Bismillah...penat dengan kerja seharian dan agak tertekan dengan situasi dan pandangan rakan sekerja...
dan cara untuk melepaskannya adalah dengan meluahkannya. itu mungkin berkesan bagi orang lain...
dan bagi budak yang suka meredah segala perkara ni, menconteng juga satu cara terbaik untuk melepaskannya....
‘Adoiiii la....
penat la kalau hari-hari macam ni.’ Getus Alya dalam diam. Tangannya kejap
memegang buku catatan bersama telefon bimbit yang dikepit bersama buku.
Pandangannya meliar
ke kawasan sekeliling yang dipenuhi dengan mahasiswa dan mahasiswi. Kemungkinan
sedang menuju ke kelas, ataupun sudah habis kelas. Ada juga yang sedang santai
di meja-meja disitu samada sedang makan, menyiapkan tugasan ataupun
menghabiskan masa berbual.
Langkahnya dipercepatkan
saat matanya terpandang jam fakulti yang terletak jauh diatas dinding.
‘Mati aku... Dah
lambat nak jumpa Dr ni. Tu la pasal, siapa yang sengaja lengahkan keadaan. Nak makan
la, online la, macam jea engkau nak
buat kalau dah tau tak sempat. Hisy.’ Hatinya masih setia mengomel tentang
sikap diri sendiri. Lantas mindanya teringat kan perbincangan hangat semalam yang berkisarkan tentang masa. Keluhan kesal terlahir dari bibirnya tanpa sedar.
::al-Hijr: 3:: |
Matanya cekap memerhati kawasan tersebut. Dengan tubuh yang
genit, memudahkan Alya untuk terus menyelinap dalam lautan manusia itu.Tak berapa lama
kemudian, dia berjaya memboloskan diri dari kawasan yang sibuk itu. Almaklumlah,
disitulah kawasan makan, lepak, tunggu waktu kelas dan disitulah juga kawasan
untuk berbincang. Fleksible untuk semua aktiviti, walaupun sempit.
Nafas ditarik perlahan
apabila kakinya telah menjejak bangunan kompleks pensyarah School of Informatic and Applied Mathematics (SIAM). Lega setelah
jauh berjalan. Tangga di daki laju namun masih berhati-hati. Senyuman dihadiahkan
kepada mereka yang melepasinya.
Sampai saja di
dihadapan pintu yang tertera nama PM Dr Noor, tangannya laju mengetuk menunggu
kebenaran untuk masuk.
“Assalamualaikum
Dr.” Sapa Alya selepas pintu coklat itu ditolak.
Alya baru sahaja
melabuhkan duduk di kerusinya tatkala telefon bimbitnya berbunyi menandakan
satu mesej baru diterima. Tangannya laju mencapai gadjet tersebut.
Jumpa saya sekarang. — Dr Wati
Nafas berat
ditarik perlahan. Matanya mengerling jam di dinding makmal.
‘Lagi dua jam
sebelum kelas.’ Hatinya berbicara sendiri. Tangannya yang baru meletakkan buku
catatan hitam terus mencapai buku catatan berwarna biru pula. Alya membelek
seketika buku tersebut sebelum tangan kirinya mencapai telefon bimbit yang
terletak disebelah laptopnya.
“Jumpa Dr Wati
jap eah.” Tutur Alya kepada Anis.
“Amboi, baru jea
balik dari SIAM, dah nak pergi SFS pulak. Busy
sangat harini.” Balasan dari Anis membuatkan Alya tersenyum. SFS — School of Fundamental Science.
“Adat kerja,
kena pikul. Lagipun kerjakan amanah kita. Aku gerak dulu yea. Kalau nak guna
laptop, ada atas meja yea.” Pamit Alya sebelum kakinya sekali lagi melangkah
dengan pantas. Anis hanya mampu mengeleng kepala melihat gelagat Alya.
“Minah tu nak
pergi mana pulak?” Soal Fitri. “Bukan dia baru jea masuk.” Sambung Fitri lagi
sebelum duduk di mejanya. Tangannya yang masih bersarung mencatat sesuatu di
buku laporannya.
“SFS. Dr Wati.” Pendek
jawapan yang diterima.
Fitri hanya
mampu menggeleng kepalanya. “Busy ya
amat minah tu hari ni.” Sambungnya lagi.
“Dah nak buat
macamana, orang hot.” Balas Anis lagi
sambil ketawa.
“Owh, baru saya
tahu cerita sebenar.” Ucap Dr Wati. Tangannya yang masih melakar gambaran untuk
reaction yang seterusnya. Bibir pensyarah
muda itu masih tidak lekang dengan senyuman walaupun perkhabaran yang
diterimanya sebentar tadi agak memeranjatkannya.
“So, next time awak tanya saya direct la yea. Bukan apa, saya takut
masalah sama berulang lagi. Untuk reaction
esok, follow this setup.” Sambung Dr
Wati setelah lakarannya siap dan melanjutkan penjelasannya tentang lakarannya.
“Baik Dr.”
“Esok sampai lusa,
saya tak de dekat sini. Ada seminar. If anything, just give me a call.”
“Okee, Dr. Saya
teruskan dulu dengan yang ni. Untuk bahagian column, saya tunggu Dr balik dari seminar la. Lagipun, chemical yang order hari tu tak sampai lagi.”
“Best of luck. Terima kasih yea, Alya.”
“Thank you, Dr. Sepatutnya,
saya yang kena berterima kasih dengan Dr, sebab bagi peluang untuk merasa jadi ‘orang’
organic.” Tutur Alya sambil tangannya
menyimpan helaian-helaian perbincangan.
Dr Wati
tersenyum mendengarkan balasan Alya.
“Okey la Dr. Terima
kasih untuk hari ni. Nanti, kalau ada apa-apa, saya contact Dr terus yea.
Assalamualaikum.” Salam terus diberikan setelah melihat Dr Wati menggangguk
kepalanya.
Diluar pintu,
Alya tersenyum seketika mengenangkan perbincangannya dengan pensyarah muda
sebentar tadi. Tangan kirinya diangkat sedikit dan matanya menjeling permukaan
jam. Serentak dengan itu, matanya membulat. Terkejut.
“Mak aii...
sejam lagi sebelum kelas mula.” Terus kakinya memulakan larian. Cctv yang
berada di hujung laluan itu sudah tidak dipedulikan andai gelagatnya dirakam. Nasibnya
baik disebabkan tiada yang melalui kawasan itu.
Beberapa minit
kemudian, Alya telah kembali duduk di tempatnya didalam makmal. Tangannya cekap
dan pantas menyelesaikan kerja sebelum kelas yang bakal bermula kurang dari
sejam lagi. Windows Media Player ditekan. Imagine Dragon - Demon mula memekak di telinga.
Alya yang larut denga kerjanya terkejut dengan ketukan di meja kerjanya. Mata Alya tepat mengahala ke arah Anis yang sedang tersenyum memandangnya. Tangannya meleraikan earphone ditelinga. Keningnya diangkat bertanyakan kenapa.
"12.50 dah." Tegur Anis.
"Owh.. Thanks yea, tak perasan dah.. " Balas Alya. Tangannya pantas mengemas meja kerja yang berterabur dengan kertas yang mempunyai pelbagai maklumat.
"Aku harap sangat kalau boleh guna roller balde ke, skateboard ke, biar cepat sikit aku sampai. Macam dalam Cardcaptor Sakura tu." Anis yang mendengarkan bicara Alya itu, melambakkan ketawanya.
love it in a way.... |
"Kau ni dah terpengaruh dengan kartun tu. Padahal dah berkurun kot cerita tue main, yang engkau pergi ulang tengok tu, ni la padahnya." BalasAnis dengan ketawa masih bersisa.
"Dah la, aku pergi dulu. Nak kena prepare apa-apa yang patut before Dr Noor masuk. Assalamualaikum." Pamit Alya. Dan sekali lagi, kakinya membuat jasa dengan melakukan marathon ke makmal pengaturcaraan.
“Hari yang
penat. Hasbunallah wani’mal wakeel.” Ucap
Alya perlahan. Dan kalau betul dia boleh menggunakan roller blade untuk
berkejaran antara dua kerja itu, memang dia akan guna. Namun, persepsi dan
pandangan masyarakat disini tidak membenarkan. Ditambah dengan baju yang
dipakainya seharian tidak mengizinkannya untuk melunasi hasrat itu.
“Hmmm... suatu
hari nanti.” Getusnya lagi. Telinga yang menangkap titisan hujan yang menimpa
atap rumah membuatkannya tersenyum.
‘Alhamdulillah...
hujan rahmat di hari yang penat... Terima kasih Allah.’ Bicara hatinya, lega.
p/s: doa untuk saudara kita di Gaza, Syiria, Rohingya dan seluruh muslim tidak harus kita lupakan disebalik kejadian yang menimpa negara. dan doa itu senjata muslim yang paling ampuh. dan doa juga yang itu penghubung antara satu sama lain.
p/s/s: ujian yang Allah beri, tak semestinya dalam bentuk kesusahan. adakalanya, dengan gula-gula sebiji pun boleh jadi ujian buat kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan