.


Empat

"Cik Nina, pak cik saya baru lepas putus tunang. Nak kenal tak dengan dia? Baik orangnya, kacak tapi pemalu." soal bos tiba-tiba.

"Tak nak lah encik. Orang tu, baru putus tunang. Kalau dengan putus tunang tu, dia jadi tawar hati dengan relationship, saya jugak yang merana nanti." dia cuba untuk menolak dengan sopan.

"Eah tak la... Percayalah, dia okay orangnya. Takkan lah macamtu pulak." 

"Okay, senang cerita, encik bagi nombor saya ke dia, tengok apa yang jadi nanti. Takkan la saya pulak yang nak kena start." Dia membalas selamba walaupun hatinya terdetik sesuatu.

"Dia pemalu orangnya. Sangat pemalu." Balas bosnya lagi.

"Habis tu..?"

"Ala, macamana ye.. Gini, nanti saya balik, saya tanya dia dulu setuju ke tak."

"Apa-apa je la encik. Kalau betul nak kenal, insyallah saya cuba kenal."

....

"Cik Nina, ada masa lapang tak dalam minggu ni? Hajah nak jumpa, katanya ada perkara nak bincang." Ucap Haji pabila dia tiba dihadapan pak cik tu.

"Hah, kenapa Haji? Pasal apa ye? Saya ada buat salah ke?" Dia terasa cuak bila diberitahu sedemikian.

Haji melontarkan senyuman. 
"Adalah tu. Nanti MakJah call Cik Nina ye. Nanti dia bagitau la... Saya taktau, MakJah minta tanyakan Cik Nina je."

...

"Kak, jangan marah tau. Nak bagitau sesuatu ni." Seru Ira tiba-tiba.

"Pasal apa ni?"

"Janji dulu." Muka cuak ditayang, menagih simpati si teman sepejabat.

"Bergantung. Cakap dulu, nanti saya pertimbangkan patut marah ke tak." Balasnya tenang.

"Saya bagi gambar akak kat bos. Dia minta semalam." perlahan je tutur kata itu dilontar.

"Gambar yang mana? Nak buat apa minta gambar saya?" Tenang suara, tapi dalam hati, tuhan saje yang tahu.

"Bos cakap nak tunjuk dekat paksu dia."


Lima.

"Akak, saya kenalkan akak dengan kawan saya ye!" semangat Ira melontar pandangan.

"Awak pulak yang kecewa dengan tindakan bos." Dia gelak perlahan. Hatinya, makin lama makin tiada rasa.

"Boleh eah kak.. Saya tak boleh la kak, tengok akak single."

"Laa, kenapa pulak tak boleh? Bukannya saya caras pakwe awak pun. Kenal pun tak."

"Tak boleh kak. Akak kenal eah kawan saya ni. Dia baik orangnya, jaga solat tapi tak pernah bercinta." semangat Ira mempromosikan kawannya, sambil tangannya rancak membalas whatsapp.

"Sukati la Ira. Kalau jodoh, tak kemana."


1 ulasan:

  1. How to make money from casino games
    If you want to make money, make money gambling. Casino games offer a range งานออนไลน์ of bonuses, and different types of games to give players. With these types of bonuses you

    BalasPadam

Dear you 4

 Dear You , Hati ni nan sekeping je.  Habis elok dijaga untuk dia tidak sakit. untuk dia tidak merasa apa itu rasa kecewa. Kalau hati ini, h...