Isnin, 12 April 2021

kaktus

 Kakinya terus melangkah dalam kesesakan ramai. Hatinya merungut sendiri, ‘apa pekdahnya la aku ikut diorang ni. Hisy, dah la ramai orang. Ingatkan malam last, dah tak de orang, lagi ramai rupanya.’

 

Dia mengeluh perlahan dalam ramai. Saat Ain berhenti di gerai baju, dia turut berhenti. Ain membelek baju, dia memeluk tubuh. Pandangan bosan dilemparkan.

 

“Sufiy, tak nak beli ker? Murah nie.” Ujar Ain. Dia hanya menggeleng perlahan.

 

“Kau beli jea la, aku datang pun sebab nak temankan engkau jea.” Balasnya. Dia melilaukan pandangan matanya ke serata ceruk gerai itu. Banyak corak yang cantik, tapi tidak satu pun yang menarik minatnya.

 

Dua puluh minit berlalu, mereka keluar dari gerai itu dengan tiga helai baju yang Ain beli. Mereka meneruskan sesi penjelahan pesta konvokesyen UMT. Saat menghampiri kedai jualan bunga, mata Sufiy terpandangkan susunan kaktus di suatu sudut gerai. Sudah banyak kali niatnya untuk membeli sepohon kaktus terbantut.

 

“Ain.” Seru Sufiy perlahan. Tangannya menarik lengan Ain yang sedang khusyuk menebarkan pandangan ke serata ceruk kawasan.

 

“Apa?” soal Ain. Namun kakinya menurut sahaja langkah Sufiy.

 

“Cantik tak ni?” soal Sufiy sambil menunjukkan ke deretan pasu kaktus yang kecil. Pelbagai bentuk dan warna yang dipamerkan. Hatinya telah jatuh cinta dengan tompokan kaktus itu.

 

“Emm... cantik. Kau nak ke?” soal Ain kembali.

 

“Emm, dah lama aku cari sebenarnya,”

 

“Apa kata kita tengok kedai lain pulak. Haritu, aku ada nampak kedai lain pun ada jual jugak.”

 

“Okey,” balas Sufiy. Dia menghadiahkan sekuntum senyuman untuk jurujual gerai itu, bagi menutup rasa hampa yang mungkin bermukim di hati jurujual itu.

 

Kakinya melangkah kembali mengikut arah yang dibawa Ain. Mereka berhenti di gerai yang menjual kuntuman bunga segar dan jambangan siap gubahan bunga. Turut dipamerkan kaktus kecil yang comel. Di satu sudut lain, terdapat koleksi ikan hiasan yang comel berenang-renang dalam akuarium kecil.

 

Hati Sufiy mula tertarik dengan ikan hiasan yang berwarna-warni itu.

 

“Ain, lawanya ikan tue,”

 

“Bukan tadi cakap nak kaktus ke?” soalan Ain mengingatkannya.

 

“Tapi, ikan ni pun lawa.”

 

“Sudah.. Yang mana satu ni?”

 

“Ehm, kalau beli ikan, aku bimbang dia mati. Kalau beli kaktus, tak payah siram tiap-tiap hari. Macamana yae?” soalnya

 

“La, engkau dah buat keputusan dah pun, beli jea kaktus tu. Ha, yang tu cantik,” Ain menunjukkan ke arah sepasu kecil kaktus yang berbentuk bulat. Duri-durinya yang tajam berceracak keluar.

 

Sufiy teringat artikel yang pernah dibacanya tentang kaktus. Kaktus ini disimbolikkan dengan ketabahan yang mana ianya berasal dari suatu kawasan yang kering. Dengan cuaca yang panas terik seperti Gurun Sahara, sebanarnya tidak memungkinkan mana-mana tumbuhan untuk bertahan. Tapi berbeza dengan kaktus. Hidupnya di Gurun Sahara yang boleh diumpamakan sebagai sebuah ujian, musibah, masalah atau kemarahan yang melanda mampu bertahan walau tiada bekalan yang cukup. Seperti yang kita sedia maklum, jumlah hujan yang turun dipadang pasir teramat lah sikit. Namun kaktus tetap tabah, teguh berdiri di padang pasir. Simboliknya, kaktus yang teguh berdiri itu umpama memberi harapan atau hikmah yang dinantikan seseorang dalam cabaran yang dihadapi. 

 

“Weh, termenung pulak,” teguran Ain menyedarkan Sufiy.

 

“Okey, aku beli kaktus.” Putus Sufiy sebelum memanggil jurujual. “Berapa yea satu yang ni?” tunjuk Sufiy kepada kaktus kecil yang menarik perhatiannya.

 

“Ehm, sekarang ni harga penutup. Kami jual RM5 jea.”

 

“Okey, saya ambil yang ni.” Ujar Sufiy lagi. Jurujual itu mengambil pasu kaktus yang dimaksudkan sebelum membawanya ke kaunter untuk dibungkus.

 

“Kenapa nak beli kaktus?” soal Ain sementara menunggu jurujual itu membungkus kaktus itu.

 

“Sebab kaktus simbolik kepada kekuatan, ketabahan.” Ringkas jawapan Sufiy.

 

“Sebab?”

 

“Aku nak pinjam kekuatan dan ketabahan kaktus ni dalam keadaan aku yang rapuh ni,” perlahan jawapan Sufiy menyapa telinga Ain. Tika itu, jurujual itu telah siap membungkus kaktusnya. Sufiy menghulurkan wang dan senyumannya sebelum mengucapkan terima kasih kepada jurujual itu.

 

kekuatan dan ketabahan kaktus untuk hidup di gurun yang panas terik..

 

Mereka kembali melangkah menelusuri gerai-gerai yang terdapat disitu.

 

“Allah kan ada?” soal Ain setelah beberapa ketika.

 

“Ya, Allah memang sentiasa dengan kita. Dan aku percaya dengan janji Allah bahawa orang yang sabar dengan ujian yang diberikanNya, akan dapat anugerah. Tapi tak salah untuk kita turut mengambil iktibar dari kejadian alam yang lain,” balas Sufiy pula.

 

“Kau tau kan yang kaktus ni, asalnya tumbuh dikawasan yang serba kering dengan cuaca yang panas terik lagi,” sambung Sufiy lagi.

 

“Yea. Aku tau, sape yang tak kenal asal kaktus, aku tak tahu la nak cakap apa. Tapi apa kaitannya?”

 

“Yea la, dengan keadaannya yang mampu bertahan tue, bukankah menunjukkan ketabahannya dalam menghadapi cuaca yang panas, kekuatannya untuk hidup dengan sumber yang sikit. Hebatkan kaktus.” Puji Sufiy lagi. Dia mengangkat kaktus yang dibelinya tinggi separa pendangan mata. Pandangan teruja itu turut sama dikongsi Ain.

 

Senyuman yang tersungging dibibir Ain membawa suatu maksud.

 

“Kenapa?” soal Sufiy. Pelik.

 

“Aku nak beli jugak la. Boleh letak atas meja study tue,” ujar Ain.

 

“Owh. Nak tiru aku la nie,”

 

“Eah, mana ada,” serentak itu ketawa mereka berdua meletus.

 

“Kau nak tahu satu perkara lagik tak?” soal Sufiy tatkala kaki mereka kembali melangkah ke gerai tadi.

 

“Apadia?”

 

“Kaktus ni kan sebahagian daripada ciptaan Allah. Bila kita tengok kaktus ni, secara tak langsung kita mentadabbur alam ciptaan Allah. Dengan memerhati mekanisma tumbesarannya, kita boleh relate dengan kebesaran Allah,” jawapan Sufiy membuatkan Ain ketawa lagi.

 

“Mekanisma? Weh , kau ingat kita ni dalam kelas Mekanisma Kimia Organik ke?” terletus juga ketawa Sufiy sesudah habis ayat Ain.

 

“Apa-apa jea la. Hah, cepat la. Kakak tu dah nak tutup kedai dah tu. Dah lewat nie,” balasan Sufiy membuatkan Ain kalut menuju ke kedai bunga tadi.



*13 September 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dear you 4

 Dear You , Hati ni nan sekeping je.  Habis elok dijaga untuk dia tidak sakit. untuk dia tidak merasa apa itu rasa kecewa. Kalau hati ini, h...