“Syu, kau dah
makan? Kalau belum, jom temankan aku makan.”
“Belum. Cam cun
je kalau gi makan sekarang. Perut pun tengah lapar ni.” Balas Syuhada dengan
sengihan panjang. “Tapi kejap, aku nak siapkan part ni kejap. Ten minutes.”
Sambung Syuhada lagi.
“Orait.” Balas
Mastura
Sepuluh minit
kemudian.
“Jom. Makan tempat
biasa jea kan. Aku banyak kerja lagi ni.” Ajak Syuhada sambil membasuh tangan
di sinki makmal.
“Okay.” Balasan Mastura menyapa telinganya.
* * *
‘Apa kes engaku
ajak aku makan dan mengumpat aku depan-depan? Kalau nak mengata aku sekalipun
jangan la depan-depan. Sakit tau.’ Cetusan hati yang lahir akibat manusia
didepan ni mengumpat dalam whatssap
dengan manusia yang duduk sebelah.
‘Gaya aku tak
nampak je engkau tuju-tuju tangan kat aku tadi. Lepas tu terus diam bila aku
duduk depan engkau.’ Ternyata hatinya tetap dengan amarah yang mula membara. Mulutnya
sengaja dikunci dan matanya sengaja di fokuskan ke gadjet di tangan.
Jarinya menyentuh
aplikasi iQuran Lite di skrin telefon
bimbitnya. Hati yang tengah panas jangan di cucuh api. Bimbang bukan setakat terbakar,
bahkan kemungkinan untuk meletup tu ada kebarangkalian juga. Biarlah ayat-ayat
Allah yang menyejukkan kepanasan hatinya saat itu.
“Bagi ALLAH tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi di bumi dan di langit.”
[Ali Imran : 5]
Terpana dengan
teguran secara terus dari kalamNya membuatkan Syuhada terus mengucapkan
istighfar. Tepat terkena hidung sendiri.
‘Syu, mungkin
dia bincang kot. Jangan cepat sangat suudzhon.
Nanti engkau yang rugi. Dosa pahala Allah yang tentukan. Dan Allah dah cakap
terang-terang yang tak de satu pun yang DIA tak tau. Walau dorang main wassap camne pun, private tahap apa pun, still,
dengan Allah tak de yang dapat kita sembunyi.’ Teguran hati yang mula sejuk
bila ‘ditegur’ secara direct dengan kalamNYA membuatkan Syuhada menarik nafas
lega.
Segera senyuman
segaris di ukir sebelum berdiri.
“Aku pergi beli
makanan dulu, orang dah tak ramai. Kalau dah siap, nak masuk lab dulu pun, aku
ok je.” Ujarnya kepada dua manusia di depan dan sebelahnya.
* * *
Bismillah dan
Assalamualaikum...
Moga hidup dalam
rahmatNya tak kira senang atau susah. Ujian itu semua dari DIA untuk menguji
kita. Insyallah, cara penerimaan kita yang Allah ‘tengok’ dan pengakhiran yang
baik adalah ganjaran untuk kita. Moga dipermudahkan segala urusan. Amin.
Pernah hadapi
situasi diatas. Yea, bagi saya, terlalu kerap sampai tahap saya terfikir kenapa
saya yang kena hadapi situasi ini. Sampai satu tahap, dah immune dengan situasi
ini walau ianya sangat la menyakitkan hati. Agak susah untuk bersabar bila ianya
terang-terang depan mata.
Tapi, bagi saya,
percaya pada hikmah setiap kejadian, insyallah kita akan tenang dan terima
dengan redha.
Kita sering
tertanya-tanya kenapa, bagaimana dan apa kesan untuk setiap tindakan yang kita
lakukan. Dan kadang-kadang ianya menjadi satu sebab untuk mencetus sesuatu yang
lain, yang mendatangkan sesuatu yang lebih baik dalam hidup.
Saya pernah
tertanya-tanya, kenapa la aku letak semua benda dekat skrin depan henfon ni. Macam
banyak jea. Sampai satu tahap kena tapis balik apa yang ada kat skrin depan.
Mungkin kali ni,
Allah nak gerakkan hati untuk buka aplikasi tu, sebagai salah satu cara teguran
yang direct. Mungkin selama ni, alternatif yang DIA hantar untuk tegur saya
dalam situasi yang sama, ‘tak sampai’ yang pengakhirannya membuatkan hati
semakin bertompok hitam. Astaghfirullahal ‘azim.
Yea, kadang-kadang,
kita tak sedar pun yang suasana sekeliling sedang menegur kita. Hanya kita yang mahu atau tak, menerima teguran
itu, samada secara terbuka, sipi-sipi atau tak langsung.
Pernah terbaca
dalam satu artikel ke apa ntah, yang bunyinya lebih kurang, bila hati rasa runsing
ke, nak marah ke, sedih ke, buka lah Quran secara random. Dan biarkan mata mencari ayat apa yang kita nak tengok. Dan insyallah, ada ubat, yang alhamdulillah,
soothes our pain or discomfort. It works most of the time.
Because I
believe that HE love me more than I love myself. So, HE did tegur me directly with HIS words.
found this here and there masa tengah kusut. just listen and try to understand. the advice were direct to the heart. insyallah.
Am no good in word, tapi tau bebel untuk diri sendiri, untuk pujuk diri jea. Saya pegang pada quote ni; No Pain, No Cry.
Thanks for spending ur precious time. Appreciate it much.
wasalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan