Assalamualaikum and hi...
Semoga, hari ini memberi sinar baru untuk kita-saya, awak dan semua.
Semoga juga hidup kita sentiasa dalam rahmat Allah Azawajalla... Amin..
**try to play Kehidupan by In-Team... Sebab entry kali ni, ditemani lagu ni semasa typing process.. Followed by Setelah Aku Dipaling by Rast...
**dalam usaha memperkasakan nasyid dodulu...wink (^_−)☆..
Post date after one ofy besties wedding ceremony..
This is the story... Since she is one of my besties, i hope to attend the akad ceremony.. Walaupun tak kenal sapa pun kat majlis tu, selain drpd the bride herself... Teruk kan..
Tapi turn out, we were late for the ceremony and just before rombongan 'belarok' (rombongan pengantin) sampai... Sebenarnya nak cerita yang sebelum tu..
Tapi dah lupa... Tapi kira hot topic utk orang-orang baya saya yang masih bujang trang tang tang ni...
Pointnya, jodoh itu hak Allah... Dan kalau kita persoalkan nya, umpama kita mempertikaikan taqdir yang Allah dah tentukan untuk kita. Danbukan mudah untuk menjawab isu ini bila yang bertanyakan itu,, dah masuk kategori elders..
Dan mungkin agak kasar bila soalan y ditanya itu,, kita menjawab dengan jawapan yang boleh dikatakan agak 'pandai'. Maaf ye..
Dan jawapan saya masih sama. Dari dulu hingga kini.
Urusan jodoh, urusan Allah. Memang kita kena cari, tapi Allah dah tetapkan yang terbaik untuk membentuk flow hidup kita. Dan sebetulnya, susah untuk kami yang bersikap macam saya ni, untuk pandang jantina berbeza. Apatah lagi untuk memulakan langkah. Sebab kami dibesarkan dengan adab dan sifat yang menjaga batas. Saya tak kisah, mungkin ada yang berkata masih hidup di zaman kuno, yang tidak meluaskan pandangan dan tidak cuba untuk keluar dari kepompong... Tapi, sekali lagi saya tekankan,, kami diajar untuk menjaga pandangan.. Dn saya, sebetulnya takut dengan pandangan diri sendiri sebab dikaburi dengan semua kacamata dan perspektif yang pelbagai. Dan bukan mudah untuk menapis setiap pandangan itu. Percayalah..
Dan jawapan saya juga;
Jodoh saya, GPS dia rosak... Kalu baik sekalipun, dia masih sibuk dengan 'jalan lain' sebab tu sampai sekarang tak jumpa saya. Dan saya pun ada GPS juga... Mungkin belum sampai masanya lagi untuk GPS saya meluruskan jalan kearah itu. Dab semuanya,, saya serahkan pada Yang Maha Kuasa untuk tetapkan jalan kami...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan