Isnin, 12 April 2021

da story that i've tolf u b4..

 Peserta seminar itu sedang bergambar saat Insyirah keluar dari dewan. Dia menebar pandangan ke sekeliling. Matanya menangkap kelibat Hamdan, senior kelabnya dulu, Sekreteriat Rakan Integriti Mahasiswa (SRIM) yang sedang berbual-bual dengan rakan-rakannya. Seniornya itu dilihat sedang bergelak ketawa dengan rakan-rakannya.

 

“Eah Ira, jom makan dulu. Jap lagi ade postmortem.” Cuit Zeera, rakan urusetianya, saat melepasinya. Insyirah merupakan sebahagian daripada kakitangan yang menguruskan seminar pada kali ini anjuran Mesra Holding Sdn. Bhd..

 

“Okey. Kau pergi dulu. Aku ada hal kejap.” Jawabnya sambil tersenyum. Zeera hanya mengangguk.

 

Insyirah masih masih berkira-kira samada mahu menegur seniornya atau tidak saat kelibat dua peserta seminar melintas depannya. Dia mengenali mereka berdasarkan jaket hitam yang mereka semua pakai. Dia hanya mengenakan baju kurung berwarna ungu cerah mengikut arahan yang dikeluarkan.  Insyirah seumpama mengenali satu daripada mereka. Dia menoleh sebelum kaku berdiri ditempatnya.

 

Seumpama menyedari dirinya diperhatikan, lelaki itu menoleh kearah Insyirah. Masing-masing kaku ditempat mereka berdiri. Teman disebelahnya pelik melihat keadaan mereka sebelum berdehem mengejutkan mereka.

 

“Weh, kau kenapa?” tegur temannya itu.

 

Terkejut dengan teguran itu, Insyirah terus berjalan laju menuju ke dewan makan yang terletak disebelah dewan seminar. Lelaki itu juga turut sama berjalan laju keluar menuju ke kawasan parkir kereta. Temannya terpaksa mengikut langkah panjangnya itu.

 

Setelah sepuluh langkah meninggalkan tempat itu, Insyirah berhenti dan menoleh mencari kelibat itu. Dia menghembus nafas lega apabila dilihatnya lelaki itu berada jauh darinya. Namun semua itu hanya sementara tatkala dilihatnya lelaki itu berpatah balik sebelum sampai dimana-mana kereta di kawasan parkir itu.

 

Panik. Insyirah melajukan langkahnya menuju ke dewan makan.

 

“Insyirah. Tunggu.” Suara itu memanggilnya. Dek kerana terkejut, kakinya berhenti dari melangkah. Dia menoleh setelah beberapa saat berlalu.

 

“Saya nak pulangkan buku ni. Saya rasa awak memerlukannya. Lagipun dah lama saya pinjam buku ni.” Ujarnya perlahan. Buku bertajuk Tawajjuh Cinta ditangannya disua kehadapan Insyirah.

 

Insyirah masih teragak-agak menerima buku itu. Setahunya, buku itu milik adiknya. Jadi kenapa lelaki itu mengatakan bahawa buku itu miliknya.

 

“Cepat. Kawan saya sedang menunggu.” Ucap lelaki itu lagi.

 

Tangan Insyirah segera mencapai buku itu. Dia masih kelu untuk mengucapkan sebarang kata-kata walaupun dia punya banyak persoalan dimindanya. Antaranya, bila buku itu dipinjamkan. Seingatnya, dia tidak akan memberi pinjam jika barang itu bukan miliknya. Dan yang menjadikannya semakin pelik, takkan lelaki itu membawa buku Tawajjuh Cinta masuk seminar.

 

‘Ya Allah, jangan kata dia ni spesies yang suka usung buku pergi mana-mana.’ Getus hatinya perlahan. Matanya masih setia memandang belakang lelaki itu sehingga telefon bimbitnya bergetar dalam poket baju kurungnya.



*21 January 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dear you 4

 Dear You , Hati ni nan sekeping je.  Habis elok dijaga untuk dia tidak sakit. untuk dia tidak merasa apa itu rasa kecewa. Kalau hati ini, h...