Berada di pertengahan Ramadhan yang menghampiri penghujung.. semoga ramadhan ini penuh berkah dan kekal dirahmati sehingga hujung nyawa kita..
Random story on my baby yang menyebabkan owner teringat kat Eiffel Tower.. My Eiffel Tower's keychain was broke due to my force of action... Sedih sangat..Dah la orang bagi... huhu..
* * *
“Sayang, I wanna say something.”
“Yap, I’m listening.”
Ujarnya lagi. Pandangannya masih setia di kaca televisyen.
“I love you.” Serius.
“Erk...” Dia kaku di tempat
duduk. Perlahan-lahan kepalanya dipusingkan ke arah pemilik suara tadi.
“Yes. I love you seteguh
Menara Eiffel. More than that.” Ujar suara itu lagi. Masih dengan nada
yang dikekalkan. Matanya telah beralih mencari raut isterinya.
“Abang, tau la tadi kita tengok
pasal Paris. Eiffel Tower, yada yada. Kenapa tiba-tiba ni?” ulasnya
merujuk kepada rancangan yang baru sahaja tamat siarannya.
“Ehm, saja. Just saying what I’m
feels about you.”
“Tapikan bang, kalau menara tu
kena bom, dah tak teguh lagi dah.” Suaranya tertahan-tahan dengan ketawa saat
dia mengucapkan ayat itu.
“Ala sayang ni, memang anti
klimaks la. Anti romantis.” Kedegaran nada rajuk di situ.
Isterinya meletuskan ketawa saat
terpandang wajah si suami.
“Abang sayang intan payung karat
berlian.” ucapnya sambil meraih lengan si suami. Siaran televisyen yang sedang
ke udara di abaikan.
Si suami hanya mengeraskan
tubuhnya. Sengaja menguji sejauh mana isterinya mampu memujuknya.
“Okey abang merajuk yea. Takpe
la, malam nie Sufiy tido kat bilik bawah.” Sengaja di ugut suaminya.
“Eh jangan lah.” Tubuhnya masih
dikeraskan. Hanya jarinya mencapai pergelangan tangan si isteri.
Terletus lagi ketawa di bibir
isterinya.
“Abang, Sufiy bergurau aje la.”
Ucapnya lagi. Tangannya mencapai remote control. Mematikan siaran televisyen.
Setelah itu, dia kembali meletakkan tumpuan kepada suaminya.
“Abang, bukan maksud Sufiy untuk
meremehkan perasaan abang.”
Dia setia mendengar penjelasan si
isterinya.
“Sufiy tak nak cinta abang
seteguh menara tu. Tak de gunanya. Sebabnya, suatu saat nanti, mungkin
menara tu runtuh. Dan saat itu, mungkin cinta abang pun runtuh sama.” Sambung
isterinya. Tangannya masih bermain dengan jari jemari sang suami.
Perlahan-lahan senyuman terukir
di bibir si suami.
“Sufiy nak, kalau abang cintakan
Sufiy, biarlah sampai ke syurga. Sebab kat sana, insyallah kita akan kekal
bersama. Bagi Sufiy, nilai cinta tak dapat di ukur sebab ianya bersifat infinity.
Kita hanya mampu merasa, tapi untuk menjelaskannya adalah sesuatu yang
mustahil.” Panjang lebar isi ucapannya.
Si suami masih belum mengeluarkan
sebarang kata-kata. Terkejut, terkedu terhimpun sekali. Setelah beberapa ketika
mendiamkan diri, matanya mencari sinar mata isterinya.
“Sayang, insyallah abang akan
cintakan sayang hingga ke syurga.” Dia sedar yang membandingkan cinta dengan
ciptaan manusia adalah sesuatu yang tidak setanding. Sebab Allah yang
menciptakan rasa cinta itu. Allah jua yang mencetuskan rasa cinta itu dan Allah
jua yang menanamkan rasa cinta di kalangan hati-hati ini.
Sufiy tersenyum manis.
“Sufiy pun cintakan abang.
Insyallah sampai syurga.” Usai mengucapkannya, dia lantas bangun berlari menuju
ke bilik tidur mereka.
Asyraf yang mendengarkannya,
sekali lagi kaku sebelum terbentuk senyuman lebar di bibirnya. Lantas dia
mematikan suis lampu ruang tamu dan menapak menuju ke kamar tidur.
-may continue or not? idk-
Alamak..! Menara Eiffel saya dah patah...! |
p/s: cinta hati saya dan eiffel tower..? idk
p/s/s: am trying googling about eiffel tower yang patah, but couldn't find any..
p/s/s/s: Moga Ramadhan kali ini jadi batu loncatan untuk permulaan yang baik.. atau pemecut kepada amal yang ada, atau (insyallah) penamat yang terbaik (amin)
Maasalamah...