Rabu, 17 Jun 2020

Kisah Yang Tidak Berpenghujung 4

Aplikasi Music dipaparan skrin telefon bimbitnya disentuh. Setelah beberapa sentuhan, telinganya disap dengan bunyi-bunyian hasil dari lantunan speaker handphonenya.

Masuk lantunan lagu kedua, imbauan lepas kembali menerjah.

Seketika dia larut dalam memori lalu.

Namun dia lantas tersedar setelah masuk lagu ketiga.

Memori lain pula yang menyapa. Nafas berat dihela perlahan.

'Kenapa playlist ni macam tak kena je... Ada je yang minta diingatkan.'
Getus hatinya.

Butang seterusnya ditekan hingga lagu yang tidak mengundang memori lampau kedengaran.

Dia kembali meneruskan kerjanya walaupun hatinya masih gelisah dengan perkara yang tidak dia ketahui hujung pangkalnya.

Isnin, 1 Jun 2020

Kisah Yang Tidak Berpenghujung 3

Matahari hari ni terang bersinar. Redup di sebalik awan. Damai terasa hati.

Bezanya harini, dia memandu ke tempat kerja. Jalan utama telah dia masuki dengan jayanya.

Tiba-tiba, perasaan gugup menerpa. Jalan tiga lorong itu terasa mencabar walaupun kenderaan tidak sebanyak biasa. 

Dia terasa lorong pemanduannya semakin mengecil bila dihimpit kenderaan di kiri dan kanan. 

Tangannya makin kejap memegang stereng kereta. Hati kecilnya beristighfar supaya selamat sampai. 

Lima minit tempoh perjalanan terasa lama secara tiba-tiba bila ketidak-yakinan muncul. 

Badannya terus rasa lesu untuk meneruskan jam mencukupi hari ini.


...

Samalah. Bila dia tempuh hari itu dengan yakin, maka dia bersemangat sepanjang hari.
Tapi bila dia tiada keyakinan, seluruh harinya akan murung.

Ahad, 31 Mei 2020

Kisah Yang Tidak Berpenghujung 2

Dia ada satu tabiat yang sangat susah untuk dikikis. 

Tabiat yang selalu buat dia rasa rugi sebab benda tu akan buat dia rasa tak puas untuk menikmati momen indah tu.

Tabiat yang merugikan.

Bila dia membancuh kopi, selepas dituang air panas, dian akan lupa untuk mengacau airnya dengan sudu. Supaya kopi tu larut dan tidak berketul di bawah. 

Dan benda tu terjadi lagi disaat dia memerlukan 'keupayaan penahan mengantuk' dari bancuhan kopinya.

Dan selalunya, dia akan berasa menyesal dengan ketidakpekaan sendiri.

Sama macam kisah hidup dia. Dia selalu terlepas momen indah yang patut dia kecapi disebabkan sikapnya yang lebih bergantung kepada 'keupayaan peredaran masa'. Orang putih kata: Follow the flow.

Dan bila dia terlalu follow the flow, dia mengambil jalan mudah untuk tidak berusaha merubah aliran itu. Samada baik, semakin baik atau super baik. 

Dia hanya mengikut.

Sebab itu adalah dia.

Yang selalu tak sedar bahawa bancuhan apapun, putaran yang dikenakan akan menyebatikan dan mengindahkan tekstur, mengdunkan konotasi rasa dan kepuasan deria rasa sendiri.

Bancuhan kopinya sentiasa rasa ada yang kurang.

Tapi selalunya, tetap di habiskan. Sebab baginya, biarlah hidupnya hanya menyusur arus. Asalkan tidak dia amalkan yang satu itu.

Membazir.

Selasa, 19 Mei 2020

[Arbitrary 07] Didik

Mendidik, terdidik dan dididik.. 
Tiga perkara yang berbeza tapi matlamat yang sama. Ilmu.

Dan dalam setiap tindakan tu, ada berkahnya jika diletakkan pada sandaran yang betul.


Rebutlah peluang untuk mengajar walau secebis ilmu. Tak siapa yang tau ilmu yang mana (yang kita ajar dengan betul) boleh amplify peratus pahala kita


Situasi 1: 

Assalamualaikum.. Boleh tak tolong ajar saya subjek termodinamik ni. Dah alang-alang awak dah khatam bab tu.

Waalaikumussalam. Insyallah boleh. Tapikan awak suka je belajar dari Google? Kenapa tak belajar kat situ dulu sebelum tanya saya.

Oh, okee..


Skrin telefon bimbitnya segera digelapkan. Balasan yang diterima buat nafsu belajarnya terbejat. 

'Kita mengharapkan perkongsian ilmu. Hurmm... Takpe la.. Cuba cari guru lain.' Cetusan hatinya sedikit sebanyak memujuk rasa yang terbunuh tu.



Situasi 2:

"Akak." Seruan sayu dan lemah kedengaran di gegendang telinga. Tangannya kemas mengepit telefon bimbit supaya setia di telinga.

"Ya.. Dah kenapa pulak main seru mendayu-dayu ni?" Pantas soalan dilontar, menjawab seruan tadi.

"Saya tak faham bab molarity ni.. Macamana nak relatekan concentration, volume dan berat elemen ni. Isu sama je yang bermasalah ni." Suara yang mendayu tadi, dah mula kedengaran serak.

Senyumannya terlorek dibibir sambil tangannya laju menghabiskan catitan.

"Okee. Awak bertenang dulu, nanti lepas sepuluh minit, saya call awak balik. Kita discuss sama-sama. Saya nak kena submit kerja saya kejap ye." Tenang suara dilontarkan walaupun hatinya dilanda ribut kencang. 

Perkara yang bukan bidang, tapi sering dijadikan rujukan. Pada masa yang sama, kepalanya kembali mengingati fakta, rumus, keselarian perkaitan elemen dan juga contengan-contengan yang pernah dibincang bersama.

"Okay kak. Saya tunggu ye. Maaf sebab selalu susahkan akak." Balas suara di hujung talian sebelum diakhiri dengan salam.


Isnin, 18 Mei 2020

Kisah Yang Tidak Berpenghujung 1

 
'Menjual rasa cinta, sama lah macam menjual rasa hati'.

Tangannya terhenti seiring dengan ketikan noktah di papan kekunci. Hati yang tiba-tiba rawan memikirkan soal yang satu itu, makin lama makin menyedihkan hatinya.

Apa yang disimpulkan, tak mampu untuk dia huraikan kembali. Untuk menoktahkan perhubungan yang serasanya sudah berpenghujung.

Tapi kenapa hatinya masih degil untuk memikirkan soal yang sama?

Panjang nafas disedut dan kemudiannya di hela perlahan-lahan. Umpama melepaskan beban yang sangat berat.

Tetingkap aplikasi itu ditutup setelah dia menekan butang simpan di hujung kiri komputernya.

Isnin, 25 November 2019

Arbitrary [06] Harapan

Antara benda yang paling sakit adalah benda berkait dengan harapan.

Jangan menanam harapan kalau tidak berniat untuk menuai..
Jangan meletak harapan andai tidak kuat untuk menampung beratnya beban harapan palsu..


"Haritu kata ada yang merisik khabar..?" Soalan perangkap dilontar disaat garfunya terbenam ke lautan spagetti.

Garfu dipusing dengan tenang supaya pintalan spagettinya membentuk satu simpulan sempurna untuk satu suapan.
Lantas tangannya menyuap spagetti tersebut ke mulut.

Soalan yang dilontar, segaja dilengahkan jawapannya.

"Entah.. Aku tak letak pape harapan pun. Sebab kalau aku berharap tinggi, tapi andai kata harapan tu jadi debu, yang tinggi tadi, bila jatuh, sakitnya, kita je yang tau.. Orang lain hanya mampu tengok.. Dan kita bangkit pun, sendiri-sendiri je. Orang takkan tolong. Paling tak, bagi kata semangat je. So, let Allah hold the hope for me as He know what best for me."

"Jadi, kira takde usaha la ni?"
Lontaran suara yang lain pula kedengaran.

"Bukan takde usaha nak mencari, tapi, entah la.. Aku pun takde jawapan." Sengaja dimatikan persoalan itu dengan jawapan sebegitu.
Walaupun, jawapan sebenar, ada tersimpan di lubuk hatinya yang paling dalam.


YaAllah Ya Razzaq.. Andai rezeki itu ada di hayat ini, Kau permudahkanlah..Sesungguhnya, Engkau yang Maha Tahu segala isi hati. Amin.

Ahad, 23 Jun 2019

[Quest] Apa Perasaan Sekarang..?

Assalamualaikum and hi there... Its been a very long time for me not to note down anything.. I hope we all do well in His great blessing and kindness.. Allahumma'ana.. Allahumma aminn..

Just missing this kind of passion, I've created this new entry after all the storms, rain and rainbow that He had showered.. Oh, by the way, Selamat Hari Raya Aidilfitri.. maaf dengan segala salah silap, yeee...

Ohoiii.. Lama tak menaip dan mencurah rasa... Perasaan ni, such a bless.. Curi masa sikit-sikit untuk menconteng.. Oh, I am really miss this medium of ranting..😊

This is just a sharing to answer those questions yang orang tanya tentang hidup..

"After all those struggles you've faced in your life, you end up kat kedai buku je..?  So, apa perasaan dok kat kedai buku ni..?"

To those yang mengenali saya, mereka tahu tahap 'suka' (baca kegilaan) saya terhadap buku (dan alat tulis).. Dan bila HR 'kedai buku' ni panggil untuk interview, saya rasa sesuatu (which I dont know how to describe)...
Dan rasa 'sesuatu' itu makin melebarkan senyuman bila diterima untuk bekerja di kedai buku tersebut😊😊

Sebetulnya, saya memang mempunyai minat sejak kecil tentang perkara-perkara sebegini. Buku, alat tulis, barang-barang bertukang.. cuma yang perlu di pupuk lagi adalah kemahiran sahaja. 
Malah pernah punya impian untuk memiliki kedai buku dengan konsep tersendiri (tak salahkan punya impian..?) 

Kenapa punya minat sejak kecil?

Dulu, ayah pernah ada kedai yang supply alat tulis dan barang-barang hardware ke pejabat-pejabat yang berkenaan.. so, it triggered my interest to this kind of passion. No crime, ey..?
Dan masa sekolah rendah, i spent most of my time at the library walaupun bukan librarian.. yeah..  call me nerd, I dont care.. it isnt crime to fall in love with library, ey..
Masuk sekolah menengah, I've apply for the librarian post... And you know, the happiest person goes to me bila dilantik dan diberi kepercayaan untuk bertugas sebagai pustakawan.. Alhamdulillah untuk rezeki itu.. Tak dinafikan sepanjang persekolahan tu, pustaka adalah tempat lepak yang tak asing lagi..πŸ‘‰πŸ‘ˆ

Masuk matrikulasi dan universiti, still menjadikan pustaka sebagai tempat 'lepak'.. why bother bila orang nak panggil kita nerd.. well, we live our own life.. people does not fit our shoes to known how was it.. so, why botherrrrr...

Allah dah tetapkan rezeki kita.. 
Dia susun cantik perjalanan kita...
Dia sembunyikan hikmah disebalik semua yang jadi untuk kita renung, fikir, refleksi dan muhasabah diri.. mana yang boleh tambah saham akhirat, cuba usahakan sehabis baik untuk dapatkan nilai yang cantik di mata Dia..
(Eah tetiba taktau apa yang aku merepek ni)

Berbalik kepada soalan tu, 
Apa perasaan kerja kat kedai buku..?

I feel blessed..
Sebab apa..?
Sebab, sekalipun aku tak dapat buka kedai buku, dapat aura kedai buku pun alhamdulillah dah. Sebelum beralih ke kerja yang lain, mungkin sumbangan tenaga di sini boleh membentuk satu minda yang lebih terbuka. Asbab: jumpa ramai orang, interaksi dan komunikasi memainkan peranan.. Sebagai sebuah kedai buku, pelanggan terdiri dari pelbagai lapis generasi..
Cara kau treat kanak-kanak yang banyak ragam,
Cara kau handle pelajar sekolah dan universiti..
Cara kau nak faham mak ayah yang anak ramai
Cara kau selami makcik pakcik yang minta tolong carikan barang untuk mereka...
All of these were priceless..
Alhamdulillah untuk pengalaman ni..

Another reason..?
Aku nak kumpul pahala jugak...
Asbab kita jual barang baik, dengan nasihat dan panduan yang baik, bila kita layan pelanggan dengan baik dan dia puas hati, sedikit sebanyak tempias pahala yg diorang guna/buat tu, kita nak jugak kan..?
Ambil contoh.. tlg jualkan alquran... kita teringin kan pahala tu mengalir juga ke kita..

Allahuuu, fikir nak dapatkan pahala cara mudah sahaja...
Aku suka treat/handle budak2 dan makcik pakcik.. sebab bila diorang tanya, konsep timbal balik tu ada...kita dgr apa yg diorang tanya dan kita akan reply dengan sehabis baik.. dan satu lagi yang menarik... Bila berbicara dengan mereka, tumpuan yang kita dapat adalah sepenuh perhatian..
I am happy to be in this kind of situation...

Alhamdulillahhh
Alhamdulillahhh
Alhamdulillahhh..
Doakan yang baik-baik dan semoga rezeki yang lebih baik bakal menyusul..
Sebab rasa dah terlalu panjang menconteng,  till we meet again..
😊

Just sharing today's inspiration by MuslimPro apps, ey

Dear you 4

 Dear You , Hati ni nan sekeping je.  Habis elok dijaga untuk dia tidak sakit. untuk dia tidak merasa apa itu rasa kecewa. Kalau hati ini, h...