Bismillah... here we go, the next eps for random. well, i do enjoy the excitement of the ranting, mumbling and writing. don't ask me what are these all about. might be good for me to let it all out.. and the excitement of writing sure do make me good in a way...
Malam itu, Humaira hanya menghabiskan masanya
membaca komik yang dibelinya petang tadi. Komik yang terlalu istemewa dan
terasa dekat dengan kekasih pujaan ramai – Muhammad SAW. Komik yang bertajuk 33
Pesan Nabi: Jaga Mata, Jaga Telinga, Jaga Mulut karya kartunis dari Indonesia,
vbi_djenggotten itu menarik perhatian matanya semasa melintasi gerai buku
sebelum berjumpa dengan mamat-mamat sewel itu. Menariknya, komik ini merupakan
kompilasi hadis Bukhari-Muslim yang diletakkan ilustrasi-ilustrasi menarik yang
sebenarnya turut menyumbang kepada maksud hadis itu sendiri, disamping susunan
dan garapan lukisan yang menarik dari pelukis itu sendiri.
Tiba-tiba, ringtone Muslim of the World
yang dipopularkan oleh Harmony Band kedengaran. Mata Humaira enggan
melepaskan komik yang terhidang, manakala tangannya menggagau mencari telefon
bimbitnya yang terletak di meja kecil sebelah katilnya. Tanpa melihatkan siapa
pemanggilnya, terus jarinya menekan butang hijau, menjawab panggilan.
“Helo, assalamualaikum.” Sapa Humaira bersahaja.
Senyap.
“Helo?” sekali lagi, Humaira mencuba. Ternyata
talian sebelah sana masih senyap. Humaira melihat skrin telefon. Tiada nama
yang terpapar, hanya nombor telefon, dan ianya masih bersambung.
“Helo?” buat kali terakhir Humaira mencuba, namun
tiada balasan dari si pemanggil. Pantas jarinya menekan butang merah,
mengakhiri panggilan tersebut. Mindanya yang masih fokus mencerna isi komik itu
tidak mampu memberi respon yang biasa dia berikan tatkala ada panggilan
seumpama itu.
Matanya kembali menatap dada komik, dan minda
makin fokus kepada isinya untuk mencerna maksud komik itu. Walaupun ianya
bacaan santai, namun, secara tak langsung, ia sebenarnya suatu teguran yang
terus terhadap umat manusia zaman sekarang yang mengamalkan gaya hidup yang
bukannya berpandukan Al-Quran dan Sunnah lagi. Melalui ilustrasi yang jelas
maksudya, teguran itu umpama menusuk terus ke dasar hati kalau yang membaca itu
punya kesedaran.
We
all denounce terrorism
We
stand against it in deed and word
This
is our belief, our unwavering ideal
And
we are the muslims of the world
Ala’tida
thoriquna
Nabzuttathoru
da iman qoulan fi’lal wa ‘atiqad
Haza
huwaddar fi syarqi walgharb
Wa
nah nul muslimun na nahnul ‘aamal
And
we are the muslims of the world
Sekali lagi, deringan dari telefon bimbit
kesayangannya melagukan nada yang sama. Humaira sengaja melambatkan
pergerakannya untuk menjawab panggilan tersebut. Entah kenapa dirasakan ringtone pilihannya terasa kena dengan
buku yang dibacanya. Yea, we are muslims
of the world. Tapi dunia menggagap muslim sebagai pengganas. Dan anggapan
itu memanglah tidak benar sama sekali. Namun sikap umat sekarang ini yang hanya
sedikit membantah idea tersebut. Dan entah kenapa, suasana malam itu dirasakan
sayu apabila minda mula memikirkan masalah umat.
‘Ini baru secebis yang engkau fikirkan, duhai
diri.’ Ujar Humaira. Tanpa sedar, dia hanya membiarkan deringan telefonnya tamat begitu sahaja.
Setelah beberapa ketika, nada sama kedengaran
lagi. Mengejutkan Humaira dari lamunannya. Nombor yang sama masih tertera di
skrin telefonnya. Tangannya pantas menyentuh skrin untuk menjawab panggilan
tersebut.
“Helo, assalamualaikum.” Seru Humaira. Kedengaran
deru nafas yang kelam kabut di hujung talian, namun masih tiada suara menyapa
telinganya.
“Assalamualaikum.” Salamnya di ulang lagi. Dan
hujung talian masih sunyi dari sebarang suara.
“Ehm...” Humaira berdehem. “Kalau call setakat nak bazirkan kredit, baik
tak payah. Banyak lagi benda yang boleh awak buat. Sapu sampah ke, basuh baju
ke, cuci toliet ke.” Dalam satu nafas dia menuturkannya.
Tiba-tiba, kedengaran tawa kasar meletus dihujung
talian. Humira hanya senyap menanti balasan ‘makhluk’ dihujung talian.
“Apa yang awak merepek ni, Maira?” Suara garau
dihujung talian dilontarkan bersama dengan sisa tawa yang tertahan.
‘Dah sapa pulak ni..? Siap tahu nama aku bagai
ni.’ Getus hati Humaira. Dia hanya mendiamkan diri disaat itu. Tindakan
refleksnya apabila terkejut.
“Helo, Maira. Are
you still there?” Soal suara garau itu lagi.
“Assalamualaikum.” Dengan nada yang sinis Humaira
menuturkan ucapan keramat itu.
“Waalaikumussalam. Sa....”
“Tau pun nak jawab salam. Ingatkan dah tak reti
nak jawab salam kalau dah dua kali senyap. Dosa tau tak jawab. Dah awak ni
siapa pulak, siap tahu nama saya bagai ni?” Potong Humaira sebelum sempat suara
dihujung talian melanjutkan kata-kata.
“Okey, okey.. Saya Firdaus. Ingat tak tengahari tadi?” Soal suara itu dengan nada yang serius.
Lantas minda Humaira teringatkan kejadian di kedai
kain petang tadi. “Mamat psiko!” jerit Humaira tanpa sengaja. Dan buat
seketika, suasana di talian senyap untuk ke sekian kalinya.
“Amboi, sedap aja awak label saya psiko. Awak tak
kenal ke saya..?” soal Firdaus. Serius.
“Awak ingat awak sape nak suruh saya ingat awak?
Lagipun, kita pernah kenal ke sebelum ni?” bertubi-tubi soalan keluar dari
mulut Humaira.
Firdaus dihujung talian hanya diam. Dibiarkan
suasana sunyi tanpa bicara.
“Awak dah habis modal nak cakap? Apasal senyap
kalau betul awak...”
“Pejot.” Sepatah jawapan Firdaus mencantas bicara
Humaira. Terus diam tanpa menyambung bebelannya.
“Awak ingatkan? Kalau tak, awak takkan senyap
macam ni.” Tutur Firdaus lagi. “Awak dan bebelan awak tak pernah nak berubah,
sama sejak dulu lagi.” Sambung Firdaus lagi. Bibirnya menguntum senyuman tatkala
membayangkan Humaira yang sedang kaku di hujung talian.
“Maira.” Seru Firdaus dengan nada lembut.
“Ehm..” Humaira berdehem perlahan. “Dah kenapa
lembut jea nada, dah takde tulang dah lidah tu?” Pantas balasan Humaira untuk
menutup rasa terkejutnya sebentar tadi.
Letusan ketawa Firdaus menyebabkan dahi Humaira
membentuk garisan kerut. “Kenapa gelak?” Soal Humaira lagi.
“Sejak bila pulak lidah bertulang, Cik Humaira
oii...”
Terkedu dengan balasan Firdaus, segera Humaira
melontar soalan. Menukar topik perbualan. Terasa pipinya membahang, malu. “Ha,
kenapa call ni? Awak dapat kat mana
nombor phone saya ni?”
“Tengahari tadikan kita ada jumpa. And I did bumped to your father, and he did
recognize me.” Jawapan Firdaus yang selamba itu menyebabkan Humaira kembali
teringatkan kejadian di kedai tersebut.
“And?” Humaira
sengaja meleretkan pertanyaanya.
“I believe,
you do know what I meant. And also, your father did agree with me.” Sengaja
Firdaus menekankan persetujuan ayah Humaira.
Senyuman tersungging dihujung bibir Firdaus. Bukan
niatnya untuk mempermainkan Humaira. Tapi dalam keadaan sekarang, dia perlu
untuk mencari teman majlis makan malam itu. Rimas dengan perempuan-perempuan
yang mengejarnya. Firdaus sendiri tidak mengerti apa lebihnya dia dimata mereka
semua. Layanannya terhadap semua perempuan adalah sama saja.
“Okeyyy....” Panjang jawapan Humaira sebelum menyambungnya. “Why am I the chosen one?”
Soalan Humaira itu mengejutkan Firdaus dari
khayalannya.
“Macam yang kawan saya cakapkan tengahari tadi. I do need a company to the dinner, and
suddenly, we’re accidently found you. And luckily, I do know you after you run
from us. And the most fortunate thing
is, your father do recognize me as anak Uncle Fateh. Is it clear Miss Humaira?”
Panjang penjelasan Firdaus.
Humaira hanya terdiam dengan penjelasan itu.
“So, will
you?” Soal Firdaus pendek dengan nada penuh pengharapan.
“Give me some time to think.” Ujar Humaira. Dia perlu
untuk menimbangkan baik dan buruknya tindakan yang bakal diambilnya. Dan yang
paling penting, ayahnya perlu di tanya tentang perkara itu.
“Bila saya boleh tahu jawapannya? Dan saya harap
jawapan awak tak mengecewakan saya. Please.” Lembut suara Firdaus menampar
cuping telinga Humaira.
“Soon, in sha allah.” Pendek jawapan Humaira.
“Thanks for the consideration.” Ujar Firdaus
perlahan.
“So, kalau dah takde pape, I’ll hang up. Got to do few things right now.” Ucap Humaira lagi.
“Humaira.” Seru Firdaus perlahan.
“What else?”
“Can we be
friend. Again?” soal Firdaus kembali.
“Sure will
do, mister.”
“Thank you.”
Senyuman kembali hinggap di bibir Firdaus.
“Assalamualaikum.” Ucap Humaira setelah beberapa
saat menyepi. Dia terus menyentuh butang off setelah salamnya disambut.
Rambutnya yang panjang melepasi bahu diikat
sebelum kakinya menapak menuju pintu yang tertutup. Bilik bacaan ayahnya dituju
saat matanya menjeling jam dinding yang menunjukkan angka 10.30 malam.
Tombol pintu dipulas setelah ketukan pintunya
berbalas. Encik Adam tersenyum melihat Humaira dimuka pintu.
“Ayah, we
need to talk about something.” Senafas Humaira menuturkannya.
Encik Adam masih tersenyum. Dia tahu apa yang
bermain di fikiran anaknya itu.
t.b.c.