Antara benda yang paling sakit adalah benda berkait dengan harapan.
Jangan menanam harapan kalau tidak berniat untuk menuai..
Jangan meletak harapan andai tidak kuat untuk menampung beratnya beban harapan palsu..
"Haritu kata ada yang merisik khabar..?" Soalan perangkap dilontar disaat garfunya terbenam ke lautan spagetti.
Garfu dipusing dengan tenang supaya pintalan spagettinya membentuk satu simpulan sempurna untuk satu suapan.
Lantas tangannya menyuap spagetti tersebut ke mulut.
Soalan yang dilontar, segaja dilengahkan jawapannya.
"Entah.. Aku tak letak pape harapan pun. Sebab kalau aku berharap tinggi, tapi andai kata harapan tu jadi debu, yang tinggi tadi, bila jatuh, sakitnya, kita je yang tau.. Orang lain hanya mampu tengok.. Dan kita bangkit pun, sendiri-sendiri je. Orang takkan tolong. Paling tak, bagi kata semangat je. So, let Allah hold the hope for me as He know what best for me."
"Jadi, kira takde usaha la ni?"
Lontaran suara yang lain pula kedengaran.
"Bukan takde usaha nak mencari, tapi, entah la.. Aku pun takde jawapan." Sengaja dimatikan persoalan itu dengan jawapan sebegitu.
Walaupun, jawapan sebenar, ada tersimpan di lubuk hatinya yang paling dalam.
YaAllah Ya Razzaq.. Andai rezeki itu ada di hayat ini, Kau permudahkanlah..Sesungguhnya, Engkau yang Maha Tahu segala isi hati. Amin.
my way to keep, my sites to pour, my place to rely on and also my cheessy musshy things on board!!!
Isnin, 25 November 2019
Ahad, 23 Jun 2019
[Quest] Apa Perasaan Sekarang..?
Assalamualaikum and hi there... Its been a very long time for me not to note down anything.. I hope we all do well in His great blessing and kindness.. Allahumma'ana.. Allahumma aminn..
Just missing this kind of passion, I've created this new entry after all the storms, rain and rainbow that He had showered.. Oh, by the way, Selamat Hari Raya Aidilfitri.. maaf dengan segala salah silap, yeee...
Ohoiii.. Lama tak menaip dan mencurah rasa... Perasaan ni, such a bless.. Curi masa sikit-sikit untuk menconteng.. Oh, I am really miss this medium of ranting..π
This is just a sharing to answer those questions yang orang tanya tentang hidup..
"After all those struggles you've faced in your life, you end up kat kedai buku je..? So, apa perasaan dok kat kedai buku ni..?"
To those yang mengenali saya, mereka tahu tahap 'suka' (baca kegilaan) saya terhadap buku (dan alat tulis).. Dan bila HR 'kedai buku' ni panggil untuk interview, saya rasa sesuatu (which I dont know how to describe)...
Dan rasa 'sesuatu' itu makin melebarkan senyuman bila diterima untuk bekerja di kedai buku tersebutππ
Sebetulnya, saya memang mempunyai minat sejak kecil tentang perkara-perkara sebegini. Buku, alat tulis, barang-barang bertukang.. cuma yang perlu di pupuk lagi adalah kemahiran sahaja.
Malah pernah punya impian untuk memiliki kedai buku dengan konsep tersendiri (tak salahkan punya impian..?)
Kenapa punya minat sejak kecil?
Dulu, ayah pernah ada kedai yang supply alat tulis dan barang-barang hardware ke pejabat-pejabat yang berkenaan.. so, it triggered my interest to this kind of passion. No crime, ey..?
Dan masa sekolah rendah, i spent most of my time at the library walaupun bukan librarian.. yeah.. call me nerd, I dont care.. it isnt crime to fall in love with library, ey..
Masuk sekolah menengah, I've apply for the librarian post... And you know, the happiest person goes to me bila dilantik dan diberi kepercayaan untuk bertugas sebagai pustakawan.. Alhamdulillah untuk rezeki itu.. Tak dinafikan sepanjang persekolahan tu, pustaka adalah tempat lepak yang tak asing lagi..ππ
Masuk matrikulasi dan universiti, still menjadikan pustaka sebagai tempat 'lepak'.. why bother bila orang nak panggil kita nerd.. well, we live our own life.. people does not fit our shoes to known how was it.. so, why botherrrrr...
Allah dah tetapkan rezeki kita..
Dia susun cantik perjalanan kita...
Dia sembunyikan hikmah disebalik semua yang jadi untuk kita renung, fikir, refleksi dan muhasabah diri.. mana yang boleh tambah saham akhirat, cuba usahakan sehabis baik untuk dapatkan nilai yang cantik di mata Dia..
(Eah tetiba taktau apa yang aku merepek ni)
Berbalik kepada soalan tu,
Apa perasaan kerja kat kedai buku..?
I feel blessed..
Sebab apa..?
Sebab, sekalipun aku tak dapat buka kedai buku, dapat aura kedai buku pun alhamdulillah dah. Sebelum beralih ke kerja yang lain, mungkin sumbangan tenaga di sini boleh membentuk satu minda yang lebih terbuka. Asbab: jumpa ramai orang, interaksi dan komunikasi memainkan peranan.. Sebagai sebuah kedai buku, pelanggan terdiri dari pelbagai lapis generasi..
Cara kau treat kanak-kanak yang banyak ragam,
Cara kau handle pelajar sekolah dan universiti..
Cara kau nak faham mak ayah yang anak ramai
Cara kau selami makcik pakcik yang minta tolong carikan barang untuk mereka...
All of these were priceless..
Alhamdulillah untuk pengalaman ni..
Another reason..?
Aku nak kumpul pahala jugak...
Asbab kita jual barang baik, dengan nasihat dan panduan yang baik, bila kita layan pelanggan dengan baik dan dia puas hati, sedikit sebanyak tempias pahala yg diorang guna/buat tu, kita nak jugak kan..?
Ambil contoh.. tlg jualkan alquran... kita teringin kan pahala tu mengalir juga ke kita..
Allahuuu, fikir nak dapatkan pahala cara mudah sahaja...
Aku suka treat/handle budak2 dan makcik pakcik.. sebab bila diorang tanya, konsep timbal balik tu ada...kita dgr apa yg diorang tanya dan kita akan reply dengan sehabis baik.. dan satu lagi yang menarik... Bila berbicara dengan mereka, tumpuan yang kita dapat adalah sepenuh perhatian..
I am happy to be in this kind of situation...
Alhamdulillahhh
Alhamdulillahhh
Alhamdulillahhh..
Doakan yang baik-baik dan semoga rezeki yang lebih baik bakal menyusul..
Sebab rasa dah terlalu panjang menconteng, till we meet again..
π
Just sharing today's inspiration by MuslimPro apps, ey
Jumaat, 15 Disember 2017
[Random yang Random] Soalan
Assalamualaikum and hi.. Lama tak bersiaran disini sebab lately terasa jadual padat. Juga kekangan masa yang tak mengizinkan.. Insyallah Jumaat yang berkah ni.. (ehem ehem... its 26 Rabiul 'awal..) saya doakan semua nya dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmat Allah Azzawajjal..
Juga doakan saudara kita di Palestin, Syiria, Rohingya dan semua nya... Sesungguhnya, diri ini terasa jahil dan jauh dari Allah serta saudara-saudara islam kita.. Sungguh,, rasa takut dengan suatu yang pasti. Di hari pembalasan nanti, mereka akan tanya apa yang kita buat semasa Al-Quds diserang, mak, adik dan kakak kita diperkotak-katikkan, abang dan ayah kita berjuang sehingga debu tulang tidak kelihatan., rumah Allah diceroboh dan dicemari.. Allahu..
Apa yang kita nak jawab bila dipersoalkan nanti, apa sumbangan kita untuk isu itu... itu belum lagi dilontarkan dengan soalan sumbangan dalam Islam.. sungguh.. rasa itu amat menakutkan dan mungkin jawapan kita nanti menaikkan murka Allah.. Allahu...
* * *
Few days
back, one of my friend did bombarded me with single question yang jawapannya mungkin
panjangnya berkajang-kajang. Betul untul saya katakan, saya tak pernah expect
orang akan tanya soalan sebegitu.
“To be
honest la kan… apa yang awak rasa bila dalam keadaan sekarang ni, barang rosak
atau apa-apa je, apa yang awak rasa? Dengan tak ada kenderaan untuk bergerak. Ambil
contoh la.. masa printer ni rosak, dan awak nak baiki tapi nak pergi baiki
dengan siapa? Nak kena berharap ke siapa?”
Masa tu,
soalan tu rasa, zupp… tajam tepat ke hati..
Masa tu
jugak rasa yang hidup ini terlalu menyusahkan orang..
Masa tu
jugak rasa, kebergantungan kepada sekeliling terlalu tinggi..
Sampai orang
tanya, kan.. sebab, orang takkan suarakan benda yang obvious.
Saat tu,
sedih memang sedih. Terkilan pun ada.
On that
time, gagapnya nak jawab soalan tu, Allah sahaja yang tahu..
Yang sebenarnya jawapan dalam hati, sedikit sebanyak mengiyakan tahap kebergantungan tu.
Tapi ikhlas saya katakan, jawapan yang lontarkan waktu itu, hanya sebahagian daripada apa yang hati saya suarakan..
Sebabnya, risau apabila lontaran jawapan yang penuh, di label berlagak, riak dan sewaktu dengannya. Memang betul, hidup di perantauan yang tiada tempat untuk kita luahkan dan tiada siapa bila kita perlukan pertolongan, benda tu, jadi susah..
Tapi hati saya selalu pegang yang Allah akan balas perbuatan kita, setimpal dengan apa yang kita lakukan. Terlalu kuat benda tu saya pegang. Dan saya percaya yang balasan Allah tu, kalau bukan di dunia, pasti ganjaran akhirat tu, tetap ada. Pasti.
"Aku sesuai dengan persangakaan hambaKu terhadapKu, dan AKu selalu bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, Aku pun akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatinya dalam satu kumpulan makhluk yang lebih baik daripada mereka."
~Riwayat Muslim
Kembali kepada soalan yang dilontarkan itu, sedikit sebanyak, muhasabah diri tu, perlu dilakukan dan ditingkatkan. Jangan sampai benda jadi obvious baru nak terngadah, tersungkur untuk menutup malu dan sebagainya.
Memang kalau di ukur tahap kemampuan, saya akan usahakan sehabis daya untuk tidak bergantung. Sebab tahap sedar diri untuk menyusahkan orang sekeliling itu ada.
Sebab kita bukan sesiapa dalam hidup sesoarang tu. Tahap signifikan kewujudan kita dalam sesuatu hubungan itu, kadang-kadang hanya sebesar zarah. Dan seboleh mungkin, nak minta tolong dengan orang ni, takut untuk saya suarakan.
Sebabnya juga, kita tak tahu signifikan kewujudan kita dalam diri sesorang itu sebesar apa.. apa impaknya kita kepada dia..
Bukan berniat untuk menunjuk tough ataupun baik.. Tidak sama sekali.
Dan sekalipun begitu, proses timbal balik itu perlu ada *atau hanya saya yang berfikiran begini..?*
| Fight for you true relation, ey..? |
*Tak kisahlah kalau ada yang nak kata saya ni paranoid dalam relationship pun.. Sebab tu memang kenyataan yang saya sendiri tak boleh nak sangkal..
Dan banyak lagi nak bebel kat sini.. cukup dulu kot.. nanti kertas bawah siku ni, tak habis saya review.. hewhew..
Last sekali, just nak share one of the current track yang saya selalu pasang sekarang ni...
Semoga ada kebaikan....
Isnin, 25 September 2017
Arbitrary [05] Senang
senang = mudah = easy = happy...
tapi, ada satu garis halus antara senang dan susah..
antara happy and [xyzmihs]
it is easy for those to mumble, but the other who faced it...?
Situasi 1:

"Allahu... senangnya nak dapat pahala.. So, spread the smile.." Senyum sambil berkata-kata.
"Tapi berpada-padalah." Balasan yang mematikan senyuman.
"Insyallah. Kan dalam toxicology ada kata;
All things are poison, for there is nothing without poisonous qualities. It is only the dose which make a thing poison."[Paracelsus]
Kening di jungkitkan ke atas dengan senyuman senget dihadiahkan kepada si teman.
"Apa-apalah..."
Situasi 2:
"Allah... Dia buat lagi.." Keluhan kecil dilepaskan. Tangannya masih melata ke segenap ruang objek ditangan.
"Ala, apa susah. Beli baru je la... Barang sekarang ni, murah je.. Paling cikai, RM300 dah dapat."
Senyuman segaris dilakarkan tanda balasan ucapan si teman. Sangkanya, tiada yang mendengar.
Kepalanya sudah membuka buku kira-kira ilusi.
Banyak lagi keperluan yang lebih penting menuntut perhatian.
Kepala ditala ke langit. Doa di lafazkan dihati dengan penuh keyakinan.
![]() |
| 'Insyallah, semuanya dalam tangan DIA.' |
'Tak semua orang berada dalam kasut kita.
Senang untuk ucap, tapi perit yang menggalas.' hati perit memujuk kata.
Isnin, 14 Ogos 2017
Arbitrary [04] Memoir
Sabtu, 12 Ogos 2017
Arbitrary [03] Pricetag
Everything comes with a price
Harga sebuah kejayaan adalah berjuang sehabis daya diiringi usaha dan tawakkal yang mencukupi.
Harga sebuah kejayaan juga adalah usaha, jerit perih yang orang lain takkan tahu..
Adakalanya,
Harga kesedihan adalah airmata
Harga kebahagian adalah senyuman
Tetapi yang tak boleh nafi adalah
harga nikmatnya Syurga adalah nilaian dunia.
Selasa, 8 Ogos 2017
Arbitrary [02] Trust
Trust is a strong word.
It comes with the one, so called Honest.
Bila kau dah paku tembok yang keras tu, akan ada kesannya walaupun kau dah tanggalkan paku tu..
Dan tanpa sedar, di balik sana tembok, ia semakin menebal. Takkan pernah menipis.
Dan serik dengan tujahan paku yang tajam itu.
* * *
"Sekarang saya dah tau kenapa awak tak favour sangat dengan dia."
Telinganya masih setia mendengar lanjutan patah kata si sahabat.
"Once we believe, we will never assume people will back stab us, ey.." Balas si sahabat lagi.
"I bet difference. Sebab penilaian masing-masing adalah berbeza. Dan saya antara orang yang dah serik dengan keadaan itu." Balasan yang serasa tajam keluar dari mulutnya, semakin membangkit rasa serik dalam perhubungan.
Langgan:
Catatan (Atom)
Dear you 4
Dear You , Hati ni nan sekeping je. Habis elok dijaga untuk dia tidak sakit. untuk dia tidak merasa apa itu rasa kecewa. Kalau hati ini, h...
-
Assalamualaikum and hii... Moga sentiasa dalam rahmat dan redhaNya. Few days back, was really something to me. The things that just happ...
-
Antara benda yang paling sakit adalah benda berkait dengan harapan. Jangan menanam harapan kalau tidak berniat untuk menuai.. Jangan mele...
-
Mendidik, terdidik dan dididik.. Tiga perkara yang berbeza tapi matlamat yang sama. Ilmu. Dan dalam setiap tindakan tu, ada berkahnya jika ...




