Ahad, 31 Mei 2020

Kisah Yang Tidak Berpenghujung 2

Dia ada satu tabiat yang sangat susah untuk dikikis. 

Tabiat yang selalu buat dia rasa rugi sebab benda tu akan buat dia rasa tak puas untuk menikmati momen indah tu.

Tabiat yang merugikan.

Bila dia membancuh kopi, selepas dituang air panas, dian akan lupa untuk mengacau airnya dengan sudu. Supaya kopi tu larut dan tidak berketul di bawah. 

Dan benda tu terjadi lagi disaat dia memerlukan 'keupayaan penahan mengantuk' dari bancuhan kopinya.

Dan selalunya, dia akan berasa menyesal dengan ketidakpekaan sendiri.

Sama macam kisah hidup dia. Dia selalu terlepas momen indah yang patut dia kecapi disebabkan sikapnya yang lebih bergantung kepada 'keupayaan peredaran masa'. Orang putih kata: Follow the flow.

Dan bila dia terlalu follow the flow, dia mengambil jalan mudah untuk tidak berusaha merubah aliran itu. Samada baik, semakin baik atau super baik. 

Dia hanya mengikut.

Sebab itu adalah dia.

Yang selalu tak sedar bahawa bancuhan apapun, putaran yang dikenakan akan menyebatikan dan mengindahkan tekstur, mengdunkan konotasi rasa dan kepuasan deria rasa sendiri.

Bancuhan kopinya sentiasa rasa ada yang kurang.

Tapi selalunya, tetap di habiskan. Sebab baginya, biarlah hidupnya hanya menyusur arus. Asalkan tidak dia amalkan yang satu itu.

Membazir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dear you 4

 Dear You , Hati ni nan sekeping je.  Habis elok dijaga untuk dia tidak sakit. untuk dia tidak merasa apa itu rasa kecewa. Kalau hati ini, h...