Bismillah.... long way to go...!
thinking of something that triggers another things...
may Allah's bless be with us..!
[Random]
Kepalanya terasa berasap dengan segala molekul
yang perlu dibayangkan secara tiga dimensi. Subjek yang dulunya amat diminati
terasa menjadi suatu beban di kepala andai apa yang dipelajari satu habuk pun
tidak melekat di kepala. Matanya kembali menatap hasil contengan jayanya
didalam kelas tadi.
Bibirnya melahirkan keluhan perlahan disebabkan
kepala yang enggan memberi kerjasama untuk mencerna input dari kuliah
tadi.
“Miza, jumpa kat luar yea. Aku cari meja kosong.
Nak review benda nie sikit lagi.” Ucap Humaira sambil tangannya cekap
memasukkan segala alat tulis yang bersepah di atas meja.
“Okey.”balas Miza. “Tapi aku nak pergi beli
makanan dulu. Kau nak apa-apa tak?” sambung Miza setelah jeda beberapa ketika. Humaira
hanya menggelang menandakan tidak mahu apa-apa.
“Cari di tempat biasa yea.”
“Orait. See you, then.” Balas Miza.
Humaira bergegas keluar dari kelas menuju ke port
lepak yang biasa diorang siapkan kerja. Dia bernasib baik disebabkan masih
belum ramai mahasiswa mahasiswi yang berada disekitar kawasan itu. Tambahan
pula, kelasnya sebentar tadi terpaksa ditamatkan lima belas minit awal kerana
pensyarahnya terpaksa menghadiri mesyuarat. Enggan menggantikan kelas pada
waktu lain, Dr Farhan tetap mengadakan kuliahnya seperti biasa.
Bukunya diletak diatas meja, dan Humaira kembali
menyepahkan alat tulis diatas meja. Segala jenis alat tulisnya dari sebesar
marker pen sehinggalah kepada pemadam yang sudah nazak dilanyak tuannya.
Matanya melilau ke sekitar kawasan mencari kelibat Miza. Dari jauh, dia melambai
kearah Miza yang santai berjalan. Tangannya menjinjit plastik makanan dan setin
nescafe latte.
“Banyaknya kau beli. Bukan tadi dah makan ke?”
Tegur Humaira setelah Miza melabuhkan duduknya.
“Bukan biasa ke macam ni?” balas Miza selamba.
“Kau memang, perut ‘labuh’. Dah, jangan kacau aku.
Nanti hilang segala yang aku ingat tadi.” Ujar Humaira lagi. Terus matanya
mencari tempat akhir tintanya berhenti tadi.
“Bagus, bagus. Nanti aku refer nota engkau la. Aku pun nak makan ni.”
Mendengarkan jawapan Miza, Humaira mengagaukan tangannya kedalam beg sandang
mencari earphone yang dibawanya. Jumpa
dan terus diletakkan ke tempat sepatutnya. 1924 –SoA lantang di pendengarannya.
Lagu yang sama dia putarkan untuk hampir dua minggu lamanya tanpa jemu. Suasana
kembali sunyi.
Sesekali terdengar
suara Humaira turut mengikut rentak rapper
tersebut.
Setengah jam berlalu, dan Miza juga turut khusyuk
dengan gambarajah molekul-molekul yang terlalu kompleks untuk difahami. Sesekali
tangan mencapai pemadam dan pembaris untuk membetulkan lukisannya yang tidak
mengikut spesifikasi.
Tiba-tiba, Miza menganggkat kepalanya yang
sebentar tadi tunduk membuat kerja. Terkejut dengan ucapan yang didengarinya. Serentak
dengan itu matanya tajam memandang lelaki berkemeja hitam dihadapannya,
kemudian beralih ke muka Humairah yang ternyata kelam dengan review yang dilakukan. Ternyata, Humaira
yang tenggelam dengan dunia reviewnya
ditambah dengan lagu yang lantang ditelinga menandakan usaha lelaki tersebut
sia-sia.
Dua keningnya diangkat double jerk bersama dengan senyuman yang tidak boleh ditafsirkan dihadiahkan
kepada lelaki tersebut. Miza hanya menantikan reaksi seterusnya dari lelaki
tersebut sehinggakan tawanya meletus. Humaira yang tekun menyiapkan kerjanya,
mengangkat muka dari buku yang ditulisnya.
“Kau ni kenapa? Tak pasal-pasal gelak sengsorang.”
Tegur Humaira. Telinganya setia dengan 1924 tanpa menurunkan sedikit pun volumenya. Dilihatnya Miza menuturkan
sesuatu namun tidak di fahaminya. Mukanya yang berkerut menyebabkan Miza
memanjangkan tangannya menarik tali earphone
yang tergantung.
“Buat penat je aku cakap dengan orang yang pekak artificial ni. Tu, belakang kau tu, ada
seorang mamat yang dah cakap something
sampai aku pun terkejut. Kau boleh tak dengar.” Bebel Miza dengan senyuman yang
hanya Miza yang tahu maksudnya.
Humaira menoleh. Serentak dengan itu, matanya
membulat. Terkejut. Firduas!
“Awak buat apa kat sini? Apa yang dah awak cakap
sampai si Miza ni sengih semacam?” lontaran soalan dari Humaira membuatkan muka
Firdaus memerah. Serentak dengan itu, Miza melambakkan tawanya yang ditahan
sebentar tadi.
“Dah la. Go and
see him. He want to tell you something. Come back after everthing have settle.”
Ujar Miza dengan senyuman mengusiknya yang masih belum hilang dari bibirnya.
Firdaus yang sedari tadi berdiri di belakang
Humaira hanya mampu menggaru belakang kepala. ‘Cepat aja kawan dia ni bagi
chance. Malu weyh.’ Getus hatinya.
“Five minutes.”
Ujar Humaira.
“It’s gonna
be long. Trust me.” Tutur Miza tanpa sempat Firdaus membalas. “Take your time, mister.” Matanya dikenyit
kepada Firdaus, memberi semangat. Tahu bahawa kawannya yang seorang ini, anti
dengan segala yang berkait dengan perasaan dan sewaktu dengannya.
t.b.c.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan